Friday, January 25, 2013

Salam Maulid Nabi

Salam Maulid Nabi 1434H

Tuesday, January 22, 2013

Oh Anak: Kini 2 Tahun

Alhamdulillah.

Usianya kini 2 Tahun.

Ya Allah,
kurniakan Ajmal kesihatan yang baik,
akal yang cerdas,
pendengaran percakapan penglihatan yang jelas.
Lembutkan hatinya supaya dia mudah menerima ilmu dan perkara-perkara yang baik.
Lindungilah dia dalam RahmahMu Ya Allah
Amin.

Selamat Ulang Tahun Sayang
Mama dan Papa sayang kamu seluas alam ciptaan Allah. Semoga kamu baik-baik sentiasa.

Wednesday, January 16, 2013

Dugaan-Nya

Batuk, Selsema dan sekarang telinga pulak berdengung.. Dugaan betul di akhir-akhir pregnancy ni..Batuk dah tiga minggu tak baik2.. tapi doktor ada berkata mungkin lepas bersalin ni, baik terus lah batuk ni. Alhamdulillah, seandainya itu aturannya.. cuma tak sanggup untuk batuk-batuk dalam keadaan perut yang memberat.. Semoga anak mama dalam perut ni sihat dan selamat.

Semalam tabahkan diri ke klinik untuk berjumpa doktor. Tak tahan sebab selsema dh membuatkan telinga sakit. nak tidur malam semalam pun sakit, kekadang tu ada macam bunyi buih-buih pecah dalam telinga.. Ya Allah, ni kali pertama rasa macam ni. Rasa macam ada 'benda' duk 'menjajah' dalam telinga ni. Doktor bagi ubat selsema dan batuk.. semua pil.. mudah lah masuk tekak.. Selsema dah boleh amik doktor kata since baby dah besar, x effect kandungan dah. Semalam pun dapat cuti rehat. Alhamdulillah..

Bangun pagi hari ni, buih-buih jahat dalam telinga tu dah tak de, tapi yang pastinya telinga ni berdengung je.. kurang jelas pendengaran. Hidung sumbat, Telinga sumbat..Makanya tekak tidak mampu untuk bekerja sendiri untuk menikmati makanan. Sesungguhnya inilah dugaannya bila nikmat itu ditarik balik. Tidak senang hidup. Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat yang lain dan semoga Allah, memberi kembali segala apa yang diuji-Nya ini.

Monday, January 14, 2013

Ulang Tahun Bintang Hati

Engkaulah bintang wahai sayang sinar hati..

Selamat Ulang Tahun buat suami terchenta, Encik W.M. Redzman bin Razali aka Papa Ajmal.

Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki..

Semoga Abang sentiasa menjadi anak yang soleh untuk mama dan mama,
menjadi suami yang prihatin dengan isteri;
ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak;
saudara yang baik untuk adik-adik; dan
menjadi Hamba Allah yang patuh dan amanah.
Amin.

Semoga apa yang Abang impikan akan tercapai. Amin.


r2R: Abang, Sila tuntut hadiah bila sampai masanya ya..

Friday, January 4, 2013

Baru

Masih belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2013. Semoga 2012 yang telah kita tinggalkan memberi seribu makna yang membahagiakan kita semua dan seterusnya melangkah ke tahun 2013 dengan azam dan tekad untuk terus maju dan berjaya. Tanamkan niat untuk buat yang terbaik.

Tahun 2013 ni kami mulakan dengan keadaan yang agak tidak seronok, tapi itu semua dugaan. Anak kesayangan kami demam, viral fever.. enam hari, dari Sabtu 28 Disember hingga semalam, hari ni badannya masih hangat tetepi selera makan dan bermain telah pulih seperti biasa. Syukur Ya Rabbi. Engakulah Yang Maha Berkuasa Pemilik Segala di Bumi, di Langiit dan segala isi di antara keduanya.

