Wednesday, October 27, 2010

Ku mencari..

Salam..

Mungkin agak lama seminggu itu bagi sesetengah orang, dan bagi sestengah yang lain, bertahun itu terlalu cepat. Walau apa pun pandangan dan penilaian, ianya terpulang kepada individu, soal lama atau cepatnya masa berlalu ia bergantung kepada pengisian yang anda lakukan setiap detik yang berlalu itu. Aihhh... bercakap soal masa plak ye??

Sama jugak dengan diri saya, kekadang masa itu cepat berlalu, kekadangnya terlalu lama untuk menghabiskan tempoh 12jam. Kenapa lama? dan kenapa pula cepat? Jawapannya ada..

Ok. Sekarang sudah 7 bulan, dan dalam perhitungan, sudah tiba masanya untuk mencari barang-barang keperluan bayi dan juga ibu. Bukan mencari sebenarnya tetapi membeli sebab kalo mencari, memang sebelum ni pun ada mencari dan mencari tetapi tidak membeli. Mungkin hujung minggu ini. Itu baru keperluan bayi dan ibu, encik suami sedang berhitung kira untuk melihat jantina bayinya, ada juga membaca forum dan buat carian, tetapi masih belum ketemu tempat yang sesuai, dan yang paling mudah mungkin akan ke Hospital Az-Zahra, dekat tapi terlalu lama mengunggu giliran. itu yang membuatkan keputusan sukar dicapai. Mungkin orang akan cakap cerewet sangat. Tapi saya tidak suka 'bermain' dengan masa. Penat.

Satu lagi, mencari bank yang sesuai untuk membuat pinjaman juga agak sulit. Mana mahu dibandingkan islamik/konvensional, BLR, MRTT/MRTA, kos/duti yang dikenakan, tempoh pinjaman.. sign S&P dulu ke cari banker dulu..pening kejap, tak sempat nak berfikir.. nak beli ke tak nak sebenarnya? Jawapannya sudah tertulis dalam booking agreement. Ya, beli je. Aset. makin lama makin mahal. Soal masa depan? siapa tahu, kita merancang apa yang terbaik dan doakan juga yang bakal berlaku itu adalah yang terbaik. Amin.

Tuesday, October 19, 2010

A Year: a beautiful world i've shared with you

Salam.

Sebulan yang berlalu tanpa sebarang entry baru. Ntah kenapa sebabnya, tak dapat untuk dipastikan. Walau apa pun, segalanya baik-baik saja.

Sekarang Oktober 2010, bulan ulang tahun, juga penghujung trimester ke-2 dan bakal malalui trimester ketiga pregnancy kali ini. Masih belum menyediakan apa-apa barang keperluan untuk kelahiran cuma sekadar perkuatkan diri sahaja. Semoga menjadi yang terindah dalam memoir hidup.

Baru balik bercuti, baru juga mendapat suntikan ATT.. penat sebab bercuti/berjalan, lenguh sebab suntikan alhamdulillah beransur hilang. Alhamdulillah.

Bajet 2011 juga sudah dibentang. Alhamdulillah, ibu-ibu kakitangan kerajaan ada fleksibiliti untuk memilih cuti bersalin sehingga tidak lebih 90hari untuk 300 hari cuti yang dibekalkan. Juga sumbangan belanja untuk persediaan persekolahan anak, walaupun tidak mendapat sebulan gaji apatah dua bulan gaji, sekurang-kurangnya rezeki tetap ada kan. Jadi terimalah yang sedikit itu daripada langsung tiada apa-apa.

Friday, September 17, 2010

Kembalinya Kita..

Assalamualiakum dan Salam Aidilfitri..

Harap semua baik-baik aja ye.. raya, raya jugak, makan,makan jugak tapi kesihatan kena jaga sebab segalanya bermula dari apa yang kita ambil, rasa, makan.

kembali bekerja, kembali bersekolah setelah lebih seminggu berhari raya. Kumpul duit raya, kumpul 'lemak'..huhu.. dan kembalinya juga seorang ahli perniagaan kosmetik, Datuk Sosilawati, pergi mengadap Penciptanya pada suasana syahdu Ramadhan dengan cara yang penuh tragik. Masya Allah, dicipta-Nya manusia yang baik-baik dan diselitkan juga manusia yang berhati kejam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan tiga yang lain. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah.

Semoga kita semua mengambil iktibar dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

Kepada pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki ujian penilaian minggu depan, semoga berjaya diucapkan. Buat yang terbaik untuk diri anda.

r2R: nak buat rumah terbuka, menu belum ada..

Wednesday, September 1, 2010

Sebarang perubahan??

Salam.

Hari ni hari pertama bulan kesembilan tahun 2010.. tak banyak yang berubah (mungkin) walaupun sudah masuk penggal ke-3 tahun ini.

Isu-isu semasa lebih kurang sama, berkurang, bertambah dan berulang-ulang. Saban hari, saban malam berita yang sama. cuma motif dan modus operandinye sahaja yang mugkin berbeza. Buang bayi, buang anak, buang ibu bapa, nikah cerai, maksiat,

Hari ni biskut-biskut raya yang ditempah, diterima. masih ada lagi yang belum diterima.huhu.. Hari terakhir sebelum bercuti raya Jumaat ni. harap depa bawa lah paling lewat Jumaat, hmm kalo tidak.. memang tak lah.

dR2R: bukak puasa kat umah akak hari ni.

Monday, August 30, 2010

Selamat hari Merdeka Malaysia

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia.


Walaupun negara kita mengalami pelbagai cabaran dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai halangan pembangunan dan kemajuan ke arah perpaduan, kita masih bersyukur kerana keadaan masih lagi dalam kawalan keamanan.

