Hari ini genap umur Ajmal 1 tahun 11 bulan dan umur Adik dalam perut 34 minggu. Lagi sebulan, semuanya akan berubah. Ada Abang akan jaga Adik..
Sekarang kedua-duanya, sangat aktif. Bagi tangan, bagi kaki kat perut mama.. senak. Tapi itu yang baiknya.. meyakinkan yang anak-anak Alhamdulillah sihat.
Ajmal makin bijak. Nak sekolah. Hari-hari sebut sekolah, then mama bagitahu kene cuti dulu teman mama jaga adik baru boleh sekolah. Tahun depan. Tapi mama macam tak rela lagi untuk dia ke taska, masih kecil pada pandangan mata ini. mungkin lebih baik di rumah pengasuh, dekat dengan belaian walaupun tak serupa mama.. Tapi kita tunggu dan lihat ajalah. apa yang terbaik, kita terima.
Duhai anak-anak permata mama papa, sesungguhnya kamulah yang semangat mama..
Thursday, December 20, 2012
Thursday, December 13, 2012
Semalam 12.12.12
12.12.12 tiada apa yang istimewanya bagiku..
Cuma hajat untuk makan ais krim sundea yang tertangguh telah tercapai di kala orang lain memboikot McDonald.. Bukan tidak sensitif.. tetapi nafsu yang berkehendak kan yang itu juga cukup kuat memaksa.
12.12.12 digit berulang sebegini tidak akan kita lihat selepas ini sebab bulan bagi setiap tahun cuma ada 12dan mustahil akan bertambah menjadi 13 bagi membentuk 13.13.13.
Orang nikah, orang kawin, orang bertunang, orang bercouple.. macam-macam ada.. Senang nak ingat tarikh atau ada tujuan atau maksud tertentu itu terpulang. Janji hati senang.
desirer2r: Cume mahu tarikh 20-01 berulang dengan mudah dan selamat

Wednesday, December 12, 2012
Boleh menyusu jika tak mudarat
SI ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung. - Gambar hiasan
Malah, mereka juga berpendapat menyusukan bayi secara seiringan (tandem) iaitu menyusukan bayi yang baru bersalin bersama anak yang sedia ada tidak boleh dilakukan.
Ia juga perlu dihentikan kerana proses berkenaan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada anak yang baru lahir mahupun anak sedia ada.
Tanggapan terbabit diperkukuhkan lagi dengan mitos pantang larang orang tua mengatakan si ibu tidak patut menyusukan anaknya lagi ketika mengandung.
Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan kandungan terjejas disebabkan khasiat susu badan diambil oleh anak yang masih menyusu sedangkan bayi di dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrien tambahan.
Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada.
Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.
Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.
Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung dan lagipun kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu untuk anak sedia ada.
Ibu yang hamil juga harus memastikan tumbesaran bayi yang menyusu tidak terbantut kerana kerana kekurangan susu.
Pada masa ini, ramai ibu yang khuatir mengenai keperluan susu anak mereka namun mereka perlu ketahui selepas anak berumur setahun, susu bukanlah lagi diet utama bagi anak.
“Anak perlu diberi makanan lain untuk memenuhi keperluan zat mereka dan proses penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.
“Jika pertumbuhan tumbesaran anak terbantut disebabkan kekurangan susu badan dan disahkan doktor pakar kanak-kanak, ibu yang hamil harus menambah susu formula untuk anak sedia ada yang menyusu terutama jika anak terbabit berumur bawah enam bulan,” katanya.
Ibu juga harus tahu pada penghujung kandungan, susu ibu akan berubah rasa kerana penghasilan kolostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan.
Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan anak yang menyusu itu berhenti menyusu secara semula jadi.
Namun si ibu tadi tidak perlu memaksa anak itu meneruskan penyusuan dan perlu diingatkan jika kanak-kanak berkenaan ingin terus menyusu, kolostrum akan sentiasa terbentuk dan mencukupi untuk bayi yang bakal dilahirkan.
“Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, dia harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu kerana ia boleh mengganggu emosi anak itu.
“Tetapi jangan bersedih kerana si ibu boleh cuba memujuk mereka menyusu semula selepas kelahiran bayi baru sekiranya masih ingin membekalkan khasiat susu ibu untuk jangka masa panjang kepada si anak tadi,” katanya.
Selain itu, tanggungjawab ibu menyusu ketika hamil agak berat kerana jika anak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun, si ibu perlu memerhatikan pertambahan berat badannya sendiri semasa hamil.