2012 yang kami tinggalkan amat berharga, setiap detik yang dilalui akan diingati sentiasa, InSya Allah. Melihat anak membesar depan mata sendiri, menikmati indahnya hidup berkeluarga. Syukur semuanya. Alhamdulillah..

Semoga 2013 yang bakal kitajalani, akan menambahkan lagi ukhuwah dan kasih sayang yang telah terjalin.

Thursday, December 20, 2012

Oh Anak: Kicking, Outside & Inside

Hari ini genap umur Ajmal 1 tahun 11 bulan dan umur Adik dalam perut 34 minggu. Lagi sebulan, semuanya akan berubah. Ada Abang akan jaga Adik..

Sekarang kedua-duanya, sangat aktif. Bagi tangan, bagi kaki kat perut mama.. senak. Tapi itu yang baiknya.. meyakinkan yang anak-anak Alhamdulillah sihat.

Ajmal makin bijak. Nak sekolah. Hari-hari sebut sekolah, then mama bagitahu kene cuti dulu teman mama jaga adik baru boleh sekolah. Tahun depan. Tapi mama macam tak rela lagi untuk dia ke taska, masih kecil pada pandangan mata ini. mungkin lebih baik di rumah pengasuh, dekat dengan belaian walaupun tak serupa mama.. Tapi kita tunggu dan lihat ajalah. apa yang terbaik, kita terima.

Duhai anak-anak permata mama papa, sesungguhnya kamulah yang semangat mama..

Thursday, December 13, 2012

Semalam 12.12.12

12.12.12 tiada apa yang istimewanya bagiku..

Cuma hajat untuk makan ais krim sundea yang tertangguh telah tercapai di kala orang lain memboikot McDonald.. Bukan tidak sensitif.. tetapi nafsu yang berkehendak kan yang itu juga cukup kuat memaksa.

12.12.12 digit berulang sebegini tidak akan kita lihat selepas ini sebab bulan bagi setiap tahun cuma ada 12dan mustahil akan bertambah menjadi 13 bagi membentuk 13.13.13.

Orang nikah, orang kawin, orang bertunang, orang bercouple.. macam-macam ada.. Senang nak ingat tarikh atau ada tujuan atau maksud tertentu itu terpulang. Janji hati senang.



desirer2r: Cume mahu tarikh 20-01 berulang dengan mudah dan selamat

Wednesday, December 12, 2012

Boleh menyusu jika tak mudarat


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


SI ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung. - Gambar hiasan
SI ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung. - Gambar hiasan

RAMAI kaum ibu beranggapan menyusu ketika hamil tidak harus dilakukan.
Malah, mereka juga berpendapat menyusukan bayi secara seiringan (tandem) iaitu menyusukan bayi yang baru bersalin bersama anak yang sedia ada tidak boleh dilakukan.
Ia juga perlu dihentikan kerana proses berkenaan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada anak yang baru lahir mahupun anak sedia ada.

Tanggapan terbabit diperkukuhkan lagi dengan mitos pantang larang orang tua mengatakan si ibu tidak patut menyusukan anaknya lagi ketika mengandung.


Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan kandungan terjejas disebabkan khasiat susu badan diambil oleh anak yang masih menyusu sedangkan bayi di dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrien tambahan.

Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada.

Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.

Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.

Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung dan lagipun kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu untuk anak sedia ada.

Ibu yang hamil juga harus memastikan tumbesaran bayi yang menyusu tidak terbantut kerana kerana kekurangan susu.

Pada masa ini, ramai ibu yang khuatir mengenai keperluan susu anak mereka namun mereka perlu ketahui selepas anak berumur setahun, susu bukanlah lagi diet utama bagi anak.

“Anak perlu diberi makanan lain untuk memenuhi keperluan zat mereka dan proses penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.

