Thursday, December 31, 2009

teruskan melangkah

Tahun 2010 akan menjelang, esok bakal bertandang.. 2009 bakal kita tinggalkan..

2009 in memory

1. Done for pre-honeymoon, 12-12-2009. As entry before, vacation with friends. hehe

2. My wishlist for 25 years age aka year 2009 untuk bergelar isteri terkabul. Alhamdulillah. Segalanya indah, separuh sunnah Rasulullah telah terkabul, maka tahun 2009 ku tinggalkan dengan gelaran baru yang telah 2 bulan lebih diperolehi on 09-10-2009.

3. Harapan, impian untuk ber'majikan'kan kerajaan termakbul juga. 29-09-2009 lapor diri. Now @ Putrajaya.

4. Best friends kawen, Puan Sharifah 23-09-2009. (risau kalo2 bertembung date dgn dia, 2 months preggy mom, tahniah Pah for sweet moment now..)

5. 20-09-2009, sambut Aidilfitri with 'kak' after 3 years she at abroad. InsyaAllah next year she'll graduate from Uni. Al-Azhar. Amin.

6. Engagement day 02-05-2009.

Rasanya tu jelah yang berada dalam ranking paling atas dalam carta peristiwa 2009. Semoga 2010 yang bakal tiba dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang membahagiakan.

Selamat menyambut tahun baru 2010, dengan azam dan semangat baru.

p/s: bila diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani..

Tuesday, December 29, 2009

route to happiness

Meniti detik-detik indah perjalanan, membilang waktu meninggalkan tahun 2009.. only 3 days kita akan meninggalkan 2009 dan menjengah tahun baru 2010.. Momen indah yang telah diraih, diabadikan disudut hati.. semoga tahun baru yang mendatang, akan menjadi lebih gemilang..

seketika terfikir, apakah wishlistku untuk tahun 2010, tetapi suatu yang pasti, ku ingin menjalani waktu-waktu mendatang dengan lebih ceria, gembira..HAPPINESS..


for me, Happiness means always being together, bersama together, berat ringan, hitam putih, cerah kelam, sweet sweet, sour sour.. in all situations, being together..

p/s: do everyday, learn everyday

Thursday, December 24, 2009

Bila Ia Sudah Menjadi Kebiasaan

Salam Maal Hijrah..

Berhijrah dari kebiasaan.. berhijrah untuk membiasakan diri, both of them is different..

1st statement adalah untuk 'kebiasaan' yang kurang baik, yang xperlu menjadi sebahagian dari diri kita, if 'kebiasaan' itu ada diri kita akan menunjukkan kekurangan.. maka perlulah kita berhijrah dari 'kebiasaan' itu.

2nd statement adalah untuk membiasakan diri kita, untuk jadikan 'sesuatu' itu sebagai amalan, dengan adanya 'sesuatu' itu, perjalanan kehidupan kita akan lebih baik, lebih mudah, lebih segala-galanya (dari sudut positif sahaja).

contoh paling mudah dan susah orang nak buat..
say thank you, pelayan hantar makanan ke meja, ucaplah terima kasih, sejuk ckit hati dia, ntah-ntah kat belakang tadi kena marah, release jugak perasaan dia kan? lepas amik tiket kat tol, terima kasih kak/abang/pakcik.. kan senang tu.. itu cume contoh, banyak lagi la, xkan nak tulis semuakan.
sama juga ngan kata-kata maaf, susahnya nak ucap mintak maaf, kekadang ada terdengar, tapi bunyinya seperti tiada keikhlasan, flat sound..
xcakap kat orang la, kekadang empunya diri pun terlupa bila banyak ganguan syaitan ni, maka sama-samalah kita perbaiki diri.

tak susah, dan tak juga mudah.. segala-galanya terletak pada keinginan dan kemahuan..
di mana ada kemahuan, dari situ kita mulakan, hmmm, tapi kalo tak mahu, macam-macam cara kita menolak.. apa yang penting? tanya lah diri sendiri..




p/s: tiada note..

Monday, December 21, 2009

Lupa @ Tak Ingat

Salam Tahun Baru Hijrah..

Weekend lepas ke mana semua? atau beristirehat kt umah je..
Sebenarnya bukan nak cakap pasal weekend or cuti umum or hari kerja 4 hari, tapi last saturday kami ke Kuantan, amik sijil nikah, sambil jumpa mama (mother in law). Last friday laks ke KLCC, shopping pakaian hubby (shopping ke, 3 helai je pun..)

Entry hari ni nak story pasal berhijrah.. hijrah dari segi sifat la.. dari memori yang jangka hayat nye pendek, kepada memori yang saiznya lebih besar, yang sukar untuk direplace dengan data baru..

Penyakit lupa atau ayat yang sedap didengar ckit tak ingat.. hmm..ntah kenapa la susah betul bagi sesetengah orang nak ingat perkara-perkara yang kadangkala xpatut lupa pun, tapi ada perkara-perkara lain, hebat dia, xlupa pun.. satu-satu bleh citer..huhu

Adakah ini disebabkan tabiat atau sengaja buat-buat lupa dan akhirnya terjadi. If nak kata itu kejadian Allah, takdir Allah tapi perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita berusaha kan?? Apa-apa pun, semuanya atas kemahuan masing-masing..

Lupa kadang-kadang xpe, tapi jangan terlalu kerap melupakan perkara yang mudah..


p/s: just recieved my new batiks.. ada sesape nak beli batik kelantan?

