Wednesday, October 27, 2010

Ku mencari..

Salam..

Mungkin agak lama seminggu itu bagi sesetengah orang, dan bagi sestengah yang lain, bertahun itu terlalu cepat. Walau apa pun pandangan dan penilaian, ianya terpulang kepada individu, soal lama atau cepatnya masa berlalu ia bergantung kepada pengisian yang anda lakukan setiap detik yang berlalu itu. Aihhh... bercakap soal masa plak ye??

Sama jugak dengan diri saya, kekadang masa itu cepat berlalu, kekadangnya terlalu lama untuk menghabiskan tempoh 12jam. Kenapa lama? dan kenapa pula cepat? Jawapannya ada..

Ok. Sekarang sudah 7 bulan, dan dalam perhitungan, sudah tiba masanya untuk mencari barang-barang keperluan bayi dan juga ibu. Bukan mencari sebenarnya tetapi membeli sebab kalo mencari, memang sebelum ni pun ada mencari dan mencari tetapi tidak membeli. Mungkin hujung minggu ini. Itu baru keperluan bayi dan ibu, encik suami sedang berhitung kira untuk melihat jantina bayinya, ada juga membaca forum dan buat carian, tetapi masih belum ketemu tempat yang sesuai, dan yang paling mudah mungkin akan ke Hospital Az-Zahra, dekat tapi terlalu lama mengunggu giliran. itu yang membuatkan keputusan sukar dicapai. Mungkin orang akan cakap cerewet sangat. Tapi saya tidak suka 'bermain' dengan masa. Penat.

Satu lagi, mencari bank yang sesuai untuk membuat pinjaman juga agak sulit. Mana mahu dibandingkan islamik/konvensional, BLR, MRTT/MRTA, kos/duti yang dikenakan, tempoh pinjaman.. sign S&P dulu ke cari banker dulu..pening kejap, tak sempat nak berfikir.. nak beli ke tak nak sebenarnya? Jawapannya sudah tertulis dalam booking agreement. Ya, beli je. Aset. makin lama makin mahal. Soal masa depan? siapa tahu, kita merancang apa yang terbaik dan doakan juga yang bakal berlaku itu adalah yang terbaik. Amin.

Tuesday, October 19, 2010

A Year: a beautiful world i've shared with you

Salam.

Sebulan yang berlalu tanpa sebarang entry baru. Ntah kenapa sebabnya, tak dapat untuk dipastikan. Walau apa pun, segalanya baik-baik saja.

Sekarang Oktober 2010, bulan ulang tahun, juga penghujung trimester ke-2 dan bakal malalui trimester ketiga pregnancy kali ini. Masih belum menyediakan apa-apa barang keperluan untuk kelahiran cuma sekadar perkuatkan diri sahaja. Semoga menjadi yang terindah dalam memoir hidup.

Baru balik bercuti, baru juga mendapat suntikan ATT.. penat sebab bercuti/berjalan, lenguh sebab suntikan alhamdulillah beransur hilang. Alhamdulillah.

Bajet 2011 juga sudah dibentang. Alhamdulillah, ibu-ibu kakitangan kerajaan ada fleksibiliti untuk memilih cuti bersalin sehingga tidak lebih 90hari untuk 300 hari cuti yang dibekalkan. Juga sumbangan belanja untuk persediaan persekolahan anak, walaupun tidak mendapat sebulan gaji apatah dua bulan gaji, sekurang-kurangnya rezeki tetap ada kan. Jadi terimalah yang sedikit itu daripada langsung tiada apa-apa.