Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Tahniah Harimau Malaya

Tahniah..tahniah..tahniah..

Akhirnya detik ini muncul. Selepas 14 tahun sejak penganjurannya Piala Suzuki AFF yang dahulunya Piala Tiger. Kita menang dengan agregat 4-2 walaupun tewas pada pusingan ke-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Apa yang pasti, kitalah yang terbaik. Teruskan memontum sebegini untuk tahun-tahun seterusnya.

Gambar dari Utusan Malaysia

Berkat sokongan seluruh rakyat Malaysia, hasil kerja keras pemain jurulatih, keberkesanan barisan kepimpinan akhirnya nama Malaysia tercatat juga dalam senarai juara. Tahniah semua. Dan kerana kalian jugalah kita akan BERCUTI esok. yeaayyyy...


R2R: Esok juga boleh la mulakan misi berjalan kaki di pagi hari cuti

Wednesday, December 29, 2010

Oh Mama: Tak Sabar

Salam.

Minggu ke-37, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Tak pe, bunda dan kakak-kakak pun masuk minggu ke-38 baru anak-anaknya mahu keluar. Harapnya sama juga bagiku, lagi awal lagi baik. kan Sayang? hehe..

Pagi tadi attend weekly check up. Ye la, weekly, kan dah masuk 9 bulan. Seminggu sekali dah la. Berat tak naik, malahan turun 300g. Alasan tak ambik breakfast lagi.. Logik lah kan.. Tak pe, janji mama dan anak sihat. Anak pun masih aktif bergerak, walaupun ruang makin menyempit. Menendang, menyiku, menumbuk segala macam ada. Alahai.. papanya sibuk main badminton kat court, dia kat dalam perut pun naik kaki tangan yer. Tak pe, sakit sikit tak pe, mama suka.janji anaka mama sihat dan cergas.

Hari ni beli bengkung, untuk kegunaan berpantang nanti. Ingat nak pinjam kakak punya, tapi tak pe lah beli sendiri. Barang-barang untuk berpantang sebenarnya tak beli pun lagi, kene beli ke? Ada lah survey harga dua tiga produk set bersalin tu.. tapi tak pasti nak beli ke tak. Ke nak guna yang bidan kampung je? Tungku batu pun ada lagi rasanya kat rumah, ke Bunda simpan kat mane?

Hasil bantuan pakcik google



R2R: Beli susu, beli pil kalsium, pergi scan tengok anak..

Thursday, December 23, 2010

Hujan Disember: Mengamit Memori

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Walaupun 2010 menghampiri penghujung, Disember telah melangkaui pertengahannya dan yang paling indah, insan tersayang bakal muncul dalam hidup kami, hujan yang turun di pagi hari, suasana mendung menyelubungi bumi pantas mengembalikan semua kenangan yang bertahun telah berlalu di kala hujan monsun tiba, sewaktu usia masih anak-anak remaja, sewaktu ayahanda tercinta masih ada. Indahnya..

Musim-musim tengkujuh macam ni, belakang umah saya akan banyak air, sebab kawasan rendah, kawasan bekas sawah, seingat saya kami pernah tanam beras merah (beras nasi dagang tu..)Tapi semenjak tak tanam padi sebab traktor tak larat nak naik bila dah turun bekerja makanya tanah tu jadi padang rumput. Arwah cek (panggilan untuk ayahanda) bela kerbau, lembu, biri-biri jadinya memang tak rugi la rumput-rumput tu kat situ kan..

Ok, back to story..
Bersama kakak, adik, anak-anak buah, kami tebang buluh dan buat rakit. Jangan kata anak dara tak pandai nak bertukang. Saya anak kampung, segala macam yang budak lelaki buat, kebanyakannya saya boleh buat. Bawak ke belakang rumah dan kami sama-sama ikat rakit, baiki kail buluh yang mana rosak then berkayuh atau buat baru. Pacakkan batang kail di kawasan berpotensi untuk mendapat hasil dan semestinya letak umpan, umpan cacing la.. cacing kami cari di kawasan rumpun pisang.. kawasan cengitu memang habitat cacing.

