Thursday, December 20, 2012

Oh Anak: Kicking, Outside & Inside

Hari ini genap umur Ajmal 1 tahun 11 bulan dan umur Adik dalam perut 34 minggu. Lagi sebulan, semuanya akan berubah. Ada Abang akan jaga Adik..

Sekarang kedua-duanya, sangat aktif. Bagi tangan, bagi kaki kat perut mama.. senak. Tapi itu yang baiknya.. meyakinkan yang anak-anak Alhamdulillah sihat.

Ajmal makin bijak. Nak sekolah. Hari-hari sebut sekolah, then mama bagitahu kene cuti dulu teman mama jaga adik baru boleh sekolah. Tahun depan. Tapi mama macam tak rela lagi untuk dia ke taska, masih kecil pada pandangan mata ini. mungkin lebih baik di rumah pengasuh, dekat dengan belaian walaupun tak serupa mama.. Tapi kita tunggu dan lihat ajalah. apa yang terbaik, kita terima.

Duhai anak-anak permata mama papa, sesungguhnya kamulah yang semangat mama..

Thursday, December 13, 2012

Semalam 12.12.12

12.12.12 tiada apa yang istimewanya bagiku..

Cuma hajat untuk makan ais krim sundea yang tertangguh telah tercapai di kala orang lain memboikot McDonald.. Bukan tidak sensitif.. tetapi nafsu yang berkehendak kan yang itu juga cukup kuat memaksa.

12.12.12 digit berulang sebegini tidak akan kita lihat selepas ini sebab bulan bagi setiap tahun cuma ada 12dan mustahil akan bertambah menjadi 13 bagi membentuk 13.13.13.

Orang nikah, orang kawin, orang bertunang, orang bercouple.. macam-macam ada.. Senang nak ingat tarikh atau ada tujuan atau maksud tertentu itu terpulang. Janji hati senang.



desirer2r: Cume mahu tarikh 20-01 berulang dengan mudah dan selamat

Wednesday, December 12, 2012

Boleh menyusu jika tak mudarat


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


SI ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung. - Gambar hiasan
SI ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung. - Gambar hiasan

RAMAI kaum ibu beranggapan menyusu ketika hamil tidak harus dilakukan.
Malah, mereka juga berpendapat menyusukan bayi secara seiringan (tandem) iaitu menyusukan bayi yang baru bersalin bersama anak yang sedia ada tidak boleh dilakukan.
Ia juga perlu dihentikan kerana proses berkenaan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada anak yang baru lahir mahupun anak sedia ada.

Tanggapan terbabit diperkukuhkan lagi dengan mitos pantang larang orang tua mengatakan si ibu tidak patut menyusukan anaknya lagi ketika mengandung.


Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan kandungan terjejas disebabkan khasiat susu badan diambil oleh anak yang masih menyusu sedangkan bayi di dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrien tambahan.

Sebenarnya daripada segi kesihatan, si ibu masih boleh menyusukan anak mereka walaupun ketika mengandung ataupun selepas bersalin menyusukan secara seiringan dengan anak sedia ada.

Bagaimanapun, jika keadaan kesihatan ibu tidak mengizinkan dan doktor menyarankan untuk memberhentikan penyusuan kerana akan memudaratkan bayi serta ibu itu sendiri, ia perlu dipatuhi.

Malah majoriti doktor menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi mereka walaupun ketika itu ibu terbabit sedang hamil selagi si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan, berkata terdapat satu masalah yang berlaku semasa pertengahan kehamilan yang mana kuantiti susu akan berkurangan.

Keadaan ini disebabkan perubahan hormon semasa mengandung dan lagipun kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu untuk anak sedia ada.

Ibu yang hamil juga harus memastikan tumbesaran bayi yang menyusu tidak terbantut kerana kerana kekurangan susu.

Pada masa ini, ramai ibu yang khuatir mengenai keperluan susu anak mereka namun mereka perlu ketahui selepas anak berumur setahun, susu bukanlah lagi diet utama bagi anak.

“Anak perlu diberi makanan lain untuk memenuhi keperluan zat mereka dan proses penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.

“Jika pertumbuhan tumbesaran anak terbantut disebabkan kekurangan susu badan dan disahkan doktor pakar kanak-kanak, ibu yang hamil harus menambah susu formula untuk anak sedia ada yang menyusu terutama jika anak terbabit berumur bawah enam bulan,” katanya.

