Friday, January 20, 2012

Oh Anak: Turning 1 yo

Alhamdulillah

20.01.2012

You ‘re turning 1yo my dear WM Ajmal Harith..

Selamat Ulang Tahun Sayang. Kamu berkongsi bulan kelahiran dengan Papa.

Kamu nak tahu tak, papa kepingin sangat nak kongsi tarikh yang sama, tapi kamu tak nak, kamu keluar lambat, kamu lagi suka lena lama-lama dalam perut Mama kan. Kalau ikut jangka dah tak silap dah, kamu cuma tinggal lebih masa 1 hari je, jadi secara kesluruhannya mama mengandungkan kamu 40 minggu dan satu (1) hari.

Setahun yang lalu jam 850 pagi kamu menjengah dunia secara normal dengan berat, 3.46kg. Agak berat jika dibandingkan dengan besarnya perut mama semasa mengandung. Tak sangka. Dan hari ini, agaknya berat kamu kurang 8.0kg. Huhu.. Jika diikutkan carta berat bayi, memang kamu tergolong dalam anak yang kurang berat, tapi mama positif. Hehe.. Janji kamu sihat. Kamu cukup aktif, tidur siang kebelakangan ni cukup kurang seandainya kamu berkawan bermain, kuat berpeluh.

Pada hari ini kamu sudah boleh melangkah laju, cuma sekali sekala kamu terbabas sebab kamu gopoh. Kamu sebetulnya boleh melangkah sejak usia 10 bulan lebih, hanya setapak dua kemudian berhenti, ya, sebab kamu masih belum yakin. Dan apabila cukup usia kamu 11 bulan, kamu dengan yakinnya melangkah 1.2.3.4.5.6.7.8 yeaayyy.. maka dengan semangat tekad tabah dan gigihnya kamu berlatih, melangkah, berjalan, jatuh dan bangun..

Hari ini kamu boleh berjalan ke segenap pelosok yang mampu kamu pergi (selagi masih dalam pandangan mama la). Kat rumah kamu suka main bawah meja makan, menyelinap tepi rak tv (selagi kepala boleh muat, confirm kamu lepas),menyelongkar kabinet dapur sehinggakan mama terpaksa ikat pintu kabinet supaya kamu tak main pingggan mangkuk kaca mama. Tapi kabinet barang plastik dan periuk belanga mama biarkan kamu main, sekurang-kurangnya kamu leka bermain sementara mama memasak, sekejap pun tak pe.. Tapi kamu sengaja luaskan sempadan kawasan mainan kamu sampai ke tempat tong gas dan ke ampaian. Itu yang buat mama kadang-kadang mengaum.. Huhu.. Sebab itu kawasan larangan. Lagi satu kamu sangat suka main tong beras, tangan kamu cukup kuat untuk bukak tong, kamu main elok-elok je, tapi bila mama cuba ambik kamu, mula la kamu gengam beras tu dan tabur keluar. Huhu.. Jadi salah siapa sebenarnya?? Tapi sekarang mama dh ketatkan tutup tong tu dan kamu dah tak dapat bukak lagi. Maka kamu akan menjerit dan mengamuk geram. Hehe.. Mama suka..

Kebelakangan ni kamu dah pandai meniarap guling-guling merajuk. Yang ni mama papa tak ajar kamu, dan yang ni mama kurang suka. Kamu buat aksi ni bila kami angkat kamu dari tempat kamu main benda/pergi yang tak sepatutnya. Tapi bila kamu buat kat rumah untuk main-main semata-mata, mama enjoy tengok kamu. Senang hati mama tengok kamu ceria gembira.

Mama nak cerita tentang kepantangan kamu yang suka mengigit. MasyaAllah, tak tahu dah mama nak baca doa ape kat kamu. Kalau sekadar gigit tak pe, ini penyakit yang dah la gigit, gigit, gigit, lepas tu tarik pulak. Huhu.. sakit. Yang ni memang mama selalu ingatkan acik Eira kamu supaya tengok-tengokkan. Mana la tahu kot tetiba datang angin gigit, kamu gigit anak-anak yang lain. Cukuplah kami sahaja.

Alamak, banyak lagi nak cerita ni.. Panjanglah entry ni. Tak pun kita entry Part 2.. Sekiranya diizinkan Allah, mama sambung. tapi teringin juga nak baca yang Papa Ajmal tulis.


r2R: Request from mama. Ayuh..

No comments:

Post a Comment