Thursday, June 30, 2011

Isteri Dunia dan Akhirat

Isteri-isteri di Syurga

1. Jika seorang wanita meninggal sebelum sempat berkahwin dengan mana-mana lelaki maka Allah swt akan menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia. Rasulullah saw telah bersabda " Tidaklah ada di syurga seorang bujang."(HR. Muslim).

2. Seorang wanita yang suaminya tidak masuk ke syurga, jika wanita itu adalah ahli syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum kahwin maka salah seorang dari merekalah yang akan menikahi wanita tersebut.

3. Seorang wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin dan dia termasuk sebagai ahli syurga, dia akan bersama suami yang menikahinya saat ditinggalkan.

4. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak lagi berkahwin lain, setelah dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.

5. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian dia berkahwin lagi, maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah berkahwin dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir." dan perkataan Hudzaifah kepada isterinya,"Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalanku. Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia. Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk berkahwin lagi sepeninggalan beliau, kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga."

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj: 27 Rejab

Antara perbualan Allah swt dan Rasulullah saw.

Allah SWT : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Tuesday, June 28, 2011

Oh Papa: Ok tak?

Hehe..

Percubaan pertama buat Papa Ajmal.. Semalam Mama Ajmal balik lewat, hampir jam 9 malam baru sampai. Ini gara-gara bertugas di Parlimen. untuk kedua kali nya pada penggal ini.. Hmmm.. amik kau, skali dapat terus dapat dua. Haha..Sangat membosankan.. Kesian Ajmal, lambat jumpa mama. Kesian papa sebab kene handle Ajmal. Ngeege.. baru kejap je tu..Kesian mama jugak sebab hati tak keruan memikirkan anak mama yang mungkin menangis inginkan mama.. Haha, kan betul.. memang dia menangis..

Tapi alhamdulillah bila mama sampai rumah Ajmal ok je, pandai papa pujuk (kisses for papa), ajak tengak laptop.. elok je dia meniarap mengadap lappy tu.. Mama panggil pun tak hirau, senyum pun tidak, cuma mata je redup tenung mama. Marahkan mama lah tu, merajuk ya. Maafkan mama, bukan sengaja pulang lewat.. tugasan mama yang menentukan.. Tapi hari ni mama nak pujuk Ajmal. mama belikan puting susu baru.. harap lepas ni hisap susu elok2.. mama beli berus gigi.. kan Ajmal dah ada dua gigi.. so kena jaga mulai sekarang.

Upah papa Ajmal, semalam dh tolong orderkan piza, belanja separuh je..hehe.. kita kongsi-kongsi la. bayar sama-sama. makan sama-sama..hehe.. Papa Ajmal kene banyakkan lagi latihan, lepas ni tidurkan Ajmal pulak..


r2R: Harap-harap jangan la ada outstation dalam masa terdekat ni..

Friday, June 24, 2011

Mutiara Jumaat

Doa Memohon Ilmu Yang Bermanfaat, Rezeki Yang Baik dan Amalan Yang Diterima


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Maksud :“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”

(Dibaca setelah salam solat Subuh).( Sahih Ibn Majah)

Thursday, June 23, 2011

Oh Papa: Seni Memuji

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

4. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.

Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

5. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

6. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


Sumber: Mingguan Wanita

Monday, June 20, 2011

Turning 5ive

Pertama-tamanya Selamat Hari Bapa teristimewa buat Papa Ajmal yang menyambutnya buat pertama kali. mohon maaf juga kerana tidak sempat ntuk menyediakan apa-apa yang istimewa bagi pihak Ajmal. entah apa yang sibuk sangat tak tahu lah..Ok, itu untuk semalam..
Umur tiga bulan


Hari ni, Mama teman Ajmal kat rumah.. He not feeling well. Dan hari ni juga umurnya bertambah lagi. Ajmal is turning five dengan sebatang gigi yang makin panjang memutih. Berat? masih belum tahu.. esok baru ada appoinment untuk monthly check up. Semoga segala yang terbaik dikurniakan untuk Ajmal..Amin..

Friday, June 17, 2011

Mampukah Aku..

Hujung minggu yang bakal menjelang... mampukah aku hadapinya sekali lagi..

Senyum paksa, atau tawa ria.. harap dapatlah aku menguasainya..


