Walaupun 2010 menghampiri penghujung, Disember telah melangkaui pertengahannya dan yang paling indah, insan tersayang bakal muncul dalam hidup kami, hujan yang turun di pagi hari, suasana mendung menyelubungi bumi pantas mengembalikan semua kenangan yang bertahun telah berlalu di kala hujan monsun tiba, sewaktu usia masih anak-anak remaja, sewaktu ayahanda tercinta masih ada. Indahnya..
Musim-musim tengkujuh macam ni, belakang umah saya akan banyak air, sebab kawasan rendah, kawasan bekas sawah, seingat saya kami pernah tanam beras merah (beras nasi dagang tu..)Tapi semenjak tak tanam padi sebab traktor tak larat nak naik bila dah turun bekerja makanya tanah tu jadi padang rumput. Arwah cek (panggilan untuk ayahanda) bela kerbau, lembu, biri-biri jadinya memang tak rugi la rumput-rumput tu kat situ kan..
Ok, back to story..
Bersama kakak, adik, anak-anak buah, kami tebang buluh dan buat rakit. Jangan kata anak dara tak pandai nak bertukang. Saya anak kampung, segala macam yang budak lelaki buat, kebanyakannya saya boleh buat. Bawak ke belakang rumah dan kami sama-sama ikat rakit, baiki kail buluh yang mana rosak then berkayuh atau buat baru. Pacakkan batang kail di kawasan berpotensi untuk mendapat hasil dan semestinya letak umpan, umpan cacing la.. cacing kami cari di kawasan rumpun pisang.. kawasan cengitu memang habitat cacing.
Kat belakang rumah jugak kebun getah dan ditepinya kawasan pokok sagu. Pernah tolong cek tebang pokok sagu (yang sebesar sepemeluk tu..), golek bawak balik rumah (takkan nak pikul kan, mana mampu), cek belah then bagi itik makan (dulu itik kami bela itik untuk telur makan sendiri). petang-petang kami kene parut sagu tu untuk makan malam itik. (parut tu diperbuat dari papan yang dipaku banyak-banyak). Ok, kat kawasan pokok sagu tu banyak jugak spesis ikan. Haruan, keli, puyu sepat dan paling best dapat beeluuuut beesaaar.
Setiap kali air banjir musim tengkujuh naik, adalah dalam seminggu baru surut balik (kalau hujan cepat reda la). Kan cuti sekolah, jadi selama itu lah kami akan berkayuh rakit,pacak kail, letakkan pukat jaring ikan, pagi tengahari petang akan turun tengok hasil, letak 'tukey' buluh untuk perangkap belut.menyiang segala ikan, belut yang tersangkut, berkubang ala-ala berenang (tapi sayang, kami adik beradik sampai sekarang pun tak pandai berenang.huhu...)berperang dengan lintah (lintah banyak sebab bela kerbau kan..)we named it lintah kerbau. besar, panjang, liat sungguh nak tarik buang kalo dah melekat kat badan. Tapi kail-kail dan pukat ni kene tengok kerap la sebab takut nanti hasil yang ada jadi habuan kura-kura pulak. Nanti ikan-ikan tu tinggal kepala je. Seronok sangat waktu tu, segala jenis masakn boleh dibuat, masak asam pedas la, ikan bakar la, belut bakar, masak lemak semua ada.
Bukan macam sekarang, parents bawak anak-anak main banjir kat jalan raya dengan alasan kesian anak nak main, biarkan, biarkan anak-anak main sendiri-sendiri. Mana asal parit, mana pergi lopak , mana pintu air pun dah tak tahu sebab semuanya AIR. Banjir dua hari pun dah ada berita kematian lemas. Sayang, anak bangsa yang baru nak membangun sudah pergi sebelum sempat berbakti. Tinggallah keluarga yang mungkin meratap sedih dan kesal. Tapi apa daya, ketentuan sedah tertulis.
Kalo dulu tahun 90-an, sekolah bukak awalkan, pertengahan Disember tu dah bukak sesi baru, tapi masa tu hujan ada lagi kan. Jadi jalan depan rumah lecek la, berselut sebab dulu jalan masih tanah, pasir pun tak lekat sebab duit yang ada guna untuk benda yang lagi penting kan, sekarang dah elok la dari dulu. Jadi nak elak dari kasut kotor berpalut lumpur, kami sorong basikal tak pakai kasut sampai la ke rumah jiran yang dekat jalan utama tu, guna paip air dia, basuh kaki, baru la pakai kasut. Masih pakai kasut lama, tunggu musim hujan dah reda baru guna kasut baru. Sayang la kan, kami mana ada duit nak beli sampai dua pasang setahun kan. Duit bekal pun kadang ada kadang tak de, maklum la musim hujan, camana nak cari duit kan, Mak Ayah kami bukan tokei kedai, tokei umah sewa kan.. Syukur setakat mana yang ada, janji boleh isi perut kat umah dan cari ilmu di sekolah. Ke sekolah pakai la baju hujan kecik, nipis tu, yang macam-macam warna tu. Sedikit pun tak terasa terkilan tengok orang lain pergi sekolah dihantar parents berkereta, bermotosikal sebab kami tahu tahap kami di mana.
Banyak kenangan, terlalu banyak untuk diceritakan. Ini baru cerita musim cuti musim hujan, belum lagi cerita hujung minggu, petang lepas sekolah, cerita cuti penggal. Tak pe lah, mungkin lain kali sekiranya berkesempatan.
R2R: Panjang pulak entry kali ni. Kenang semuanya.
No comments:
Post a Comment