Tuesday, September 27, 2016

Ujian itu Juga Rezeki

Sebuah kisah kehidupan

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.
Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput.
"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?"
Siput menjawab:
"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"
Katak menjawab :
"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"
Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...
Siput terharu...
Akhirnya baru sedar...
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...

Nota:
*Nikmatilah kehidupanmu*..
*Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.*
*IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta
rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang ...
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal...
"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia

#copypaste

Wednesday, April 20, 2016

Boboi Boy Episode 2: Exam??

Papa: Abg, Abg Ngah.. hari ini periksa lagi tau..tulis elok-elok
Mama: Tulis cepat-cepat, cantik-cantik
Abg: Ya, Abg tulis elok-elok. Abg Ngah, kalau tak pandai tulis minta cikgu tulis tau..
Abg Ngah: Baik lah..

Mama: Boleh pulak macam tu ye..
#matakebawahtanganpelukadik

Wednesday, April 6, 2016

Boboi Boy Episode 1

Alhamdulillah..

Hehe.. Tahun lepas 2015 satu entry je.. itu pun hujung-hujung dah..
Malas betul ya..
Malas tu betul.. tapi bukan betul-betul malas ya..
Sikit-sikit aje malasnya..

Ok.
Tahun 2016 kita mulakan dengan episod pertama Boboi Boy (Versi anak-anak)
Alhamdulillah.. ada pertambahan ahli baru dalam keluarga Wan. Yang pertama tahun ini.. tapi bukan yang pertama dalam keluarga Mok, dan bukan juga yang terakhir.. Insya Allah.. Rezeki Allah tu luas.. Makanya tahun ni Mok dimurahkan rezeki dengan kehadiran cucu-cucu dan bakal cucu-cucu dan cicit-cicit..

Abang , Abang Ngah dan Adik.. Yeeayyyyy..
Boboi Boy..
Cukup team badminton double man termasuk Papa,
Habis mana position Mama??
Mama mana mama..
Mesti lah jadi Judges.. Umpire, Service Judge, Line Judges semua tu Mama yang jadi.. Umpire?? Alah, yang duduk kat kerusi tinggi tu.. Ok, tamat..

Tempoh berpantang kali ni amik 70 hari so ada balance lagi. simpan untuk masa depan. InsyaAllah semoga Allah permudahkan..

Selama tempoh tu lah Boboi berdua ada dengan Mama (Miss 2 malam aje.. Abg, A.Ngah tidur rumah Tokpa Tokma dan 1 malam lagi Abg je tidur rumah pade).. Jadi bayangkan selama cuti hero-hero sangat membantu Mama untuk naik pangkat.. (naik marah, naik hantu, naik geram) semua yang naik-naik aje lah dannnnn naik turun tangga dapur.. .. Mujur ada Mok, makcik-makcik nya yang membantu (masa kat kampung ada Teh, Mok Mah, Mok Kak, Su, Cik Chik, Cik Su), Tokma,Tokpa dan sepupu-sepupu (Kak & Kak Ana, Ahmad Yassir) yang boleh bantu hilangkan stress Ibu yang berpantang ini..huhu..
Baby?? Baby sangat membantu.. Sayang dia selamanya.. Sayang semuanya..
Uwwaaaah.. rindu pulak kita kat anak-anak.. dan bapak anak-anak.. Hari ini dah masuk hari ketiga kerja lepas cuti panjang..

Ok dah.. sambung kerja.. lain kali pulak...
....
....
...
...
...
..
..
.

Kalau rajin..
Hehe..

"Kerja kerana Allah, Bukan kerana penghargaan Manusia"

Friday, January 8, 2016

Sebuah Rindu Mengintai Ceruk Hati

Tahun 2006
Berpelikat senteng, bersemutar di kepala..kadang tiada berbaju
Mengayuh basikal tua ke sekolah menjemput si kecilnya di tadika
Demamnya cuma seketika..
Kali pertama mandikan dia, itulah jua terakhir kalinya..
Perginya tidak kembali tiada berganti..


Tahun 1984
Dia yang ku kenal hanya dalam gambar
Juga terkias indah melalui puitisnya lirik-lirik terakhir
Perginya dia saat aku dipembaringan.. sungguh kecil waktu itu..


Tahun 2012
Saat diperantau, dia yang membawa pulang
Jauh merantau teman di selatan


Tahun 2014
Ketabahannya menduga rasa
Kuatnya dia
Rindu dia selamanya
Maaf kerana tidak dapat pulang waktu itu..
Bah kuning itulah tandanya


Al-Fatihah buat Arwah Chek yang telah dipanggil menghadap penciptaNya September 2006 dan kepada saudara-saudaraku yang juga telah bersemadi di sudut yang sama. Semoga roh kalian di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Wednesday, November 18, 2015

Bangkit Berusaha Berjaya

Alhamdulillah..
Masih mampu berdiri, bergerak sendiri pagi ini. Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat pemberian Allah..

