Thursday, September 6, 2012

Aidil Fitri 2012

Salam.
Salam Aidil Fitri.
Salam Sejahtera.

Agak lama tidak berblogging, tp bukan langsung tidak menjengah blog, cume sekadar blog walking. Untuk menulis di blog sendiri hati agak kosong. Jadi tiada isi yang dapat dikeluarkan.

Hmmm, Syawal 1433H pun sudah masuk hari ke-19, puasa sunat Syawal masih belum mula. Majlis Hari Raya masih berlangsung, cume majlis yang kami anjurkan akan menjadi kenyataan atau tidak, masih belum dipastikan. Bergantung kepada keupayaan diri. Harap-harapnya rezeki itu milik kami.

Melayan karenah anak yang makin lasak agak memenatkan, tambahan pula dengan pertambahan rezeki yang baru ni, kadang-kadang membuat kesabaran itu kerap kali hilang. Setahun tujuh bulan.. usia yang sememangnya pada peringkat mencuba, bereksperimen.. Itu lah buah hati kami. setiap hari akan ada perkara baru yang dipelajarinya. Alhamdulillah, anugerah Allah yang tak terhingga. Syukur Ya Rabbi kerana nikmat ini.

Wednesday, June 20, 2012

Oh Anak: Kamu dah besar

Alhamdulillah, setelah agak lama tak menulis di sini.. akhirnya ringan juga tangan ni untuk menaip sebuah kenangan buat tatapan hari mendatang.

Hari ni, 20 Jun 2012 anak mama dah masuk setahun 5 bulan. Dah besar kamu ya. Sungguh.. kamu memang sudah cukup besar di hati mama, juga di hati papa. Segala rasa tentang kamu cukup indah. Harapnya kamu sudah bersedia untuk menjadi abang. Hehe.. juga bersedia untuk berkongsi segala-galanya.

Hari ini papa yang hantar kamu ke rumah acik.. mama tunggu kat kereta. Tapi kamu baik, sekarang kamu ok je siapa-siapa hantar pun. Cuma kalau kami amik kamu lambat, muka kamu tak senyum langsung kan.  Maafkan kami di atas kelewatan itu, bukan sengaja tetapi ada sebab tertentu.

Bila usia kamu makin meningkat, usia mama makin meningkat.. Hmm, kamu makin pantas.. tapi mama sekarang tengah semput.. huhu.. Mujur ada papa yang membantu di kala mama perlukannya. Selamat Hari Papa buat Papa Ajmal.

Semoga apa yang kamu lakukan sepanjang waktu ini adalah yang selamat. Semoga kamu ceria, sihat sentiasa.

Friday, May 11, 2012

Tentang Anak

# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

# Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Janji yang PASTI

Pada 27 April 2012..
Pada Jumaat yang Mulia..
Pada pagi yang indah..

Akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua
Perginya tak akan kembali
Perginya mengadap Pencipta

Masih ingat lagi, waktu masih belajar di UTM Skudai
Dia lah akan mengambil sekiranya ingin pulang ke kampung
waktu raya, atau apa-apa sahaja yang kebetulan dia ingin pulang bersama
Waktu itu dia di masih berkhidmat di Kluang

Masih ingat lagi, waktu single di Putrajaya
Dia akan singgah dari Melaka
Menjemput untuk pulang ke kampung bersama
Kadang berdua, kadang bertiga juga pernah berempat

Sakitnya sakit kami,
deritanya derita kami
Tapi cume merasa
Tidak pernah menanggung

Sesungguhnya janji ALLAH itu PASTI
kami redha dengan pemergianmu
Sesungguhnya itulah perhitungan yang lebih baik
Semoga Rohmu di tempat di kalangan orang-orang soleh

Al-Fatihah buat Ismail bin Mat Ali

Friday, April 20, 2012

Oh Anak: 15 Bulan Yang Menceriakan

Pada waktu ini mungkin kamu sedang menunggang lori, mungkin juga menolak kereta atau sedang duduk di atas bola? Rindunya Mama pada kamu..

