Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal dan Jumpa Lagi

Assalamualaikum..

Begitu lama ruangan ini ditinggal. Hati teringin untuk menulis, tetapi ada sahaja halangan yang membantutkan niat. Mungkin juga kerana bukan sepenuh hati, maka ianya terbiar..

Proses yang berlaku terlalu banyak untuk dilalui, dinikmat dan dikenang sepanjang hayat.

Keluarga makin berkembang melalui proses perkahwinan dan kelahiran. Yang kahwin, semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat, yang melahirkan tahniah kerana telah menyambung amanah untuk menambah khalifah di bumi Allah, dan si 'kain putih' semoga kamu menjadi manusia yang berguna berilmu dan bertaqwa. Anak2 kecil kami juga kian membesar. Bijak meneladani hari2 yang berlalu. Setiap hari, setiap saat ada yang baru dipelajari. Yang Adik makin kuat, yang Abang makin bijak. Alhamdulillah.. itu semua anugerah Allah.

Hari ini hari terakhir tahun 2013, sepanjang tahun yang dilalui penuh liku, cabaran membesarkan anak-anak berdua, tekanan hidup berkerjaya, masalah di perjalanan antara pagi menuju ke petang dan petang membawa ke malam. Semuanya telah dilalui. Antara redha dan rela.. kita semua berjaya sampai ke hari ini. Alhamdullillah, sekurang2nya kita masih punya jiwa untuk merasa daripada terperuk dipenjuru batu tanpa perlu berfikir apa dan kenapa. Syukurlah.. Walau hati merungut, tapi siapalah kita..

Dan esok, siapa tahu apa yang bakal berlaku.. diramalnya esok pelbagai krisis di muka bumi akan berlaku, masalah kenaikan itu dan ini, masalah pengurangan itu dan ini, perebutan sana dan situ..kuasa dan tahta merata-rata dicanang dijaja. Menolak atau menerima..atau kedua-duanya.. HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakil..

Alhamdulillah.. Selamat Tinggal 2013 dan Selamat Datang 2014.. Jumpa Lagi..

Monday, August 19, 2013

Friday, August 2, 2013

Kembali Bersua

Sekian lama memendam cerita
bukan kerana tiada masa
bukan juga masalah tenaga
tapi kerana page error saja..

berpantun pulak kita..

Sementara masih di bulan puasa ni, empunya diri ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Salam Aidilfitri. Segala kekhilafan diri ini mohon dimaafkan.

Entry kali pertama selepas lama terdiam ni sekadar untuk ini je. Cerita mengenai anak-anak akab bersua di entry akan datang.

Friday, January 25, 2013

Salam Maulid Nabi

Salam Maulid Nabi 1434H

Tuesday, January 22, 2013

Oh Anak: Kini 2 Tahun

Alhamdulillah.

Usianya kini 2 Tahun.

Ya Allah,
kurniakan Ajmal kesihatan yang baik,
akal yang cerdas,
pendengaran percakapan penglihatan yang jelas.
Lembutkan hatinya supaya dia mudah menerima ilmu dan perkara-perkara yang baik.
Lindungilah dia dalam RahmahMu Ya Allah
Amin.

Selamat Ulang Tahun Sayang
Mama dan Papa sayang kamu seluas alam ciptaan Allah. Semoga kamu baik-baik sentiasa.

Wednesday, January 16, 2013

Dugaan-Nya

Batuk, Selsema dan sekarang telinga pulak berdengung.. Dugaan betul di akhir-akhir pregnancy ni..Batuk dah tiga minggu tak baik2.. tapi doktor ada berkata mungkin lepas bersalin ni, baik terus lah batuk ni. Alhamdulillah, seandainya itu aturannya.. cuma tak sanggup untuk batuk-batuk dalam keadaan perut yang memberat.. Semoga anak mama dalam perut ni sihat dan selamat.

Semalam tabahkan diri ke klinik untuk berjumpa doktor. Tak tahan sebab selsema dh membuatkan telinga sakit. nak tidur malam semalam pun sakit, kekadang tu ada macam bunyi buih-buih pecah dalam telinga.. Ya Allah, ni kali pertama rasa macam ni. Rasa macam ada 'benda' duk 'menjajah' dalam telinga ni. Doktor bagi ubat selsema dan batuk.. semua pil.. mudah lah masuk tekak.. Selsema dah boleh amik doktor kata since baby dah besar, x effect kandungan dah. Semalam pun dapat cuti rehat. Alhamdulillah..

Bangun pagi hari ni, buih-buih jahat dalam telinga tu dah tak de, tapi yang pastinya telinga ni berdengung je.. kurang jelas pendengaran. Hidung sumbat, Telinga sumbat..Makanya tekak tidak mampu untuk bekerja sendiri untuk menikmati makanan. Sesungguhnya inilah dugaannya bila nikmat itu ditarik balik. Tidak senang hidup. Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat yang lain dan semoga Allah, memberi kembali segala apa yang diuji-Nya ini.

Monday, January 14, 2013

Ulang Tahun Bintang Hati

Engkaulah bintang wahai sayang sinar hati..

Selamat Ulang Tahun buat suami terchenta, Encik W.M. Redzman bin Razali aka Papa Ajmal.

Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki..

Semoga Abang sentiasa menjadi anak yang soleh untuk mama dan mama,
menjadi suami yang prihatin dengan isteri;
ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak;
saudara yang baik untuk adik-adik; dan
menjadi Hamba Allah yang patuh dan amanah.
Amin.

Semoga apa yang Abang impikan akan tercapai. Amin.


r2R: Abang, Sila tuntut hadiah bila sampai masanya ya..

Friday, January 4, 2013

Baru

Masih belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2013. Semoga 2012 yang telah kita tinggalkan memberi seribu makna yang membahagiakan kita semua dan seterusnya melangkah ke tahun 2013 dengan azam dan tekad untuk terus maju dan berjaya. Tanamkan niat untuk buat yang terbaik.

Tahun 2013 ni kami mulakan dengan keadaan yang agak tidak seronok, tapi itu semua dugaan. Anak kesayangan kami demam, viral fever.. enam hari, dari Sabtu 28 Disember hingga semalam, hari ni badannya masih hangat tetepi selera makan dan bermain telah pulih seperti biasa. Syukur Ya Rabbi. Engakulah Yang Maha Berkuasa Pemilik Segala di Bumi, di Langiit dan segala isi di antara keduanya.

2012 yang kami tinggalkan amat berharga, setiap detik yang dilalui akan diingati sentiasa, InSya Allah. Melihat anak membesar depan mata sendiri, menikmati indahnya hidup berkeluarga. Syukur semuanya. Alhamdulillah..

Semoga 2013 yang bakal kitajalani, akan menambahkan lagi ukhuwah dan kasih sayang yang telah terjalin.