Ibu juga harus tahu pada penghujung kandungan, susu ibu akan berubah rasa kerana penghasilan kolostrum sebagai persediaan untuk bayi yang bakal dilahirkan.

Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan anak yang menyusu itu berhenti menyusu secara semula jadi.

Namun si ibu tadi tidak perlu memaksa anak itu meneruskan penyusuan dan perlu diingatkan jika kanak-kanak berkenaan ingin terus menyusu, kolostrum akan sentiasa terbentuk dan mencukupi untuk bayi yang bakal dilahirkan.

“Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, dia harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu kerana ia boleh mengganggu emosi anak itu.

“Tetapi jangan bersedih kerana si ibu boleh cuba memujuk mereka menyusu semula selepas kelahiran bayi baru sekiranya masih ingin membekalkan khasiat susu ibu untuk jangka masa panjang kepada si anak tadi,” katanya.

Selain itu, tanggungjawab ibu menyusu ketika hamil agak berat kerana jika anak yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun, si ibu perlu memerhatikan pertambahan berat badannya sendiri semasa hamil.

“Kebiasaannya si ibu akan menjadi lebih penat kerana perlu melayan kerenah anak dan bayi dalam kandungan pada masa yang sama, oleh itu dapatkan rehat secukupnya bagi mengurangkan tekanan.

“Ketika hamil puting payudara si ibu juga mungkin lebih sensitif justeru, si ibu perlu memastikan anak sedia ada menghisap puting dengan cara yang betul,” katanya.

Jika keadaan sebaliknya berlaku dan si ibu mengalami luka pada bahagian berkenaan, jangkitan kuman mudah berlaku dan mungkin boleh menyebabkan payudara membengkak dengan nanah dan ibu perlu melakukan pembedahan kecil. Ini akan menyukarkan keadaan dan anak mungkin akan berhenti menyusu.

Bagaimanapun, katanya untuk memastikan penyusuan susu ibu terbabit berjaya, golongan ibu yang membuat keputusan untuk meneruskan penyusuan ketika hamil perlu menjaga kesihatan diri serta mengambil makanan seimbang secara tetap.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengambilan kalsium terutama susu sentiasa mencukupi memandangkan keperluan kalsium anak dalam kandungan serta anak yang sedang menyusu sangat tinggi.

“Si ibu seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul serta makan makanan berzat.

“Malah, mereka perlu minum air dengan kuantiti yang banyak demi kesihatan diri dan juga bayi,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, terdapat beberapa keadaan yang mana kaum ibu tidak dibenarkan menyusukan bayi mereka ketika hamil.

Keadaan ini apabila ibu hamil mengalami masalah muntah yang teruk semasa awal mengandung.

Selalunya ibu yang mengalami muntah yang teruk, badan mereka sangat tidak bermaya dan meneruskan penyusuan akan lebih memudaratkan ibu. Mereka boleh mencuba untuk memulakan penyusuan semula apabila keadaan pulih kelak.

Satu lagi faktor apabila ibu mengalami kontraksi pramatang semasa mengandung atau mereka pernah melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor tidak menggalakkan penyusuan kerana dengan meneruskan penyusuan ia akan menyebabkan kontraksi bertambah kuat dan akan menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang.

Keadaan ini disebabkan penambahan dan perubahan hormon dalam badan yang menggalakkan kontraksi.

Jika berlaku perdarahan semasa peringkat awal mengandung, ibu juga tidak digalakkan meneruskan penyusuan kerana khuatir ia mungkin boleh menyebabkan keguguran kandungan.

Akhir sekali, dia berharap ibu yang ingin menyusukan bayi ketika hamil agar sentiasa bertanya doktor mereka terutama sekali jika terdapat sebarang keraguan.


Fakta susu ibu:
  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur enam bulan dan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan
    bayi dengan berkesan.
  • Ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara
    anak dan ibu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/11
  • Thursday, December 6, 2012

    Perlukan rehat

    Oh..
    Seluruh tubuh ini perlukan rehat dari dikerah setiap hari
    Emosi ini juga perlu berehat dari dibebani keterlaluan.

    Sesungguhnya jiwa ini perlukan damai.

    Sungguh penat, letih dan lelah.