“Kebiasaannya si ibu akan menjadi lebih penat kerana perlu melayan kerenah anak dan bayi dalam kandungan pada masa yang sama, oleh itu dapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan tekanan.
“Ketika hamil puting payudara si ibu juga mungkin lebih sensitif justeru, si ibu perlu memastikan anak sedia ada menghisap puting dengan cara yang betul,” katanya.
Jika keadaan sebaliknya berlaku dan si ibu mengalami luka pada bahagian berkenaan, jangkitan kuman mudah berlaku dan mungkin boleh menyebabkan payudara membengkak dengan nanah dan ibu perlu melakukan pembedahan kecil. Ini akan menyukarkan keadaan dan anak mungkin akan berhenti menyusu.
Bagaimanapun, katanya untuk memastikan penyusuan susu ibu terbabit berjaya, golongan ibu yang membuat keputusan untuk meneruskan penyusuan ketika hamil perlu menjaga kesihatan diri serta mengambil makanan seimbang secara tetap.
Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengambilan kalsium terutama susu sentiasa mencukupi memandangkan keperluan kalsium anak dalam kandungan serta anak yang sedang menyusu sangat tinggi.
“Si ibu seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul serta makan makanan berzat.
“Malah, mereka perlu minum air dengan kuantiti yang banyak demi kesihatan diri dan juga bayi,” katanya.
Dr Suhaimi berkata, terdapat beberapa keadaan yang mana kaum ibu tidak dibenarkan menyusukan bayi mereka ketika hamil.
Keadaan ini apabila ibu hamil mengalami masalah muntah yang teruk semasa awal mengandung.
Selalunya ibu yang mengalami muntah yang teruk, badan mereka sangat tidak bermaya dan meneruskan penyusuan akan lebih memudaratkan ibu. Mereka boleh mencuba untuk memulakan penyusuan semula apabila keadaan pulih kelak.
Satu lagi faktor apabila ibu mengalami kontraksi pramatang semasa mengandung atau mereka pernah melahirkan bayi pramatang.
Kebiasaannya doktor tidak menggalakkan penyusuan kerana dengan meneruskan penyusuan ia akan menyebabkan kontraksi bertambah kuat dan akan menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang.
Keadaan ini disebabkan penambahan dan perubahan hormon dalam badan yang menggalakkan kontraksi.
Jika berlaku perdarahan semasa peringkat awal mengandung, ibu juga tidak digalakkan meneruskan penyusuan kerana khuatir ia mungkin boleh menyebabkan keguguran kandungan.
Akhir sekali, dia berharap ibu yang ingin menyusukan bayi ketika hamil agar sentiasa bertanya doktor mereka terutama sekali jika terdapat sebarang keraguan.
Fakta susu ibu:
bayi dengan berkesan.
anak dan ibu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11
Thursday, December 6, 2012
Perlukan rehat
Oh..
Seluruh tubuh ini perlukan rehat dari dikerah setiap hari
Emosi ini juga perlu berehat dari dibebani keterlaluan.
Sesungguhnya jiwa ini perlukan damai.
Sungguh penat, letih dan lelah.
Perlukan REHAT yang sesungguhnya.
Google Image
Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Kuatkan semangat kami, tenangkan jiwa kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Amin.
Thursday, November 29, 2012
Oh Mama: Jagalah Diri
Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif mungkin terbentuk sejak sesaorang itu masih di dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung. Oleh itu seorang ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi diri serta orang-orang yang di sekelilingnya perlu membantu seorang ibu itu supaya dia berasa dikasihi dan dihargai - Prof. Dr. Rozieta Shaary .
Monday, November 26, 2012
Today is Monday
STRESSED
Kesian Mama.. Owh anak.. kamu sungguh bijak.. Rindu kamu. Sayang kamu dalam-dalam.
Kesian Mama.. Owh anak.. kamu sungguh bijak.. Rindu kamu. Sayang kamu dalam-dalam.
Tuesday, November 20, 2012
Oh Anak: Sudah bersedia??
Hari ni genap umur Ajmal mama 1 Tahun 10 Bulan. Harapnya kamu dah bersedia untuk menjadi abang. Tapi makin hari makin menjadi pulak perangai manja kamu. Mudah sangat merajuk, menangis. Sensitif betul. Mungkin itu fasa perubahan emosi agaknya.
Asalkan nak susu jer, minta angkat aka dukung..
Asal mama nak masak je.. mula lah dia nak memasak sama.. kalau kamu memasak kat bawah tak pe jugak.. ini nak minta angkat, nak tengok ape yang mama kerjakan..