“Jika pertumbuhan tumbesaran anak terbantut disebabkan kekurangan susu badan dan disahkan doktor pakar kanak-kanak, ibu yang hamil harus menambah susu formula untuk anak sedia ada yang menyusu terutama jika anak terbabit berumur bawah enam bulan,” katanya.

Ibu juga harus tahu pada penghujung kandungan, susu ibu akan berubah rasa kerana penghasilan kolostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan anak yang menyusu itu berhenti menyusu secara semula jadi.

Namun si ibu tadi tidak perlu memaksa anak itu meneruskan penyusuan dan perlu diingatkan jika kanak-kanak berkenaan ingin terus menyusu, kolostrum akan sentiasa terbentuk dan mencukupi untuk bayi yang bakal dilahirkan.

“Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, dia harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu kerana ia boleh mengganggu emosi anak itu.

“Tetapi jangan bersedih kerana si ibu boleh cuba memujuk mereka menyusu semula selepas kelahiran bayi baru sekiranya masih ingin membekalkan khasiat susu ibu untuk jangka masa panjang kepada si anak tadi,” katanya.

Selain itu, tanggungjawab ibu menyusu ketika hamil agak berat kerana jika anak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun, si ibu perlu memerhatikan pertambahan berat badannya sendiri semasa hamil.

“Kebiasaannya si ibu akan menjadi lebih penat kerana perlu melayan kerenah anak dan bayi dalam kandungan pada masa yang sama, oleh itu dapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan tekanan.

“Ketika hamil puting payudara si ibu juga mungkin lebih sensitif justeru, si ibu perlu memastikan anak sedia ada menghisap puting dengan cara yang betul,” katanya.

Jika keadaan sebaliknya berlaku dan si ibu mengalami luka pada bahagian berkenaan, jangkitan kuman mudah berlaku dan mungkin boleh menyebabkan payudara membengkak dengan nanah dan ibu perlu melakukan pembedahan kecil. Ini akan menyukarkan keadaan dan anak mungkin akan berhenti menyusu.

Bagaimanapun, katanya untuk memastikan penyusuan susu ibu terbabit berjaya, golongan ibu yang membuat keputusan untuk meneruskan penyusuan ketika hamil perlu menjaga kesihatan diri serta mengambil makanan seimbang secara tetap.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengambilan kalsium terutama susu sentiasa mencukupi memandangkan keperluan kalsium anak dalam kandungan serta anak yang sedang menyusu sangat tinggi.

“Si ibu seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul serta makan makanan berzat.

“Malah, mereka perlu minum air dengan kuantiti yang banyak demi kesihatan diri dan juga bayi,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, terdapat beberapa keadaan yang mana kaum ibu tidak dibenarkan menyusukan bayi mereka ketika hamil.

Keadaan ini apabila ibu hamil mengalami masalah muntah yang teruk semasa awal mengandung.

Selalunya ibu yang mengalami muntah yang teruk, badan mereka sangat tidak bermaya dan meneruskan penyusuan akan lebih memudaratkan ibu. Mereka boleh mencuba untuk memulakan penyusuan semula apabila keadaan pulih kelak.

Satu lagi faktor apabila ibu mengalami kontraksi pramatang semasa mengandung atau mereka pernah melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor tidak menggalakkan penyusuan kerana dengan meneruskan penyusuan ia akan menyebabkan kontraksi bertambah kuat dan akan menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang.

Keadaan ini disebabkan penambahan dan perubahan hormon dalam badan yang menggalakkan kontraksi.

Jika berlaku perdarahan semasa peringkat awal mengandung, ibu juga tidak digalakkan meneruskan penyusuan kerana khuatir ia mungkin boleh menyebabkan keguguran kandungan.

Akhir sekali, dia berharap ibu yang ingin menyusukan bayi ketika hamil agar sentiasa bertanya doktor mereka terutama sekali jika terdapat sebarang keraguan.


Fakta susu ibu:
  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur enam bulan dan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan
    bayi dengan berkesan.
  • Ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara
    anak dan ibu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11