Dalam usaha kita untuk memaju dan memantapkan perpaduan antara kaum dan penduduk Malaysia,setelah lebih setengah abad kita hidup bersama, dalam pada itulah wujudnya unsur hasutan dan golongan pemusnah yang mengambil peluang pada isu-isu yang tidak sepatutnya berkembang biak menjadi nanah dalam pembangunan negara.

Kemerdekaan yang disambut dalam bulan mulia ini, diharap semua pihak bersyukur dan berfikir untuk kelansungan hidup yang aman harmoni.

dR2R: Jangan digadai maruah bangsa hanya kerana kesumat dijiwa.

Ramadhan yang Datang bakal menghilang

Salam Marhaban ya Ramadhan

Dah lama tak menulis, ooppss actually ada tulis entry baru hari tu, panjang jugak la. tapi bila nak post tu, network intrupt.. hussshhh. hilang mood, dah la kita penat mengayat, xdapat post plak.. tak ada rezeki.

ok, sekarang untuk entry ni, kita mulakan dengan ucapan selamat beribadah sempena Ramadhan ni, dah masuk hari ke 20 Ramadhan dh pun, mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, malam yang lebih baik nikmat dan rahmatnya dari 1000 bulan. Maha suci Allah Yang mengatur siang dan malam, Yang menciptakan Langit dan Bumi. Mood kerja sedikit menyusut mungkin, bukan kerana diganti dengan mood raya, tetapi kepala dipenuhi dengan pelbagai perancangan, congakan dan perhitungan. Penat jugak nak melayan.

Ramadhan kali ini, kali pertama sebagai seorang isteri, juga kali pertama sebagai bakal ibu. Kandungan masuk bulan ke-5, Alhamdulillah puasa masih dinikmati sebaiknya. berpuasa, berbuka, bersahur seperti kebanyakan orang lain mungkin. Memasak sendiri dan ada hari terpaksa membeli di bazar. Tetapi makanan terbaik adalah dari dapur sendiri dan semestinya perut suami perlu diisi dengan hasil dari air tangan sendiri walaupun dengan juadah yang ringkas.

Masih menunggu untuk menerima biskut raya yang ditempah, ada 7 balang lagi (haha.. kita biskut tunjuk je, belum berkeinginan untuk belajar membikinnya sendiri), tunggu kaunter bank untuk tukar duit kecil dan kumpul sampul raya. huhu..dan paling penting, tunggu sumbangan khas rayaaa..

Kepada yang memilih untuk menempah bufet Ramadhan, carilah yang halal kerana mencari yang halal adalah fardu kepada umat Islam.

dR2R: Selamat berpuasa dan semoga di rahmati.

Tuesday, August 3, 2010

Baru sekarang..

Salam.

Terasa nak menulis pasal isu semasa pulak hari ni. Bukan apa, ada benda yang menarik perhatian sebab perkara ni dah lama menganggu perasaan. Bukan soal pasir, bukan hal cukai taksiran, bukan krisis air tapi megenai VOA..

VOA, Visa on Arrival yang Malaysia perkenalkan sejak tahun 2006 dalam langkah untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 semasa ulang tahun kemerdekaan ke 50. Secara rasminya sekarang ianya telah ditamatkan, satu langkah yang amat dialu-alukan, mungkin bukan hanya diriku, tapi juga orang lain. Tetapi kepada yang kecewa dengan penamatan VOA ini, tiada kata-kata yang ingin aku sampaikan.

Tidak dinafikan, sepanjang tempoh VOA diperkenalkan, industri pelancongan negara meningkat, ekonomi kita agak berkembang, tetapi ada perkara disebalik itu.. salah guna VOA untuk tinggal lebih masa, menetap dan bekerja disini tanpa permit. Kiri kanan depan belakang, warga asing wujud, menakutkan, kadangkala, merimaskan juga. Kalau dihitung kira, pemegang VOA, pekerja asing, pelarian UNHCR, pelajar asing, PATI berapa ramai yang berjalan di bumi Malaysia, dimana-mana sahaja mereka berada.

Ada baik dan buruknya. Jadi dengan penamatan pengeluaran VOA ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi .


dR2r: macam-macam peranga warga asing ada, dah jd makhluk asing dah.

Monday, August 2, 2010

Mencari momentum diri

Salam selamat sejahtera salam 1 Malaysia.

Sekembali dari berkursus, 2 minggu meninggalkan tanah pemastatutin. Penat? Tak nafikan, cuma kekadang boleh ditahan, kekadang tidak. Pusat, Felda Residence Trolak, Sungkai, penentuan lulus atau gagalnya induksi umumku.. Harap segalanya baik-baik aja. Tak sanggup untuk menduduki ujian itu lagi. Tidak untuk kali kedua.

Bercerita pasal ujian, keputusan Peperiksaan Perkhidmatan yang diduduki April lepas juga telah keluar, Alhamdulillah, kami lulus. Hubby juga. Syukur sesangat.

Hari ni dh mula kerja, momentum harus dicari kembali, maklumlah 2 minggu asik mendengar ceramah dan beraktiviti aja, waluapun xsemuanya dapatku ikuti.. seronok tengok orang berakit, main bola.. xpe, yang penting kita tumpang seronok. ye tak? Lepas ni hanya kerja saja lah.

Sabtu lepas, 31 Julai majlis perkahwinan Mala, tapi xdapat pergi. Kepada Puan Normala dan pasangan, Nazrin, selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia bersama rahmat Ilahi hingga ke akhirnya.


dR2R: apa persediaan menyambut Ramadhan?