Kamu sekarang memang garang, asal ada orang nak kacau je.. mesti kamu marah orang tu, tapi satu yang mama risau, kadang2 kamu mudah berkenan dengan orang lain.. mama cukup risau pasal ni.. bahaya tu anak.
Kamu juga makin bijak.. Syukur Alhamdulillah kerana Kau kurniakan kami anak yang petah.
Cikit2 kamu ajak ke taman. Taman, taman, taman air.. huhu.. Jenuh jugak kalau mama sorang2.. If dengan papa, hujung minggu takpe lah. Tapi sekarang musim hujan, jadi bila kami bagitahu kamu hujan, sakit kepala.. kamu faham.. Pandai anak mama.. Sape pandai?? Ajmal (sambil angkat tangan)
Kamu suka buku/paper/majalah, terutamanya yang ada gambar transport,berulangkali lah kami menjawab pertanyaan kamu if gambar tu kamu tak kenal.. Bila kami tanya car sape? kamu dengan yakinnya.. menjawab car Ajmal (sambil jari tunjuk ke dada).. Sayang Ajmal..
Kamu kena ingat ni, sehari sebelum raya haji hari tu, kamu jatuh motor.. tangan kamu kena ekzos motor, agak teruk juga lecurnya. Nok geroh orang kata. Alhamdulillah, tiada kecederaan lain. . Sekarang kuping semua sudah tanggal, tapi kami masih gosok dengan Nutri Rich Oil dan Minyak Zaitun, kita pilih ubat yang mudah didapati lah yer. Then bila kami usik kamu, tanya tangan kamu kena apa.. Kamu jawab jatuh motor..Papa. Hehe.. geli hati mama. sebab kamu tetap ingat yang kamu naik moto dengan papa masa kamu jatuh.. Papa, terima lah hakikat yer.. hehe..Mama ingat lagi masa kamu balik dari kedai dengan papa, kamu nangis2 then papa cakap kamu jatuh motor. Allahurabbi, nak luruh jantung mama.. tengok tangan kamu dah membengkak, ingat patah ke apa.. melecur lagi, kena ekzos. mama tahu sakitnya camane, mama pernah rasa camane kena ekzos panas, runtuh hati mama tengok kamu menangis. Tapi mama kan kuat.. relaks jer orang tengok. Tapi siapa nak tahu apa ada dalam hati. Maka bermulalah tangisan kamu setiap kali bukak dan pakai baju dan mandi. sebab kamu takut mama sakitkan tangan kamu yang sedia sakit tu. Mama basuh perlahan-lahan tangan kamu, mama bukak dan pakaikan elok2 baju kamu..mama sapu perlahan-lahan ubat ke tangan kamu. Itulah pengalaman dan pengajaran agar kami mama papa hati-hati menjaga kamu dan adik-adik kamu nanti.
Malam-malam sekarang kamu liat sungguh nak tidur. Kesudahannya kami gelapkan rumah.. no TV, no car, no hs. gelap-gelap takut bunyi kuat, ada cicak..huhu.. Kadang2 menangis jugak, tapi terpaksa lah sebab mama Ajmal lebih mengantuk dari Ajmal.. huhu.. If mood kamu ok, kamu dengan senang hatinya akan main-main kat katil. Salam mama, salam papa, Tadah tangan, mama baca doa, mama ngaji.. habis 3 kali ulang.. InsyaAllah, kamu tidur..
Tak susah sebenarnya melayan kamu, tetapi kekadang kami yang leka, lupa bagaimana mahu mengambil hati kamu.. Maafkan mama ya sayang.
Nanti bile baby kecik kita ada nanti, kamu tolong mama jaga adik kecil kamu.. kita sama-sama jaga. Papa, Mama dan Ajmal sama-sama jaga Adik. Tak lama lagi dah.. Semoga semuanya mudah dan selamat.
Tulisan ni adalah untuk kamu bila kamu pandai membaca nanti. Doakan semoga kamu cepat mendapat anugerah itu.. Mama takut mama terlupa saat indah kita, tapi mama doakan setiap detik yang telah kita lalui akan sentiasa ada di ingatan kita agar kita saling mengingati antara lain.

Friday, November 16, 2012
Selamat Menyambut Tahun Baru
Tahun Baru Hijrah 1434H sudah masuk hari kedua..
Semoga kita sama-sama maju dengan semangat dan tekad yang baru.
Semoga kita sama-sama maju dengan semangat dan tekad yang baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)