Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Persefahaman Asas Perpaduan..

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

Semoga Kebaikan dan Kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Azam tahun baru?


r2R: Memperbaharui azam tahun lepas.. haha..

Tuesday, November 22, 2011

Kuning?

Hari ni Ajmal ada check up.. Ala timbang berat dan tinggi je.. Tapi kedua-dua ukuran tu dah kena kawasan kuning. Alahai anak mama, berat kamu naik 0.2kg je. Ibu cakap kamu makan banyak.. kat rumah pun makan banyak. cuma susu memang kamu kurang siang hari.. sangat-sangat kurang. Kamu sangat aktif, kuat berpeluh..

Kamu juga tak berapa nak meninggi.. ikut papa yer? hehe.. if ikut mama mesti tinggi (kadar tinggi perempuan)..ngehhnegeh.. atau pun ikut ayah Di kamu. panjang.. Tak pe nanti mama bagi kamu makan roti banyak-banyak, tapi yang fiber punye, bukan roti putih. Ok tak?

Tapikan hari ni, MasyaAllah, ramai nye orang. yang baby pun ramai.. dalam dua jam jugak baru sampai giliran. Apa taknya.. sampai-sampi tu kena tunggu, penat tunggu, pergi breakfast dulu, siap.. kena tunggu lagi.. anak-anak kecil pun dah ramai merengek, menangis kebosanan, kelaparan, mengantuk.. termasuk Ajmal kami. Tapi bila mama nak bagi susu, kamu sibuk nak tengok baby lain menyusu, sudahnya.. seteguk dua je yang membasah tekak kamu.

Ok sayang, ready for next injection.. usia kamu setahun.
Semoga kamu terus membesar dengan baik, sihat dan selamat.
Semoga menjadi anak yang soleh.

Monday, November 21, 2011

Cuti?.. Dah Mula?

Sekolah dah mula lengang, anak-anak sekolah dah mula cuti, Cuma tinggal pelajar yang menghadiri peperiksaan SPM dan yang bakal menduduki STPM. Jadi ada yang dah mula menuntut janji dari parents masing-masing. Mahu di bawa berjalan-jalan, dalam atau luar negara, taman tema air atau pulau-pulau yang indah.

Tapi bagaimana dengan mama Ajmal. tahun ni tak pergi holiday lagi. Holiday dalam erti kata yang sebenar. Kundasang? Bukit Tinggi? Cameron Highland? Langkawi? nanti Ajmal boleh jalan..

Tak pe, mama akan setia menanti untuk holiday yang agak jauh. Tapi yang dekat-dekat kita boleh selalu pergi dengan syarat, papa tak kerja dan tunai ada dalam wallet papa..hehe..

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Saya suka tarikh ni.

Hari ni genap usia permata hati kami 10 bulan.

Dalam usia yang sebegini, banyak perkara yang dia mampu lakukan, pelbagai bunyi yang dia hasilkan.

Istimewa buat Ajmal, mama menulis ni untuk tatapan kamu bila kamu besar nanti, bukan apa, mama takut mama terlupa. Jadi mama tulis supaya kamu tahu apa perkembangan kamu, hari ke hari bersama keluarga kita.

Sehingga hari ini, kamu masih menyusu dengan mama, walaupun dalam badan kamu dah ada susu formula agaknya dalam 0.6% je kot, memang sikit sebab kamu tak suka. Mama bagi masa kamu di NICU. Dan sehingga hari ini juga kamu lebih suka direct menyusu dengan mama. Dah macam-macam puting kami belikan, kamu tetap tak nak dengan botol. Agaknya dah beratus RM mama berhabis untuk puting kamu, apa taknya, dari semurah-murah hingga semahal-mahal kami dapatkan untuk kamu. Jawapannya sama. TAK NAK. Akhirnya mama relakan. Jadi kat rumah ibu kamu minum guna sudu atau picagari je. kekadang guna cawan. Hmmm.. cup feeding pun mama belikan untuk Ajmal. Sekarang mama sedang ajar kamu minum guna straw, kekadang kamu berjaya, kekadang tak. Tak pe, take your time baby.

