Saya suka tarikh ni.
Hari ni genap usia permata hati kami 10 bulan.
Dalam usia yang sebegini, banyak perkara yang dia mampu lakukan, pelbagai bunyi yang dia hasilkan.
Istimewa buat Ajmal, mama menulis ni untuk tatapan kamu bila kamu besar nanti, bukan apa, mama takut mama terlupa. Jadi mama tulis supaya kamu tahu apa perkembangan kamu, hari ke hari bersama keluarga kita.
Sehingga hari ini, kamu masih menyusu dengan mama, walaupun dalam badan kamu dah ada susu formula agaknya dalam 0.6% je kot, memang sikit sebab kamu tak suka. Mama bagi masa kamu di NICU. Dan sehingga hari ini juga kamu lebih suka direct menyusu dengan mama. Dah macam-macam puting kami belikan, kamu tetap tak nak dengan botol. Agaknya dah beratus RM mama berhabis untuk puting kamu, apa taknya, dari semurah-murah hingga semahal-mahal kami dapatkan untuk kamu. Jawapannya sama. TAK NAK. Akhirnya mama relakan. Jadi kat rumah ibu kamu minum guna sudu atau picagari je. kekadang guna cawan. Hmmm.. cup feeding pun mama belikan untuk Ajmal. Sekarang mama sedang ajar kamu minum guna straw, kekadang kamu berjaya, kekadang tak. Tak pe, take your time baby.
Gigi kamu sekarang dah ada enam, empat atas dua bawah. tajam sangan gigit kamu, apa tak nya, hampir setiap hari kamu asah gigi kamu, ngilu mama dengar. hehe.. Kamu mula tumbuh gigi pada usia empat bulan, dua gigi bawah keluar berturutan selang semingu. Kemudian empat gigi atas juga tumbuh berturutan. Dengan gigi tu la semua orang kamu nak gigit, tapi yang paling banyak kena gigit mesti lah mama. Dulu mama mandikan kamu direct ke shower, jadi bahu mama jadi mangsa gigi kamu kalo kamu tak tahan sejuk. Pipi, dagu lengan mama jari sume kamu try. Papa selalu permainkan kamu supaya kamu gigit jari, haaa.. bila kena gigit tahu pun papa menjerit.
Satu lagi yang kamu buat mama terfikir banyak kali, ialah bila kamu gigit cik nenen. Sakit sangat sayang. Bila kamu geram me..mang kamu buat, tapi kamu pandai.. bila kamu gigit kamu tengok mama, renung mama, seolah-olah kamu nak cakap "Ajmal bergurau je, tak pa kan mama?", mama sakit tapi mama susah nak marah kamu. Kalau lah papa Ajmal boleh rasa?..hehe.. Barang mainan, kain segala yang ada dekat kamu, kamu akan gigit bila mana kamu terasa untuk berbuat demikian. Tapi mama risaukan gigi bawah kamu yang cantik tu bila kamu tarik kain yang kamu gigit.
Sekarang kamu belum cukup berani untuk melepas tangan dan melangkah sendiri, cuma sekadar berdiri beberapa saat then kamu duduk. Tak pe, sekurang-kurangnya kamu telah mencuba. Tapi kamu cukup berani berdiri, melangkah, bertatih sambil berpegang pada rak tv, rak buku dan segala benda yang kamu suka. Tapi mama cukup risau kalo kamu berpegang pada dinding atau pintu. Kamu nampak tak balance. Usshh..risau mama. Tak pe, Mama akan tunggu kamu berjalan sendiri dan seterusnya berlari. Semoga kamu berusaha yang terbaik.
Bab makan pula, kamu memang makan banyak. Tapi mama kena kejar kamu lah. Ikut je mana kamu main. Mama selalu juga minta papa suapkan dan mama sibukkan diri di dapur. Biarkan kamu dengan papa sendirian. Tapi kamu akan merangkak ke dapur mencari mama. Alahai anak mama.. Tapi bila papa kerja seharian, malam tak sempat main sebab kamu tidur awal papa balik lambat, tahu pulak kamu mencari bagaikan ada sesuatu yang tak kena, sekejap cari di bilik, sekejap bergerak ke dapur.
Panjang pulak entry mama kali ini. Mama tak kesah sebab mama suka bila bercerita tentang kamu.
Pada usia 10 bulan ni kamu makin banyak bersuara, tapi mama masih belum faham sebab bahasa kamu lain sikit. hehe... Mama suka kamu gelak, dan buat-buat gelak. Geli bile kena geletek. Papa lah yang suka sangat cium kamu kat perut sebab memang kami tahu kamu geli.
Tapi kamu masih perlukan cik nenen untuk pujuk kamu tidur. Aduuh.. ini yang buat mama risau. Bukan mama tak ajar kamu, tapi mama tak tahan bila dengar kamu menangis, menjerit mahukan gula-gula kamu. Sekali lagi mama kalah dengan kamu.
Sekarang kamu makin minat dengan air, mandi lama-lama dalam besen. Bila mama angkat bila kamu tak puas main, nescaya kamu akan menjerit. Jadi mama dh temukan formula supaya kamu cepat naik iaitu siram kamu dengan air sejuk. Jadi cepat-cepat kamu bangun pegang mama. Hehe.. mudahkan??
Banyak yang mama nak cerita tentang kamu.. lain kali mama sambung lagi.. Semoga kamu membesar dengan sihat dan selamat. Semoga menjadi anak yang soleh, yang meghormati orang lain. Amin.
No comments:
Post a Comment