Sunday, January 30, 2011

Pewaris perjuangan

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Syukur kepada Ilahi semuanya sudah selamat. Anak dan Mama sihat. Anak kian membesar, hari ke-11 kemunculannya di dunia, di harap terus membesar dengan sihat, selamat sentiasa di rahmati Allah.



Wednesday, January 19, 2011

Oh Mama: OK Tak OK

MasyaAllah, Maha Suci Allah..

Masih boleh lagi membuat entry untuk sekian kalinya. Syukur Ya Allah kerana masih diberi kesihatan.

Catatan hari ini:
Hari: Rabu
Aktiviti: Attend maternity check up + on duty + try to be complete LNPT
Status Jiwa: Bad Mood + letih + penat
Lain-lain: my EDD (40 weeks)
Nota: Kepada suami tercinta, maafkan isteri mu ini sekiranya kelemahanku ini mengacau fikiranmu. Buat Sayang Mama, sila berikan tanda-tanda kehadiran kamu di sisi Mama dan teruskan kecergasan kamu.

Catatan semalam:
Hari: Selasa
Aktiviti: Kerja + mesyuarat
Status Jiwa: Ok saja
Lain-lain: Panggilan makluman dari BPH mengenai tawaran menduduki kuaters jenis teres
Nota: Kepada mereka yang berada di sekelilingku, maaf dipohon atas ketidakpekaanku dalam apa jua yang membabitkan kalian. Kelupaan seringkali mengganggu.

Thursday, January 13, 2011

Oh Mama: Amalkan Selalu


Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.

------------------------------
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

-------------

Monday, January 10, 2011

Masih Ada Disini

Assalamualiakum...

Weehaaa. Daku masih di sini. Dengan sabarnya, masih menunggu sambil mengumpul tenaga. Bukan tak nak dia keluar awal, tapi siapalah kita untuk mengatur itu dan ini.. Kita hanya memohon dan memohon. Sebenarnya sudah agak bosan bile orang bertanyakan.. Tapi siapa kita untuk menghalang pertanyaan itu. Jawab lah seadanya, sebaiknya.. Ala, bukan apa-apalah.. tak tercabut pun gigi kamu kalau jawab pun. Nak ambik cuti pun macam tak perlu je. Nanti kebosanan, keharuan kat rumah sendirian pulak kan.. Lagi pun ada dua tiga kerja masih berbaki untuk diselesaikan.

Agaknya Sayang memang nak kongsi tarikh lahir yang sama dengan papa kot.. Elok juga tu, jimat belanja kalau-kalau nak buat majlis kesyukuran hari lahir ya. Lagipun tahun ni jatuh hari Jumaat, elok sangat lah tu.

"Ya Allah peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan mu,penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada engkau dan kepada rasul-mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad saw, dan segala puji bagi allah tuhan semesta alam. Amin.
"

Friday, January 7, 2011

Jangan kerana KAMU

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT(surah At-tahrim-ayat 6):-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Ingatan buat diri sendiri: Janganlah engkau jadi penyebab ayahmu, suamimu, saudara lelaki mu ke neraka kerana kamu. Nauzubillah. Jagalah lelaki-lelaki kamu. Ya Tuhanku, engkau pelihara mereka yang berada dekat denganku jauh dari api neraka. Amin..

Tuesday, January 4, 2011

Oh Anak: Mahu yang mana? Di mana?

Bila Sayang mahu keluar ni? Mama menunggu ni. Tak sabar dah tau..

Tapi Sayang mahu kod ape? Kat mana? 03 ke 16? Kota Bharu ke Putrajaya? Kalo nak 03 kita kene balik kampung dulu baru kita boleh jumpa, tapi kalo nak kod 16 Sayang keluar la cepat..hehe..then baru kita balik jumpa mak, ma tok, pa tok. Boleh?


Di sini?

Atau di sini?


Papa Sayang lah ni, banyak pulak pembacaan yang masuk kat kepala dia.
Abang, abang.. Dulu kita beria-ia merancang nak bersalin kat kampung dia buat-buat tak dengar je ye. Ha tengok sekarang, sapa yang kena? Maaf lah Abang Sayang, tengah fikir lah ni. Tunggu sehari dua lagi yer baru dapat jawapan.


R2R: Sayang osom dengan Papa boleh? Mama ambik masa yang lama la nak fikir..huhu..

Monday, January 3, 2011

Selamat Pagi Cikgu

Alhamdulillah..

Hari pertama bekerja pada tahun 2011 bagi kebanyakan kakitangan awam. Alhamdulillah kerana mungkin diri ini akan sempat mengemaskini LNPT. huhu..

Hari ini juga kebanyakan sekolah memulakan sesi persekolahan 2011 setelah bercuti penggal 2010 hampir 2 bulan. Walaubagaimanapun masih ada sekolah yang tidak dapat memulakan persekolahan hari ni kerana banjir atau atas sebab-sebab lain.

Anak-anak darjah satu ada yang telah memulakan sesi orientasi semalam. Pelbagai ragam, pelbagai rasa.. Dan soalan paling glamour ditanya kepada mereka adalah bila besar nak jadi apa.. Ada adik ni dia cakap nak jadi doktor, bila ditanya kenapa.. sebab mama cakap. lorrr.. ada nak jadi ustaz sebab nak jadi imam.. nice. ada nak jadi pilot, doktor gigi, dan ada nak jadi music director.. hmmm kalo zaman-zaman kita dulu nak menyebut yang pelik-pelik pun tak reti.. setakat pilos, askar cikgu, doktor tu ada lah. Apa-apa pun impian dan cita-cita kamu, teruskan usaha.


Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan




R2R: Ayuh wahai pewaris bangsa..bela diri, bela agama, bangsa dan keluarga.

Sunday, January 2, 2011

2011: Suatu Permulaan

Alhamdulillah..

Masih diberi keizinan oleh Allah untuk diri ini menyedut udara 2011. Hari kedua 2011 dan merupakan entry pertama bagi tahun ini, juga merupakan entry pertama dari rumah menggunakan broadband. Ingat nak tunggu je esok, tapi terasa nak mencuba. Acu cuba try test.

2010 telah ditinggalkan, semua kenangan peristiwa suka duka telah tercatat menjadi sejarah dan kini lembaran 2011 kita buka dengan azam dan matlamat yang baru, yang segar, menjadi yang lebih baik dari hari-hari dalam tahun sebelumnya.

1. Semoga keluarga yang bakal berkembang tidak lama lagi semakin bahagia, sentiasa beroleh keberkatan dan dilimpahi rahmat Allah.
2. Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, yang berterusan.
3. Semoga dikurniakan rezeki yang luas
4. Semoga kerjaya kami suami isteri berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan.

Di harap tahun 2011 yang bakal dilalui ini akan memberi sinar bahagia kepada semua.


R2R: Permulaan yang terbaik.. Bismillahirrahmanirrahim...