    Perlukan REHAT yang sesungguhnya.

    Google Image

     Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Kuatkan semangat kami, tenangkan jiwa kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Amin.

    Thursday, November 29, 2012

    Oh Mama: Jagalah Diri

    Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif mungkin terbentuk sejak sesaorang itu masih di dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung. Oleh itu seorang ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi diri serta orang-orang yang di sekelilingnya perlu membantu seorang ibu itu supaya dia berasa dikasihi dan dihargai - Prof. Dr. Rozieta Shaary .

    Monday, November 26, 2012

    Today is Monday

    STRESSED


    Kesian Mama.. Owh anak.. kamu sungguh bijak.. Rindu kamu. Sayang kamu dalam-dalam.

    Tuesday, November 20, 2012

    Oh Anak: Sudah bersedia??

    Hari ni genap umur Ajmal mama 1 Tahun 10 Bulan. Harapnya kamu dah bersedia untuk menjadi abang. Tapi makin hari makin menjadi pulak perangai manja kamu. Mudah sangat merajuk, menangis. Sensitif betul. Mungkin itu fasa perubahan emosi agaknya.

    Asalkan nak susu jer, minta angkat aka dukung..
    Asal mama nak masak je.. mula lah dia nak memasak sama.. kalau kamu memasak kat bawah tak pe jugak.. ini nak minta angkat, nak tengok ape yang mama kerjakan..

    Kamu sekarang memang garang, asal ada orang nak kacau je.. mesti kamu marah orang tu, tapi satu yang mama risau, kadang2 kamu mudah berkenan dengan orang lain.. mama cukup risau pasal ni.. bahaya tu anak.

    Kamu juga makin bijak.. Syukur Alhamdulillah kerana Kau kurniakan kami anak yang petah.

    Cikit2 kamu ajak ke taman. Taman, taman, taman air.. huhu.. Jenuh jugak kalau mama sorang2.. If dengan papa, hujung minggu takpe lah. Tapi sekarang musim hujan, jadi bila kami bagitahu kamu hujan, sakit kepala.. kamu faham.. Pandai anak mama.. Sape pandai?? Ajmal (sambil angkat tangan)

    Kamu suka buku/paper/majalah, terutamanya yang ada gambar transport,berulangkali lah kami menjawab pertanyaan kamu if gambar tu kamu tak kenal.. Bila kami tanya car sape? kamu dengan yakinnya.. menjawab car Ajmal (sambil jari tunjuk ke dada).. Sayang Ajmal..

    Kamu kena ingat ni, sehari sebelum raya haji hari tu, kamu jatuh motor.. tangan kamu kena ekzos motor, agak teruk juga lecurnya. Nok geroh orang kata. Alhamdulillah, tiada kecederaan lain. . Sekarang kuping semua sudah tanggal, tapi kami masih gosok dengan Nutri Rich Oil dan Minyak Zaitun, kita pilih ubat yang mudah didapati lah yer. Then bila kami usik kamu, tanya tangan kamu kena apa.. Kamu jawab jatuh motor..Papa. Hehe.. geli hati mama. sebab kamu tetap ingat yang kamu naik moto dengan papa masa kamu jatuh.. Papa, terima lah hakikat yer.. hehe..Mama ingat lagi masa kamu balik dari kedai dengan papa, kamu nangis2 then papa cakap kamu jatuh motor. Allahurabbi, nak luruh jantung mama.. tengok tangan kamu dah membengkak, ingat patah ke apa.. melecur lagi, kena ekzos. mama tahu sakitnya camane, mama pernah rasa camane kena ekzos panas, runtuh hati mama tengok kamu menangis. Tapi mama kan kuat.. relaks jer orang tengok. Tapi siapa nak tahu apa ada dalam hati. Maka bermulalah tangisan kamu setiap kali bukak dan pakai baju dan mandi. sebab kamu takut mama sakitkan tangan kamu yang sedia sakit tu. Mama basuh perlahan-lahan tangan kamu, mama bukak dan pakaikan elok2 baju kamu..mama sapu perlahan-lahan ubat ke tangan kamu. Itulah pengalaman dan pengajaran agar kami mama papa hati-hati menjaga kamu dan adik-adik kamu nanti.