Baru nak buat ni


Yang dah siap


Kat belakang rumah jugak kebun getah dan ditepinya kawasan pokok sagu. Pernah tolong cek tebang pokok sagu (yang sebesar sepemeluk tu..), golek bawak balik rumah (takkan nak pikul kan, mana mampu), cek belah then bagi itik makan (dulu itik kami bela itik untuk telur makan sendiri). petang-petang kami kene parut sagu tu untuk makan malam itik. (parut tu diperbuat dari papan yang dipaku banyak-banyak). Ok, kat kawasan pokok sagu tu banyak jugak spesis ikan. Haruan, keli, puyu sepat dan paling best dapat beeluuuut beesaaar.

Setiap kali air banjir musim tengkujuh naik, adalah dalam seminggu baru surut balik (kalau hujan cepat reda la). Kan cuti sekolah, jadi selama itu lah kami akan berkayuh rakit,pacak kail, letakkan pukat jaring ikan, pagi tengahari petang akan turun tengok hasil, letak 'tukey' buluh untuk perangkap belut.menyiang segala ikan, belut yang tersangkut, berkubang ala-ala berenang (tapi sayang, kami adik beradik sampai sekarang pun tak pandai berenang.huhu...)berperang dengan lintah (lintah banyak sebab bela kerbau kan..)we named it lintah kerbau. besar, panjang, liat sungguh nak tarik buang kalo dah melekat kat badan. Tapi kail-kail dan pukat ni kene tengok kerap la sebab takut nanti hasil yang ada jadi habuan kura-kura pulak. Nanti ikan-ikan tu tinggal kepala je. Seronok sangat waktu tu, segala jenis masakn boleh dibuat, masak asam pedas la, ikan bakar la, belut bakar, masak lemak semua ada.

Sedaaapp..


Bukan macam sekarang, parents bawak anak-anak main banjir kat jalan raya dengan alasan kesian anak nak main, biarkan, biarkan anak-anak main sendiri-sendiri. Mana asal parit, mana pergi lopak , mana pintu air pun dah tak tahu sebab semuanya AIR. Banjir dua hari pun dah ada berita kematian lemas. Sayang, anak bangsa yang baru nak membangun sudah pergi sebelum sempat berbakti. Tinggallah keluarga yang mungkin meratap sedih dan kesal. Tapi apa daya, ketentuan sedah tertulis.

Kalo dulu tahun 90-an, sekolah bukak awalkan, pertengahan Disember tu dah bukak sesi baru, tapi masa tu hujan ada lagi kan. Jadi jalan depan rumah lecek la, berselut sebab dulu jalan masih tanah, pasir pun tak lekat sebab duit yang ada guna untuk benda yang lagi penting kan, sekarang dah elok la dari dulu. Jadi nak elak dari kasut kotor berpalut lumpur, kami sorong basikal tak pakai kasut sampai la ke rumah jiran yang dekat jalan utama tu, guna paip air dia, basuh kaki, baru la pakai kasut. Masih pakai kasut lama, tunggu musim hujan dah reda baru guna kasut baru. Sayang la kan, kami mana ada duit nak beli sampai dua pasang setahun kan. Duit bekal pun kadang ada kadang tak de, maklum la musim hujan, camana nak cari duit kan, Mak Ayah kami bukan tokei kedai, tokei umah sewa kan.. Syukur setakat mana yang ada, janji boleh isi perut kat umah dan cari ilmu di sekolah. Ke sekolah pakai la baju hujan kecik, nipis tu, yang macam-macam warna tu. Sedikit pun tak terasa terkilan tengok orang lain pergi sekolah dihantar parents berkereta, bermotosikal sebab kami tahu tahap kami di mana.

Banyak kenangan, terlalu banyak untuk diceritakan. Ini baru cerita musim cuti musim hujan, belum lagi cerita hujung minggu, petang lepas sekolah, cerita cuti penggal. Tak pe lah, mungkin lain kali sekiranya berkesempatan.

R2R: Panjang pulak entry kali ni. Kenang semuanya.

Monday, December 20, 2010

Finaly Akhirnya..

Assalamualaikum dan salam ceria. Salam pembuka.

