Wednesday, April 27, 2011

Catatan Semalam

Alhamdulillah..

Ajmal dah berumur tiga (3)bulan. 20.04.2011. Apa yang dia sudah pandai lakukan dan ingin diperlakukan?
1. Hisap kesemua jarinya sampai hampir muntah..huhu.
2. Memekik..
3. Dukung tegak, tidur di bahu/dada.. lenguh pinggang mama sayang oii
4. Meniarap..


Arkib peristiwa

20.04.2011, Rabu:
- Umur Ajmal tiga (3) bulan

21.04.2011, Khamis:
- Repeat ujian darah Ajmal di Hospital Putrajaya

22.04.2011, Jumaat:
- Ajmal bersama Mama
- Mama Ajmal cuti

23.04.2011, Sabtu:
- petang ke PD (Teluk Kemang)

24.04.2011, Ahad:
- Berehat di rumah

25.04.2011, Isnin:
- Canceled appoinment check up Ajmal 3 bulan, Papa Ajmal meting

26.04.2011, Selasa:
- Ajmal kene inject 3 bulan

Semoga Ajmal membesar dengan baik dan selamat. Semoga menjadi anak yang soleh.

Tuesday, April 12, 2011

Titipan buat semua


Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, sembuhkan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya.

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Amin. Amin.Amin.

Monday, April 11, 2011

Ajmal Harith


~Fresh from Mama [20.01.2011]~

~Umur saya 70hari~


~ Umur saya 81 hari barulah tak perlu pakai sarung tangan~

~ @ Alamanda dengan Papa dan Mama~

Wednesday, April 6, 2011

Hadiah terbaik buat Anak dan Mama

Apakah hadiah yang terbaik itu?
Jawapannya adalah SUSU IBU. Tiada susu yang lebih baik dari itu. Anugerah istimewa juga buat ibu.

Kebaikan kepada bayi
•Susu ibu akan menguatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yg disusukan jarang mendapat penyakit-penyakit jangkitan kuman contohnya pneumonia, cirit-birit dan sakit telinga.
•Mengurangkan risiko bayi terkena asma, kencing manis, kanser dan obesiti.
•Membantu pertumbuhan otak bayi dan membentuk perkembangan gigi, penglihatan, pertuturan dan kecerdikan bayi.
•Memberikan nutrisi yang terbaik untuk bayi.


Kebaikan kepada ibu
•Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.
•Mengecutkan rahim dengan cepat.
•Menurunkan berat badan.
•Menguatkan struktur tulang dan mengelakkan osteoporosis.
•Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
•Melambatkan proses menstruasi dan kesuburan. Ini akan menjarakkan kelahiran yang seterusnya.
•Mengeratkan hubungan ibu dan anak.
•Menjimatkan.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)


r2R: Anakku, kita berusahalah yang terbaik untuk kita kerana Mama perlukan kamu dan Kamu sudah tentunya inginkan Mama.

Thursday, March 31, 2011

Hari Pertama

Hari ini muncul juga akhirnya. Antara terima rela redha dan mesti. Maka jawapannya adalah Tekad Redha Tabah. huhu.. ape kena mengena ya. Hari ini, hari pertama meninggalkan Ajmal pada siang hari. Hari ni, hari pertama kembali bekerja selepas bersalin, selepas bergelar ibu.

Perasaan?
Sayu meninggalkan bayi kecilku dipangkuan pengasuhnya. Sayu melihat matanya merenung menghantarku dipintu rumah.

Mama kerja sayang, Ajmal tinggal baik-baik ngan Ibu. Semoga Ajmal dijaga dengan baik sebagaimana Mama menjaganya.

Ya Allah, Engkau mudahkanlah Ajmal untuk menyusu dan Engkau mudahkanlah penjagaannya, tidurnya dan bangunnya. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.

Thursday, March 24, 2011

Oh Mama: Tak Keruan Jiwa Sedih

Ya Allah, berikan kekuatan kepada Mama Ajmal supaya dapat meneruskan niat dan usahanya untuk menyusuan Ajmal dengan susunya dan berikannya kekuatan untuk memujuk Ajmal supaya menyusu menggunakan botol. Amin.

Ya Allah, sedihnya dah masuk hari ke-4 usaha keras untuk memujuk Ajmal kembali menyusu botol tidak berhasil. Sehingga saat ini, hari ini dia hanya menyusu 1oz sahaja itu pun setelah berlapar dan menangis teresak-esak. Tengahari terpaksa direct BF. Tak sanggup tengok dan dengar tangisan dia. Hubby balik lunch dan dia pun tak sanggup mendengar anak kecilnya menangis. Apalagi ibunya ini. Maafkan Mama sayang kerana terpaksa berkeras dan mematikan hati dan perasaan untuk beberapa ketika sebelum Paa pulang tadi.Mungkin kesilapanku kerana berhenti beberapa hari dari memberikan dia botol. Sebelum ini dia elok dan mudah menyusu EBM.

Ya Tuhan, bantulah hambaMu ini.

Tuesday, March 22, 2011

Oh Anak: Dua Bulan

Alhamdulillah.

Minggu dah cukup umur Ajmal 2 bulan. 20-3-2011 Ahad. Cukup dua bulan. Semalam pergi klinik untuk suntikan 2 bulan, suntikan heptitis B ke apa namanya. Tak menangis dia cume menjerit terkejut masa misi tarik jarum je. Bawak Mak aka nenek Ajmal dan Mak Kak aka makcik Ajmal skali ke klinik semalam. Pagi ni depa dah balik dah. Semuanya nak segera sebab Kak perlu balik untuk packing barang untuk kembali ke Mesir sambung belajar dia yang tergendala kejap.

Tak sempat berbloging dan blog walking. Tak pe, bak kata Kak Hanim, ini lah bunga-bunga kehidupan, anak kecik berjaga malam dan menangis mahu membesar. syukur kepada Allah kerana memberi daku peluang untuk merasai segalanya.

Friday, March 11, 2011

Makin Hampir

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu.

Pejam celik pejam celik dah 51 hari umur Ajmal. Tak sabar tunggu dia terus membesar. Minggu depan InsyaAllah minggu terakhir di kampung. Kami akan kembali ke Putrajaya dan InsyaAllah, Mama Ajmal akan mula kerja April selepas 70 hari cuti bersalin. Kenapa tak 60 hari? Sebab sikit sangat, kebetulan cuti sekolah agak lewat jadi kena lewatkan sikit la masuk kerja. nak ke rumah Mama mentua dulu, bagi adik-adik main ngan anak sedaranya ni. Nak main umah mak segan. Kalau macam tu kenapa tak je amik 90 hari terus? Haissh.. lama sangat la pulak 90 hari tu, karang lemau pulak nak keja.

Malam ni Papa Ajmal balik, esok pergi umah Mama mentua, sepanjang cuti skolah ni, Ajmal akan berada di sana.

Terima kasih tak terhingga buat Bunda tersayang kerana budimu siang dan malam menjaga kebajikan kami, sama-sama bersengkan mata melayan tdo dan jaga Ajmal, memujuk tangis Ajmal, menjaga, memasak makanan untuk Mama Ajmal. Terima kasih Mek.

Kalau sebelum ini hanya kutahu, betapa kini dapat kurasa, bukan mudah menjaga dan membesarkan anak, betapa banyk masa yang dilimpahkan untuk membentuk peribadi seseorang itu.


r2R: Anak-anak tu kain putih, kita lah yang mencorakkannya. Hidup berkasi sayang, sepanjang hayat akn dikenang.