    Malam-malam sekarang kamu liat sungguh nak tidur. Kesudahannya kami gelapkan rumah.. no TV, no car, no hs. gelap-gelap takut bunyi kuat, ada cicak..huhu.. Kadang2 menangis jugak, tapi terpaksa lah sebab mama Ajmal lebih mengantuk dari Ajmal.. huhu.. If mood kamu ok, kamu dengan senang hatinya akan main-main kat katil. Salam mama, salam papa, Tadah tangan, mama baca doa, mama ngaji.. habis 3 kali ulang.. InsyaAllah, kamu tidur.. 

    Tak susah sebenarnya melayan kamu, tetapi kekadang kami yang leka, lupa bagaimana mahu mengambil hati kamu.. Maafkan mama ya sayang.

    Nanti bile baby kecik kita ada nanti, kamu tolong mama jaga adik kecil kamu.. kita sama-sama jaga. Papa, Mama dan Ajmal sama-sama jaga Adik. Tak lama lagi dah.. Semoga semuanya mudah dan selamat.

    Tulisan ni adalah untuk kamu bila kamu pandai membaca nanti. Doakan semoga kamu cepat mendapat anugerah itu.. Mama takut mama terlupa saat indah kita, tapi mama doakan setiap detik yang telah kita lalui akan sentiasa ada di ingatan kita agar kita saling mengingati antara lain.

    Friday, November 16, 2012

    Selamat Menyambut Tahun Baru

    Tahun Baru Hijrah 1434H sudah masuk hari kedua..

    Semoga kita sama-sama maju dengan semangat dan tekad yang baru.

    Tuesday, November 6, 2012

    Oh Anak: Mama atau Umi

    Mi..Mi..Mi..

    Siapakah itu? Itulah panggilan Ajmal buat Mamanya semenjak dua ni.. Tapi kita mestilah menyahutnya sebab yang dipanggilnya itu adalah kita..

    Bagaimanakah ini? huhu..

    Dulu masa bujang memang impiannya ingin dipanggil Umi, andaikata anak berbapakan WALID.. Tapi bila dah bersuami, beranak seorang dan bakal menambah anak.. Mama lah gelarannya dipasangkan dengan Papa..

    Tapikan.. semenjak dua ni, kurang benar dengar si kecil itu panggil Mama kecuali bila berceritakan sesuatu yang berkaitan dengan Mama.. baru lah nama Mama keluar dari mulutnya. Hmm.. Kalau tidak, asyik lah Mi..Mi..Mi..

    Alahai anak.. Kamu nak Mama ke Umi?

    Thursday, October 11, 2012

    Oh Anak: Air dan Taman

    Ini cerita hujung minggu..

    Sabtu kami rehat je di rumah. Pulihkan badan setelah seminggu bekerja keras mencari rezeki buat keluarga..(hmmm ayat..) Tapi petang tu encik Papa ajak juga keluar, tapi dah lewat, jadi kami decide esok je lah.

    Pagi nya Ahad kami keluar selepas breakfast, panaskan roti canai frozen yang beli kat pasar malam.. itu puntak sempat sangat Papanya nak makan sibuk itu budak kecik ajak g taman.. Tak senang duduk dia selagi papa dia tak bergerak. Ok lah.. jom..jom g taman.Papa bersiap-siap, turun dulu dengan Ajmal, tunggu kat taman nanti mama turun. Mama selesaikan sidai baju dulu. Takut terbalik lambat, kesian baju-baju tu, mama pun sedih tengok if baju dah ada berjuta kedut sebab lambat sidai.

    Siap sidai, siapkan diri.. Mama turun.. sempat la anak kecil itu bermain. Hmmmm cuaca tengahari sekarang ni sangat panas.. itu yang rasa ralat sangat nak keluar tengahari.. Last 2 weeks kami keluar juga sebab nak tengok rumah, dah alang-alang.. menjauh lah sikit.. sampai ke Puchong nun (bagiku Puchong tu dah jauh, tapi tak pasti lah bagi encik Abang.. sebab bagi dia balik Kelantan, barulah betul jauh.. huhu..) Malamnya Ajmal panas badan, panas kepala.. melarat samapi empat hari.. kesian dia sebab terpaksa minum sirap paracetamol yang dia cukup tak suka.. kesian mama juga sebab terpaksa tengok dia menangis. Tapi Alhamdulillah, kali ini Ajmal baik-baik aja. Mungkin sebab tak keluar masuk kereta.. Pergi Bangi beli baju mama, singgah makan tengahari kat d' Limau Nipis (ye ke nama kedainya macam ni.. tapi yang penting ada perkataan limau lah), then terus je balik rumah..Tapi weekend ni kami nak keluar lagi.. Nak pergi sign dokumen.