Esok kamu dengan Mama, tapi kamu jangan buli mama..
Itukan waktu rehat mama, waktu kita sama-sama rehat, waktu santai kita,
waktu kita bersenang-lenang di rumah, ermmm.. mungkin berjalan-jalan di luar..

Car, Bus, Kapal, Tumpah.. Dah jelas sebutan kamu..
Kamu sangat excited bila nampak bas. co'keng jaru kamu tunjuk ke bas. sambil mulut duk menyebut bas.

Tapi kamu takut bila bunyi kapal terbang lalu, mulalah kalut cari mama papa, pegang betis segala.. hehe..

Kamu suka sangat ambil remote tv nk tekan, tp kaki dah ready nk lari sebab bila bunyi kuat, confirm kamu lari ke kami. Bila kami sorok bawah sofa, pandai kamu cari, hulur tangan.. tapi sayang tak samapi..hehe..

Kamu sangat la mengelat nk pakai pampers.. sanggup menangis 'glepa' lama-lama padahal kalo kamu rela mama pakaikan, sekejap je dah siap.. tapi tak..

Yang paling best, gigi kamu dah penuh.. Hmmm.. mama lah yang paling banyak menjadi mangsa. Parut baru dan lama. huhu..

Kamu suka sangat main air, pantang nampak mama papa masuk bilik air, mula lah kamu angkat baju, pegang seluar.. yak..yak.. minta bukak lah tu.padahal tak berak pun.Errmm.. taktik anak kecil.Last Sunday kita ke kolam Presint 5.. Amboii.berlagak. tak main kat kolam paras betis, nak berendam tempat yang dalam. Letak dalam pelampung tak nak.. sudahnya tersepit lah kamu kat celah kaki mama kat tepi kolam tu.

Thursday, April 19, 2012

Oh Anak: Dia Belum Pandai Menghitung Masa

Apabila anak menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa. Anak kecil selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis. Ada ibubapa selalu merungut ‘budak ni..mak tak ada depan mata seminit pun menangis’. Hakikatnya anak hanya tahu bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat. Anak2 menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola mereka.

Sumber: /www.facebook.com/ibubapacemerlang


r2R: Kadang-kadang mama terlupa perkara sebegini, mama tidak sesabar yang kamu sangka.

Monday, April 16, 2012

Demam

Alhamdulillah..

Masih boleh menghirup udara di Bumi Allah
Masih boleh bersuara, mendengar, menghidu
Dan yang utama Alhamdulillah masih boleh melihat keindahan ciptaan Allah.
Masih boleh melihat kelatah Ajmal pagi ini,
masih boleh melihat wajah suami tersayang.

Tapi bagaimana andai kata suatu masa Allah menarik balik semua Anugerah itu..
MasyaAllah..

Sudah lebih seminggu sakit-sakit badan, sakit kepala. Hmmm.. any hypothesis?? Kalo yang itu rasanya belum.. Tapi sekiranya ada, Alhamdulillah, rezeki Allah.

Sebenarnya saya ni jarang demam, jarang selsema. Tapi kebelakangan, kerap pulak..
Kenapakah?
Penat?
Stress?
Kurang Vitamin?
Kurang tenaga?
Kurang itu ini?

Ya Allah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Aku berlindung dengan kemuliaanMu dan KekuasaanMu daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui.

Friday, April 13, 2012

Sabar itu Suatu Anugerah

Doa Diberi Kesabaran

الْكَافِرِينَ الْقَوْمِ عَلَى وَانْصُرْنَا أَقْدَامَنَا وَثَبِّتْ صَبْرًا عَلَيْنَا أَفْرِغْ رَبَّنَا

Maksudnya :
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)


Ya Tuhan kami,
Kurniakan kami kesabaran untuk hidup di BumiMu
Kurniakan kami kasabaran untuk terus beribadah kepadaMu