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

1430H bakal kita tinggalkan, sama ada dengan kenangan bahagia atau cerita duka.. kedua-duanya pasti ada, tapi alangkah baiknya jika yang bahagia itu sahaja pernah berlaku dalam hidup kita, tapi mana mungkinkan, lagikan lidah boleh tergigit inikan pula kehidupan yang melibatkan jutaan makhluk.. yang baik jadikan tauladan, yang kurang baik jadikan peringatan..

Esok, Jumaat, 1 Muharam 1431H, cuti umum.. maka jari-jari ini turut akan bercuti dari mengetuk keyboard komputer kerjaku.. Sebab itulah, ucapan ini mendahului tarikhnya.. xpe kan? Sebab rasanya, banyakan ucapan akan mendahului peristiwa..hmmm.. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah..

Kepada saudara-saudara yang akan bertunang, berkahwin, menyambut hari lahir pada esok hari, maka diucapkan tahniah, semoga mendapat keberkatan sempena Maal Hijrah ini.



Imej dari iluvislam.com

Monday, December 14, 2009

vacation before new year

Sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai dan sebelum 2010 membuka waktu operasinya kami bercuti, percutian yang dirancang bersama colleauge, maka bertebaranlah pada 12&13 Dis 2009 di bumi Allah kawasan PD (pinjam & modified kata-kata Illi).. Nice holiday..win-win situation, 2 in 1 holiday, bersama suami tercinta,tersayang dan bersama kawan-kawan yang dikasihi.. Hope next time we can arrange another vacation like this..kita ke pulau plak..

here we're
my niece, kakak
kakak again
banana bot: dah jatuh dah
bbq session: sudah menjadi abuBanyak yang nak dikongsi cerita, tapi mood untuk menulis tiada, agaknya masih belum mahu muncul selepas enak-enak bercuti dengan bahagianya.. mungkin akan update lepas ni, bersama beberapa gambar kenangan..hmmm..mungkin...


p/s: hargai masanya kita gembira..

Friday, December 11, 2009

Adab Berdoa

Khutbah Jumaat
11 DISEMBER 2009/ 24 ZULHIJJAH 1430H)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “ ADAB BERDOA”.

Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dirahmati Allah,
Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56:

Maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

Ketika menjelaskan perkara yang sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Mafhumnya: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan”. (Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang. Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia akan sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.

Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “ Wahai Sa'ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya”. (Hadith Riwayat Thabrani)

Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab-adab tertentu. Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadith, antara lain adab berdoa itu ialah:
Pertama : Suci dari hadas besar dan kecil,
Kedua : Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW,
Ketiga : Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengkabulkan doa sama ada cepat atau lambat,
Keempat : Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa; dan
Kelima : Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturrahim, kerosakkan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal ini mimbar mengingatkan umat Islam bahawa terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadith Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “ Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi)

Mimbar suka mengingatkan, adalah menjadi tanggungjawab ulama, sidang jemaah dan umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang-orang yang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.

Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insya Allah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan organisasi.
Berdasarkan peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW itu, maka mimbar amat yakin mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak akan terlepas begitu saja. Sebagai peringatan berhubung tingkah laku kita, marilah kita menghayati firman Allah SWT ini.


Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada durunya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.” (Surah Fussilat:46)



Dipetik dari Khutbah JAKIN online

Tambahan Adab-adab berdoa

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
2. Memulakan doa dengan membaca “Bismillah” dan ucapan memuji-muji Allah Serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.
3. Mengadap Kiblat.
4. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.
5. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.
6. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
7. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
8. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.
9. Berdoa dan mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamankan.
10. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.
11. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
12. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini Ya Allah, berikan lah aku petunjuk jika Engkau suka" Sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.
13. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku....."
14. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silatur-rahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, Insyaallah doa kita akan di makbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.
15. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (e.g nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dll)
16. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (e.g ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
17. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.

p/s: Regangkan,Bukakan tanganmu,Tadahlah ke Langit, mintalah kebaikan dari PenciptaMu
:: Rindunya pada sebuah Doa seperti yang Ayah lagukan

Monday, December 7, 2009

Petua untuk Sihat

ELAKKAN...

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.



p/s: hargailah masa sihat sebelum tiba waktu sakit..

Friday, December 4, 2009

Warnamu

Salam hari jumaat, penghulu segala hari..

Sedari pagi, hujan menyerikan kebanyakan Bumi Malaysia.. kesejukan menggigit seluruh urat saraf, bisa membuat ekosistem badan memilih untuk berhibernasi..

Sekadar membuka entri sebagai penutup weekdays..



Ilustari dipetik dari iluvislam.com

Wednesday, December 2, 2009

MASA YANG DICARI

Raya korban sudah berlalu, tetapi kepenatan masih bersisa dalam sekujur badan yang masih bergerak ini. Akibatnya semalam kami bercuti sahaja. Memberi ruang kepada anggota badan untuk mengurangkan ketegangan.. 4 hari pulang beraya, penatnya mungkin berminggu..hehe..

Sekarang kita berada dalam bulan terakhir di tahun 2009, betapa cepatnya masa berlalu, dalam sedar atau tidak kita barangkali terlepas sesuatu perkara, terlalu banyak perancangan yang mungkin tidak dapat dilangsaikan. Tetapi jangan dikhuatiri, andai kita masih berupaya melakukannya dalam masa yang masih berbaki, adalah lebih baik kita selesaikan..