    Petang bila energy dah re-charge, kami keluar.. ke tasik presint 6.. niat hati nak jalan-jalan tepi tu, tapi tak sangka pulak bertembung dengan pantai buatan tepi Pullman tu.. memang dah tahu pasal pantai ni.. tapi tak sangka lah pulak ianya disitu.. Hmmm.. apalagi, ini budak kecik sukalah.. pasir dengan air depan mata. Mula-mula jalan kat walkway tu, lepas tu buat-buat la terlajak kena pasir, kuis-kuis dengan ok.. Mama ni mudah kesian, tahu kesukaan anak terchenta.. Ok, main lah pasir tu..main lah.. mula-mula berkasut.. nampak dia tak selesa sebab pasir dah masuk dalam, Mama tolong bukakkan.. Eh.. bila dah bukak, laju je dia jalan ke tempat air.. Pandai kamu yer.. Papa tolong tengokkan, tapi tak boleh buat apa lah kan.. dah air tu kegemaran dia.. basah jugak la seluar. berkubanglah kamu disitu. Mujur dalam beg mama ada baju & pampers dan lampin untuk lap kamu.. if tak, memang telanjang bulat lah kamu blk rumah.

    Main air kat bilik mandi pun lama. Segala benda kamu jadikan mainan. Cuma mama risau takut kamu jatuh.. Sakit.. Kamu pandai, mainan dalam bilik air kamu simpan semuanya sendiri sebab nanti esok kamu akan main benda yang sama. Tapi if mainan kat ruang tamu, kamu biarkan. Harapnya nanti kamu dengan rela hati akan kemas sendiri bila habis main. Tapi masalahnya, kamu tak pernah habis main kecuali tidur.. jadi macam mana nak kemas yer...Anak-anak..

    Tuesday, October 9, 2012

    Selamat Ulang Tahun Sayang

    Hari ini tiga tahun yang lalu..
    Membuka sejarah baru
    Menjadi berita (walaupun tak menghiasi dada akhbar, muka televisyen)
    Sebab dia bukan angkasawan, jutawan, karyawan..
    Cuma dia seorang Wan..
    Syukur Alhamdulillah.

    Aku milikmu
    Kau milikku

    Ya Allah Ya Rahman..
    Kurniakan kami kesihatan yang baik, rumahtangga yang bahagia, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, anak-anak yang soleh, jiwa yang tenang, hati yang ikhlas..

    Ya Allah..
    Jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh Engkau dekatkanlah
    Sesungguhnya Engkaulah Pemilik Langit, Bumi san segala isi di antaranya.

    Thursday, October 4, 2012

    September pergi

    September pergi
    Oktober datang lagi

    Belajar  menerima
    Belajar memahami
    Belajar membantu

    Sayang betulkan sayang
    Cinta betulkan cinta
    Rindu betulkan rindu

    Rindu selalu ada
    Cinta akan bersatu
    Sayang tetap bersama

    Duhai Suami syurgaku
    Duhai Anak pembantuku

    Indahnya kasih
    Nikmatmu Ya Rabbi


    Thursday, September 6, 2012

    Aidil Fitri 2012

    Salam.
    Salam Aidil Fitri.
    Salam Sejahtera.

    Agak lama tidak berblogging, tp bukan langsung tidak menjengah blog, cume sekadar blog walking. Untuk menulis di blog sendiri hati agak kosong. Jadi tiada isi yang dapat dikeluarkan.

    Hmmm, Syawal 1433H pun sudah masuk hari ke-19, puasa sunat Syawal masih belum mula. Majlis Hari Raya masih berlangsung, cume majlis yang kami anjurkan akan menjadi kenyataan atau tidak, masih belum dipastikan. Bergantung kepada keupayaan diri. Harap-harapnya rezeki itu milik kami.

