Assalamualaikum..
Begitu lama ruangan ini ditinggal. Hati teringin untuk menulis, tetapi ada sahaja halangan yang membantutkan niat. Mungkin juga kerana bukan sepenuh hati, maka ianya terbiar..
Proses yang berlaku terlalu banyak untuk dilalui, dinikmat dan dikenang sepanjang hayat.
Keluarga makin berkembang melalui proses perkahwinan dan kelahiran. Yang kahwin, semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat, yang melahirkan tahniah kerana telah menyambung amanah untuk menambah khalifah di bumi Allah, dan si 'kain putih' semoga kamu menjadi manusia yang berguna berilmu dan bertaqwa. Anak2 kecil kami juga kian membesar. Bijak meneladani hari2 yang berlalu. Setiap hari, setiap saat ada yang baru dipelajari. Yang Adik makin kuat, yang Abang makin bijak. Alhamdulillah.. itu semua anugerah Allah.
Hari ini hari terakhir tahun 2013, sepanjang tahun yang dilalui penuh liku, cabaran membesarkan anak-anak berdua, tekanan hidup berkerjaya, masalah di perjalanan antara pagi menuju ke petang dan petang membawa ke malam. Semuanya telah dilalui. Antara redha dan rela.. kita semua berjaya sampai ke hari ini. Alhamdullillah, sekurang2nya kita masih punya jiwa untuk merasa daripada terperuk dipenjuru batu tanpa perlu berfikir apa dan kenapa. Syukurlah.. Walau hati merungut, tapi siapalah kita..
Dan esok, siapa tahu apa yang bakal berlaku.. diramalnya esok pelbagai krisis di muka bumi akan berlaku, masalah kenaikan itu dan ini, masalah pengurangan itu dan ini, perebutan sana dan situ..kuasa dan tahta merata-rata dicanang dijaja. Menolak atau menerima..atau kedua-duanya.. HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakil..
Alhamdulillah.. Selamat Tinggal 2013 dan Selamat Datang 2014.. Jumpa Lagi..
No comments:
Post a Comment