Gigi kamu sekarang dah ada enam, empat atas dua bawah. tajam sangan gigit kamu, apa tak nya, hampir setiap hari kamu asah gigi kamu, ngilu mama dengar. hehe.. Kamu mula tumbuh gigi pada usia empat bulan, dua gigi bawah keluar berturutan selang semingu. Kemudian empat gigi atas juga tumbuh berturutan. Dengan gigi tu la semua orang kamu nak gigit, tapi yang paling banyak kena gigit mesti lah mama. Dulu mama mandikan kamu direct ke shower, jadi bahu mama jadi mangsa gigi kamu kalo kamu tak tahan sejuk. Pipi, dagu lengan mama jari sume kamu try. Papa selalu permainkan kamu supaya kamu gigit jari, haaa.. bila kena gigit tahu pun papa menjerit.

Satu lagi yang kamu buat mama terfikir banyak kali, ialah bila kamu gigit cik nenen. Sakit sangat sayang. Bila kamu geram me..mang kamu buat, tapi kamu pandai.. bila kamu gigit kamu tengok mama, renung mama, seolah-olah kamu nak cakap "Ajmal bergurau je, tak pa kan mama?", mama sakit tapi mama susah nak marah kamu. Kalau lah papa Ajmal boleh rasa?..hehe.. Barang mainan, kain segala yang ada dekat kamu, kamu akan gigit bila mana kamu terasa untuk berbuat demikian. Tapi mama risaukan gigi bawah kamu yang cantik tu bila kamu tarik kain yang kamu gigit.

Sekarang kamu belum cukup berani untuk melepas tangan dan melangkah sendiri, cuma sekadar berdiri beberapa saat then kamu duduk. Tak pe, sekurang-kurangnya kamu telah mencuba. Tapi kamu cukup berani berdiri, melangkah, bertatih sambil berpegang pada rak tv, rak buku dan segala benda yang kamu suka. Tapi mama cukup risau kalo kamu berpegang pada dinding atau pintu. Kamu nampak tak balance. Usshh..risau mama. Tak pe, Mama akan tunggu kamu berjalan sendiri dan seterusnya berlari. Semoga kamu berusaha yang terbaik.

Bab makan pula, kamu memang makan banyak. Tapi mama kena kejar kamu lah. Ikut je mana kamu main. Mama selalu juga minta papa suapkan dan mama sibukkan diri di dapur. Biarkan kamu dengan papa sendirian. Tapi kamu akan merangkak ke dapur mencari mama. Alahai anak mama.. Tapi bila papa kerja seharian, malam tak sempat main sebab kamu tidur awal papa balik lambat, tahu pulak kamu mencari bagaikan ada sesuatu yang tak kena, sekejap cari di bilik, sekejap bergerak ke dapur.

Panjang pulak entry mama kali ini. Mama tak kesah sebab mama suka bila bercerita tentang kamu.

Pada usia 10 bulan ni kamu makin banyak bersuara, tapi mama masih belum faham sebab bahasa kamu lain sikit. hehe... Mama suka kamu gelak, dan buat-buat gelak. Geli bile kena geletek. Papa lah yang suka sangat cium kamu kat perut sebab memang kami tahu kamu geli.

Tapi kamu masih perlukan cik nenen untuk pujuk kamu tidur. Aduuh.. ini yang buat mama risau. Bukan mama tak ajar kamu, tapi mama tak tahan bila dengar kamu menangis, menjerit mahukan gula-gula kamu. Sekali lagi mama kalah dengan kamu.

Sekarang kamu makin minat dengan air, mandi lama-lama dalam besen. Bila mama angkat bila kamu tak puas main, nescaya kamu akan menjerit. Jadi mama dh temukan formula supaya kamu cepat naik iaitu siram kamu dengan air sejuk. Jadi cepat-cepat kamu bangun pegang mama. Hehe.. mudahkan??

Banyak yang mama nak cerita tentang kamu.. lain kali mama sambung lagi.. Semoga kamu membesar dengan sihat dan selamat. Semoga menjadi anak yang soleh, yang meghormati orang lain. Amin.

Friday, November 18, 2011

Sketsa.. Haha..

Sebaik bertemu di dalam kereta.