Walau bumi Malaysia masih bersisa jerebu nipis pemberian jiran.. Tapi Allah lebih menyayangi.. Menguji dengan sedikit kerosakan, membangkitkan umatnya yang kian lupa, leka..

Sekian lama.. laman blog ni terbiar..
Masih meminati untuk menulis.. cuma sedikit kemudahan untuk menulis itu sering terganggu..
Terbiar lebih setahun.. mujur teman semesra bertanya.. hrmmm.. kalau tak kita hanya blog walking termasuklah ke blog sendiri..

Tahun ni 2015.. Bermula yang gembira..
Eh.. nk citer rangkuman setahun ke?
Semoga penghujungnya juga mengembirakan..

Apa yang pasti.. ahli keluarga sedang bertambah..Anak saudara baru, hujung bulan ni, InsyaAllah..adik kahwin.


Memetik kata-kata sahabat..
"Seseorang yang bahagia bukan karena ia memiliki banyak hal, tetapi karena ia tidak membandingkan miliknya dengan milik orang lain." 

Alhamdulillah..

Monday, June 2, 2014

Oh Sayang: Jom Bercuti

Owhhh...

Teringin untuk bercuti.. Bukan cuti hujung minggu seperti biasa, bukan juga di tempat biasa..bukan rehat seperti biasa.. bukan disini..bukan disini..
Ingin jauh dari keBIASAan.. Jom Bercuti..
Ke tanah tinggi? ke pantai pasir.. Mungkin..

Semoga Allah kurniakan kesempatan itu.. Cuba merancang dan merencana, Tapi DIA yang menentukan..In Sya Allah..


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari-Hari

ASalam, Salam Jumaat penghulu segala hari

Semoga dengan kasih sayang-Nya, kita semua berada dalam keredhaan Allah.

Bulan Mei 2014.. cepatnya masa berlalu.. beberapa bulan ruangan tulis ini ditinggalkan. Bukan bererti melupakan, cuma tiada cerita untuk dikongsikan. Simpanan peribadi tak perlu up ke internet, simpanan peribadi tak perlu diletak di fan page media sosial, simpanan peribadi adalah hak peribadi, jadi simpan sendiri untuk diri sendiri dan mereka yang layak sahaja. Hmmm.. terlebih lah pulak.hehe..

Ok. bulan ni banyak betul selamatkan hari.. ada yang berkaitan secara langsung dan ada yang tidak. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jururawat, Selamat Hari Guru. Ermm.. mugkin ada juga hari lain.. kepada semua pemilik hari-hari berkenaan, di ucapkan selamat untuk semua. Selamat Maju Jaya. Jasamu tak pernahku lupakan.

Rasanya nak mula menulis balik lah.. secara berkala walaupun bukan hari2..Kita ni mane la ada benda sangat pun. Menulis untuk kenangan2 diri sendiri. Gambar pun jarang dapat letak kat sini.. Ada kekangan sikit. Apa-apa pun seronok sebenarnya menulis blog. tapi lagi seronok blog walking..huhu..

Sekarang duk sibuk buat programming, tu yang kadang2 masa habis ke programming, sebab benda ni kena fokus, kalu main cilok-cilok.. baik tak payah buat.. mood tak datang punya. Ok. jom buat programming. Daaa.

Thursday, February 6, 2014

Januari Yang Ditinggalkan

Ianya telah berlalu.. membawa berjuta kenangan.. Suatu bulan untuk diraikan.

Semoga semuanya selamat.

Abang Ajmal telah selamat menginjakkan umur ke angka 3
Adik juga dah cukup setahun
Papa juga sama bertambah lagi satu.
Semoga kesayangan Mama selamat sentiasa.

Juga buat kakak tersayang..Utih telah selamat bergelar isteri. Semoga kamu bahagia bersama suami tercinta, semoga dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata dan hidup aman bahagia. Amin.

Adik juga telah berjaya menjumpai laluan kerjaya yang lebih cerah dan semoga dia kekal bersemangat untuk mengapai impiannya.Semoga kamu beroleh yang lebih baik di masa akan datang.

Buat ibu tersayang, bebanmu kini berkurangan. Tugasmu mendidik anak-anak telah berjaya dan kini telah diambil alih oleh orang lain. Jasamu kepada kami tidak terbalas. Tiada nilai lain yang layak diganti. Hanya doa yang mampu kami titipkan untuk kesejahteraanmu. Semoga Allah sentiasa menjagamu.

Cepatnya masa berlalu.. Sekejap sahaja hari-hari dilalui..Menghabiskan penghujung Januari di kampung halaman, bagai tak mahu meninggalkannya.. Tapi cukuplah untuk kali ini, akan datang kita cuti panjang lagi..