    Melayan karenah anak yang makin lasak agak memenatkan, tambahan pula dengan pertambahan rezeki yang baru ni, kadang-kadang membuat kesabaran itu kerap kali hilang. Setahun tujuh bulan.. usia yang sememangnya pada peringkat mencuba, bereksperimen.. Itu lah buah hati kami. setiap hari akan ada perkara baru yang dipelajarinya. Alhamdulillah, anugerah Allah yang tak terhingga. Syukur Ya Rabbi kerana nikmat ini.

    Wednesday, June 20, 2012

    Oh Anak: Kamu dah besar

    Alhamdulillah, setelah agak lama tak menulis di sini.. akhirnya ringan juga tangan ni untuk menaip sebuah kenangan buat tatapan hari mendatang.

    Hari ni, 20 Jun 2012 anak mama dah masuk setahun 5 bulan. Dah besar kamu ya. Sungguh.. kamu memang sudah cukup besar di hati mama, juga di hati papa. Segala rasa tentang kamu cukup indah. Harapnya kamu sudah bersedia untuk menjadi abang. Hehe.. juga bersedia untuk berkongsi segala-galanya.

    Hari ini papa yang hantar kamu ke rumah acik.. mama tunggu kat kereta. Tapi kamu baik, sekarang kamu ok je siapa-siapa hantar pun. Cuma kalau kami amik kamu lambat, muka kamu tak senyum langsung kan.  Maafkan kami di atas kelewatan itu, bukan sengaja tetapi ada sebab tertentu.

    Bila usia kamu makin meningkat, usia mama makin meningkat.. Hmm, kamu makin pantas.. tapi mama sekarang tengah semput.. huhu.. Mujur ada papa yang membantu di kala mama perlukannya. Selamat Hari Papa buat Papa Ajmal.

    Semoga apa yang kamu lakukan sepanjang waktu ini adalah yang selamat. Semoga kamu ceria, sihat sentiasa.

    Friday, May 11, 2012

    Tentang Anak

    # Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

    # Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

    # Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

    # Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

    # Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

    # Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

    # Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

    # Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

    # Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

    # Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

    # Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

    # Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

    # Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

    # Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

    # Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

    # Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

    # Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

    # Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

    Janji yang PASTI

    Pada 27 April 2012..
    Pada Jumaat yang Mulia..
    Pada pagi yang indah..

    Akhirnya dia pergi meninggalkan kami semua
    Perginya tak akan kembali
    Perginya mengadap Pencipta

    Masih ingat lagi, waktu masih belajar di UTM Skudai
    Dia lah akan mengambil sekiranya ingin pulang ke kampung
    waktu raya, atau apa-apa sahaja yang kebetulan dia ingin pulang bersama
    Waktu itu dia di masih berkhidmat di Kluang

    Masih ingat lagi, waktu single di Putrajaya
    Dia akan singgah dari Melaka
    Menjemput untuk pulang ke kampung bersama
    Kadang berdua, kadang bertiga juga pernah berempat

    Sakitnya sakit kami,
    deritanya derita kami
    Tapi cume merasa
    Tidak pernah menanggung

    Sesungguhnya janji ALLAH itu PASTI
    kami redha dengan pemergianmu
    Sesungguhnya itulah perhitungan yang lebih baik
    Semoga Rohmu di tempat di kalangan orang-orang soleh

    Al-Fatihah buat Ismail bin Mat Ali

    Friday, April 20, 2012

    Oh Anak: 15 Bulan Yang Menceriakan

    Pada waktu ini mungkin kamu sedang menunggang lori, mungkin juga menolak kereta atau sedang duduk di atas bola? Rindunya Mama pada kamu..

    Esok kamu dengan Mama, tapi kamu jangan buli mama..
    Itukan waktu rehat mama, waktu kita sama-sama rehat, waktu santai kita,
    waktu kita bersenang-lenang di rumah, ermmm.. mungkin berjalan-jalan di luar..

    Car, Bus, Kapal, Tumpah.. Dah jelas sebutan kamu..
    Kamu sangat excited bila nampak bas. co'keng jaru kamu tunjuk ke bas. sambil mulut duk menyebut bas.

    Tapi kamu takut bila bunyi kapal terbang lalu, mulalah kalut cari mama papa, pegang betis segala.. hehe..

    Kamu suka sangat ambil remote tv nk tekan, tp kaki dah ready nk lari sebab bila bunyi kuat, confirm kamu lari ke kami. Bila kami sorok bawah sofa, pandai kamu cari, hulur tangan.. tapi sayang tak samapi..hehe..

