Thursday, November 26, 2009

Bila Al Quran Mula Bersuara

Disalin dari kiriman emel..

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Selagi ada yang sudi mengajari
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Salam Idul Adha

Hari ini, 9 Zulhijjah merupakan hari wukuf di Arafah iaitu berada di Padang Arafah walaupun seketika antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hinggan terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Esok 10 Zulhijjah, Hari Raya Korban merupakan hari di mana Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga kerana kesalah memakan buah khuldi dan diturunken ke Bumi sebelum mereka kembali berjumpa di Padang Arafah.

Ibadat korban sunat dilakukan pada hari Raya Idul Adha iaitu 10 Zulhijjah (selepas khatib menyampaikan khutbah) dan hari-hari Tasyrik iaitu, 11, 12 dan 13 Zulhijjah (siang/sebelum tenggelam matahari)... Kepada yang berkemampuan, adalah sangat dituntut..

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, harap berhati-hatilah semasa dalam perjalanan, berwaspadalah dengan persekitaran maklumlah kemungkinan kawasan anda terlibat dengan banjir.

p/s: Pengorbanan itu, kau jadikanlah ianya bererti sepanjang hayat..

Thursday, November 19, 2009

day BY day

Hari-hari yang berlalu
berjuta cara dan rasa
perjalanan yang sama
cuma caranya adakala berbeza..

siang dan malam silih berganti
malam diharap sentiasa ditemani bintang..
sinari mimpi-mimpi indah..
matahari setialah bersama siang..
hiasi cahaya mu di dada kehidupan..

semoga kita terus berusaha ke arah yang paling baik yang kita inginkan..

Tuesday, November 17, 2009

Senyuman itu



learn for life, learn for smile..

Tuesday, November 10, 2009

sebulan yang lalu

10 oktober 2009


Sejarah yang telah dimulakan


Diciptakan Hawa untuk mengisi kekosongan sisi Adam, dibuka-Nya hati ini untuk menerima takdir Allah.. dengan izin bonda tercinta, restu keluarga seluruhnya, doa iringan malam & siang, akhirnya kami bersama..







Semoga kebahagian menjadi milik kami selamanya.. Ya Tuhan, Kau kurniakan kami suatu perjalanan yang harmoni, kebahagiaan yang berterusan, rezeki yang luas dan berikanlah kami ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi liku-liku perkahwinan ini. Amin.

Kepada semua yang terlibat dengan majlis perkahwinanku, ucapan terima kasih yang tidak terhingga, Bunda sayang yang banyak memudahkan segala kerja, Adik yang selalu menjadi penasihat, cum my wedding planner (thanks for your effort, kesian kamu..kene buat itu, buat ini.. xpe dik, nanti kamu kawen, xde lah kamu risau, kan dah pandai buat sendiri..hehehe) Kak yang banyak membantu Bunda (selamat berjuang kakakku), Abang Nor (teringat mase tanya orang nak kawen ke x.. malu orang..huhu), Abg P, Kak Nik selaku chief of kitchen, Abg Din, Kak Ngah, Abg Ngah yang menguruskan hal imam dan pernikahan, Kak Nun, Kak Chik dan si kecil Adam, Utih yang sanggup mengambil cuti,(your turn is coming soon, promise tau..), Kak Mah, si cilik Afi and Ana, cik Nik yang rela menerima risiko kerana bercuti tanpa kebenaran, all my niece, my nephew.. (Along, Ngah, Azam, Amir.. sekadar menyebut beberapa nama..). For Awie, terima kasih untuk siakap tu, tapi pedas ckit la.. thanks to all. Majlisku adalah majlis keluarga.

Kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa dan tenaga, kehadiran kalian telah mengisi harapanku..terima kasih.

Monday, November 9, 2009

1st entry

1st entry untuk blog baru di blogspot..dengan semangat ingin terus menulis..hehe

selamat maju jaya