Ini cerita hujung minggu..
Sabtu kami rehat je di rumah. Pulihkan badan setelah seminggu bekerja keras mencari rezeki buat keluarga..(hmmm ayat..) Tapi petang tu encik Papa ajak juga keluar, tapi dah lewat, jadi kami decide esok je lah.
Pagi nya Ahad kami keluar selepas breakfast, panaskan roti canai frozen yang beli kat pasar malam.. itu puntak sempat sangat Papanya nak makan sibuk itu budak kecik ajak g taman.. Tak senang duduk dia selagi papa dia tak bergerak. Ok lah.. jom..jom g taman.Papa bersiap-siap, turun dulu dengan Ajmal, tunggu kat taman nanti mama turun. Mama selesaikan sidai baju dulu. Takut terbalik lambat, kesian baju-baju tu, mama pun sedih tengok if baju dah ada berjuta kedut sebab lambat sidai.
Siap sidai, siapkan diri.. Mama turun.. sempat la anak kecil itu bermain. Hmmmm cuaca tengahari sekarang ni sangat panas.. itu yang rasa ralat sangat nak keluar tengahari.. Last 2 weeks kami keluar juga sebab nak tengok rumah, dah alang-alang.. menjauh lah sikit.. sampai ke Puchong nun (bagiku Puchong tu dah jauh, tapi tak pasti lah bagi encik Abang.. sebab bagi dia balik Kelantan, barulah betul jauh.. huhu..) Malamnya Ajmal panas badan, panas kepala.. melarat samapi empat hari.. kesian dia sebab terpaksa minum sirap paracetamol yang dia cukup tak suka.. kesian mama juga sebab terpaksa tengok dia menangis. Tapi Alhamdulillah, kali ini Ajmal baik-baik aja. Mungkin sebab tak keluar masuk kereta.. Pergi Bangi beli baju mama, singgah makan tengahari kat d' Limau Nipis (ye ke nama kedainya macam ni.. tapi yang penting ada perkataan limau lah), then terus je balik rumah..Tapi weekend ni kami nak keluar lagi.. Nak pergi sign dokumen.
Petang bila energy dah re-charge, kami keluar.. ke tasik presint 6.. niat hati nak jalan-jalan tepi tu, tapi tak sangka pulak bertembung dengan pantai buatan tepi Pullman tu.. memang dah tahu pasal pantai ni.. tapi tak sangka lah pulak ianya disitu.. Hmmm.. apalagi, ini budak kecik sukalah.. pasir dengan air depan mata. Mula-mula jalan kat walkway tu, lepas tu buat-buat la terlajak kena pasir, kuis-kuis dengan ok.. Mama ni mudah kesian, tahu kesukaan anak terchenta.. Ok, main lah pasir tu..main lah.. mula-mula berkasut.. nampak dia tak selesa sebab pasir dah masuk dalam, Mama tolong bukakkan.. Eh.. bila dah bukak, laju je dia jalan ke tempat air.. Pandai kamu yer.. Papa tolong tengokkan, tapi tak boleh buat apa lah kan.. dah air tu kegemaran dia.. basah jugak la seluar. berkubanglah kamu disitu. Mujur dalam beg mama ada baju & pampers dan lampin untuk lap kamu.. if tak, memang telanjang bulat lah kamu blk rumah.
Main air kat bilik mandi pun lama. Segala benda kamu jadikan mainan. Cuma mama risau takut kamu jatuh.. Sakit.. Kamu pandai, mainan dalam bilik air kamu simpan semuanya sendiri sebab nanti esok kamu akan main benda yang sama. Tapi if mainan kat ruang tamu, kamu biarkan. Harapnya nanti kamu dengan rela hati akan kemas sendiri bila habis main. Tapi masalahnya, kamu tak pernah habis main kecuali tidur.. jadi macam mana nak kemas yer...Anak-anak..
No comments:
Post a Comment