"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Seseorang itu ialah kamu........"



~~~ PRIDE & JOY ~~~

Wednesday, June 15, 2011

Parlimen: Bekerja. Bersidang. Berbahas

Dalam penat-penat, kerja tetap kerja. Antara keinginan dengan kehendak, rela dan redha, kesemuanya haruslah tunaikan kewajipan. Itulah aturannya bila dah jadi pekerja. Makanya semalam, bertebaran anggota badan ini di Parlimen sebagai pegawai bertugas.
Seronok? Hmmm.. biasa-biasa je? Bosan? Errmmm.. agak bosan jugak, sebab boleh pulak terlelap..huhu..harap-harap cctv tu tak capture la gambar masa tidur tu.. At least bila org tanya pernah pergi Parlimen tak, tak de la kita rasa kosong sangat nak jawab kan..hehe.. Apa-apa pun.. yang penting pengalaman. Mendengar ahli dewan bertanya dan menjawab, membentang dan membahas sama macam kita-kita je. Yelah, selagi bergelar manusia.. macam ni lah jugak. cukup ciri-ciri sebagai manusia..baik buruknya semua ada.

Walau apa pun bekerjalah untuk rakyat, janganlah keterlaluan memikirkan fahaman politik sehingga meminggirkan kepentingan awam. Apa salahnya kita bersatu demi sebuah kemajuan. Siapalah kamu di mata masyarakat tanpa tangan-tangan yang memangkah itu, maka berbagilah rezeki kepada tangan-tangan itu.


r2R: Bertanya biar bernas, menjawab biar tepat.

Monday, June 13, 2011

Letihnya Badan.. Penatnya..


Bukan sebab Isnin, bukan juga sebab hujung minggu..


Agaknya badan dah tak kuat menerima tekanan.



Ya Allah, Engkau bantu lah hamba-Mu ini bangkit dari kelemahan. Kembalikanlah kekuatan yang pernah aku miliki sebelum ini. Bantulah hamba-Mu ini.


r2R: Sesungguhnya kamulah yang membuatkan mama terus bertahan.

Tuesday, June 7, 2011

Kita pun peminat bola jugak

Kelantan hampiri gelaran liga
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.

---------------------------------------------
Kelantan gah
Oleh Hamid Salleh, Rizar Mohd Nor dan Mohd Amin Jalil
2011/06/07

Atasi Terengganu kekal persada liga, Selangor kembali ceria baham Perlis

KELANTAN membuat satu langkahan besar ke arah memburu mahkota kejuaraan Liga Super dengan merakamkan kemenangan penting 3-0 ke atas pencabar terdekat, Terengganu di Stadium Sultan Ismail pada hari yang menyaksikan Selangor bangkit garang untuk berpesta gol membaham Perlis 7-1 di halaman sendiri, malam tadi



r2r: Kenapa ingin dirosakkan imej bola sepak pada ketika ia sedang meningkat naik. Apakah jenis manusia ini?? Timbang-timbangkan sebelum membuat keputusan...

Gatal Gusi Tumbuh Gigi

Alhamdulillah.. Masih lagi diizinkan Allah untuk menghirup udaraNya hari ini, masih diberi akal untuk menilai dan masih dikurniakan tenaga untuk berusaha. Syukur padamu Tuhan kerana masih menizinkan hamba-Mu ini bertapak di bumi-Mu, melihat, mendengar, merasa menggunakan anggota yang Engkau pinjamkan. Terima kasih.

Hasil kasih sayang mu juga Ya Allah, anak kecil kesayangan kami telah dikurniakan gigi dan telah memulakan operasi menyembur air liurnya dan semakin gemar untuk menggigit sesuatu. Agaknya sebab nak tumbuh gigi, gusinya gatal jadi air liurnya asyik menumpah je, suka sangat kemam/hisap bibirnya. Suka tengok kamu buat begitu. Dan saat yang paling mendamaikan juga bila tengak Ajmal tidur lena. Tenang, mengasyikkan. Nikmatnya menjadi ibu. Melihat dan merasai setiap proses tumbesaran anak. Seronoknya.





r2R: Syukur kepada Allah kerana kehidupan ini.

Thursday, June 2, 2011

Dari Adam Hawa Dicipta

Bismillahirahmanirahim..memulakan dengan lafaz suci.. moga sgala yang dibaca diberkati Allah.. Assalamualaikum wbt ..

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan ...cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

r2R: Betapa indahnya kejadian Allah.