Cik Adik: MasyaAllah Abang, saya baru teringat yang daging semalam tak letak balik dalam peti. (Dengan perasaan yang sangat kesal)
En Abang: Ye ke?
Cik Adik: Betul-betul lupa, sebab lepas masak tak kemas terus. Tambah pulak tidur awal.
En Abang: Tak pe lah. Nak wat camane. Abang pun silap juga tak cek sebelum masuk tidur. (Dengan nada memujuk)

Oh, indahnya dunia. Semoga terus kekal ke akhir hayat.


“Daripada menyalahkan kegelapan, lebih baik mencari lilin dan nyalakannya”

Thursday, November 17, 2011

Oh Anak: Menjelang Umur 10M

Kelmarin ntah mana datangnya idea dia, boleh dia intai bawah sofa cari foam ball ball yang dah pecah-pecah sebab kena gigit..tak nampak intai sambil duduk, dia meniarap.. then hulurkan tangan nak capai, tapi sayang tak sampai. Pandai sungguh anak mama..

Malam tadi pulak dia buat bunyi lidah... Mama suka. Suka sangat.

Berjalan sendiri belum lagi. Tapi kalau menolak walkernya, bukan main laju. risau kita dibuatnya. Tapi bila letak je dalam tu, bukan main menangis dia, tak nak duduk. Macam-macam benda kita sogokkan, duduklah sekejap. Tapi mata tak boleh lalailah, sebab sekarang dia dah boleh panjat bendaalah tu..

Tuesday, November 15, 2011

Sharing the Ilmu

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak bertambah degil dan nakal dan sukar di kawal

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala sekadar untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Monday, November 14, 2011

Detik Penentu

Assalamualaikum..

Hari ini, 14 November 2011.. bermulanya suatu tempoh masa yang bakal menentukan hala tuju setelah lebih kurang 11 tahun belajar. SPM 2011 telah bermula. Kepada semua pelajar yang memdudukan peperiksaan ini, semoga berjaya. buat yang terbaik yang termampu kamu lakukan. Best dedicated to mu beloved SIL, W.N. Emalina do your best. pray fo success.

Juga hampir dua minggu, masih mencari puan-puan/cik-cik yang sudi menjaga anak kesayangan kami. Harapnya bulan Disember nanti dia akan berada di tempat baru.

Duhai permata hati mama dan papa.. buat sementara ni kamu jaga diri baik-baik di rumah ibu ya.. Jangan nakal-nakal sangat. Jaga diri.

Friday, November 11, 2011

Mutiara: 11.11.11

Ketika Orang Lain Berhenti, Kita Mula Berjalan.
Ketika Orang Lain Berjalan, Kita Mula Berlari.
Apabila Orang Lain Berlari, Kita Sudah Sampai.
Apabila Orang Lain Sampai, Kita Berehat.
Semasa Orang Berehat, Kita Sudah Mula Berjalan Semula
"

"KITA SENTIASA SELANGKAH DI HADAPAN”





r2R: Tiada kena mengena dengan tajuk.huhu..

Thursday, November 3, 2011

Maduku

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah An-Nahl, ayat 68-69

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain;
Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)
(HR.Bukhari, Muslim)

Madu + Habatus Sauda
Gabungan dua penawar yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan al-Hadis

Sebenarnya dah lama mencari madu habatussauda ni, tapi semalam baru dapat beli. Ntah apa yang menghalang sebelum ni pun tak pasti. Tapi dengan izin Allah semalam dapat beli. Nak bagi Ajmal buat ubat batuk kahak dia tu, kesian Ajmal asyik la duk makan ubat hospital, tapi tak baik-baik juga. Semoga lepas ni, kahak dia berkurang dan batuk pun hilang...

Semoga dengan izin dan kekuasaan Allah, sesiapa yang meminumnya akan baik. Semoga yang terbaik akan kita perolehi.

Tuesday, November 1, 2011

Oh Anak: Bila Dia Tak Sihat

Sehingga hari ni, Ajmal mama masih batuk-batuk. Kahak. Nafas pun kekadang berbunyi. Cian anak mama. masih teruskan dengan ubat cairkan kahak. Harap-harap berkurang lah kahak. Setiap kali batuk memang kahaknya ada, tapi tak sempat mama nak jolok biarkan Ajmal muntah kahak tu, dia dah telan dulu. Jadi sampai sudahnya kahak tu ada. Nak tidur pun tak selesa.Nasib baik lah selsemanya dah kurang sikit.