Thursday, November 26, 2009

Salam Idul Adha

Hari ini, 9 Zulhijjah merupakan hari wukuf di Arafah iaitu berada di Padang Arafah walaupun seketika antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hinggan terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Esok 10 Zulhijjah, Hari Raya Korban merupakan hari di mana Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga kerana kesalah memakan buah khuldi dan diturunken ke Bumi sebelum mereka kembali berjumpa di Padang Arafah.

Ibadat korban sunat dilakukan pada hari Raya Idul Adha iaitu 10 Zulhijjah (selepas khatib menyampaikan khutbah) dan hari-hari Tasyrik iaitu, 11, 12 dan 13 Zulhijjah (siang/sebelum tenggelam matahari)... Kepada yang berkemampuan, adalah sangat dituntut..

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, harap berhati-hatilah semasa dalam perjalanan, berwaspadalah dengan persekitaran maklumlah kemungkinan kawasan anda terlibat dengan banjir.

p/s: Pengorbanan itu, kau jadikanlah ianya bererti sepanjang hayat..

No comments:

Post a Comment