Di pejabat dan akan bekerja hinggan sampai waktunya kita diminta berehat. Ingatkan semalam. Rupanya belum.hehe.. Sabar ye sayang mama.. Mama?? ya Sayang, Papa nak Mama jugak. Jadilah Mama.. Tapi tak salahkan kalo ada dua tiga gelaran mak? hehe.. Kuat betul anak mama bekerja ye? ruang makin sempit ye? Tak lena tidur mama, maklumlah jadual tidur kita tak sama. Kamu tidur masa mama bekerja, berehat. Baguslah tu. Tapi bila waktu mama tidur, kamu pulak yang jaga. Sabar ye sayang, beberapa hari je lagi. Nanti boleh la kita sama-sama lena dan sama-sama jaga.

Apa yang akhirnya pulak? Selepas 14 tahun Malaysia akhirnya layak ke peringkat akhir Piala Suzuki, piala kemasyahuran Asia Tenggara selepas mengalahkan Vietnam dengan agregat 2-0. Permainan yang lebih kepada taktikal pertahanan di tempat lawan, kerja keras semua pemain, sokongan peminat dan sesungguhnya itulah kurniaan Allah kalo kita berusaha dan rezeki milik kita. Alhamdulillah dan tahniah buat semua.

Friday, December 17, 2010

Oh Anak: Tabung ke universiti

Sekadar gambar..



R2R: Cerita kemudian

Saya Sokong

Petikan dari Berita Harian: 17 Disember 2010

Henti guna mainan pikat pembeli
Oleh Mohd Zaky Zainuddin

2010/12/17
FOMCA gesa kerajaan gubal akta kawal promosi restoran makanan segera

KUALA LUMPUR: Negara ini tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengambil tindakan ke atas syarikat makanan segera yang menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan bagi menarik pembeli terutama kanak-kanak.

Laporan agensi berita asing AFP semalam, dua anak di California, Amerika Syarikat menyaman sebuah syarikat makanan segera terkenal yang didakwa menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan kanak-kanak.


R2R: Bermain lebih kenyang daripada makan???

Thursday, December 9, 2010

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.

Waluapun dah masuk hari ke-3, itu tak bermakna kita lewat, asalkan penghayatan tetap ada. Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua. Tema sambutan tahun ni, 1 Malaysia, 1 Ummah dengan harapan agar seluruh umat Malaysia bersatu, berpadu menjadi sebuah ummah yang berjaya.

Semalam pagi ke klinik untuk check up dan petang ada mesyuarat. Agak penat, tapi tak pe, sikit je lagi. Ibu sabar, sayang sabar. Sama-sama bersabar. Semoga kedatangan tahun baru ini, kehidupan kita akan lebih bermakna.

Wednesday, December 1, 2010

1 Disember dan 8 bulan

Wahwahwah... Assalamualaikum.

Disember dah kita. Kejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik duduk bangun dah penghujung tahun. Sedih kah kita? Gembira kah kita sepanjang tahun ni? Apa yang pasti, suka duka saling berganti. Sebuah pengalaman yang tentunya banyak mengajar cara untuk menjalani kehidupan mendatang.

Minggu ni dah masuk minggu ke 33 kandunganku. 8 bulan yang dilalui penuh makna. Sekarang dia makin aktif, kicking and knocking perut ibu dia. Maklumlah, badannya makin membesar, tapi ruang lebih kurang je. Sabar ye sayang. Tak lama dah pun.

Semalam mengemas kain baju ibu dan anak, sediakan selengkapnya untuk kemudahan nanti. Mana tahukan, tetiba rasa kontraksi nak bersalin tak kan la baru nak mengemaskan.. Ikut senarai yang di cari-cari kat web/blog macam sikit, tapi bila dah kumpul, mak aiihh.. kalah baju nak balik kampung. Benarkan itu? huhu..

Apa-apa pun berbanyak terima kasih kepada sesapa yang berkongsi maklumat mengenai kehamilan, kelahiran dan pelbagai persediaan yang berkaitan dalam blog, web atau mana-mana saja ruang yang anda hantarkan. Terima kasih, sesungguhnya ianya cukup bermanfaat kepada seluruh pengguna internet yang memerlukannya.


R2R: Rasanya baju anak ni tak cukup lagi...