    Kamu sangat la mengelat nk pakai pampers.. sanggup menangis 'glepa' lama-lama padahal kalo kamu rela mama pakaikan, sekejap je dah siap.. tapi tak..

    Yang paling best, gigi kamu dah penuh.. Hmmm.. mama lah yang paling banyak menjadi mangsa. Parut baru dan lama. huhu..

    Kamu suka sangat main air, pantang nampak mama papa masuk bilik air, mula lah kamu angkat baju, pegang seluar.. yak..yak.. minta bukak lah tu.padahal tak berak pun.Errmm.. taktik anak kecil.Last Sunday kita ke kolam Presint 5.. Amboii.berlagak. tak main kat kolam paras betis, nak berendam tempat yang dalam. Letak dalam pelampung tak nak.. sudahnya tersepit lah kamu kat celah kaki mama kat tepi kolam tu.

    Thursday, April 19, 2012

    Oh Anak: Dia Belum Pandai Menghitung Masa

    Apabila anak menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa. Anak kecil selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis. Ada ibubapa selalu merungut ‘budak ni..mak tak ada depan mata seminit pun menangis’. Hakikatnya anak hanya tahu bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat. Anak2 menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola mereka.

    Sumber: /www.facebook.com/ibubapacemerlang


    r2R: Kadang-kadang mama terlupa perkara sebegini, mama tidak sesabar yang kamu sangka.

    Monday, April 16, 2012

    Demam

    Alhamdulillah..

    Masih boleh menghirup udara di Bumi Allah
    Masih boleh bersuara, mendengar, menghidu
    Dan yang utama Alhamdulillah masih boleh melihat keindahan ciptaan Allah.
    Masih boleh melihat kelatah Ajmal pagi ini,
    masih boleh melihat wajah suami tersayang.

    Tapi bagaimana andai kata suatu masa Allah menarik balik semua Anugerah itu..
    MasyaAllah..

    Sudah lebih seminggu sakit-sakit badan, sakit kepala. Hmmm.. any hypothesis?? Kalo yang itu rasanya belum.. Tapi sekiranya ada, Alhamdulillah, rezeki Allah.

    Sebenarnya saya ni jarang demam, jarang selsema. Tapi kebelakangan, kerap pulak..
    Kenapakah?
    Penat?
    Stress?
    Kurang Vitamin?
    Kurang tenaga?
    Kurang itu ini?

    Ya Allah,
    Dengan namaMu Ya Allah,
    Aku berlindung dengan kemuliaanMu dan KekuasaanMu daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
    Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui.

    Friday, April 13, 2012

    Sabar itu Suatu Anugerah

    Doa Diberi Kesabaran

    الْكَافِرِينَ الْقَوْمِ عَلَى وَانْصُرْنَا أَقْدَامَنَا وَثَبِّتْ صَبْرًا عَلَيْنَا أَفْرِغْ رَبَّنَا

    Maksudnya :
    "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
    (Al-Baqarah : 250)


    Ya Tuhan kami,
    Kurniakan kami kesabaran untuk hidup di BumiMu
    Kurniakan kami kasabaran untuk terus beribadah kepadaMu

    Tuesday, March 20, 2012

    Tentang Dia

    Alhamdulillah Syukur..

    Lama sungguh tak menulis.. Hmmm.. sungguh ke?
    Nak menulis tapi malas. Idea ada tapi dibiarkan aja dalam kepala.
    Kenapa?
    Sebab terlalu seronok, indah untuk diingatkan.
    Semuanya tentang dia. Oh Anak.

    Minggu lepas baru je dapat kiriman gambar sesi fotografi. Hampir sebulan jugak, dengan tabahnya kami menunggu..

    Puas hati. Alhamdulillah. Thanks a lot to As, kerana dia kami berpeluang fotoshot satu family, ermmm... sebetulnya, untuk Ajmal. Hehe.



    r2R: Nak print gambar pulak lepas ni.. Cari album, frame or buat foto canvas??

    Friday, March 9, 2012

    Sampai Bila

    Sampai bila mesti bergemulang dosa
    Sampai bila hati dipalit benci
    Sampai bila kata bersulam dusta
    Sampai bila sabar ingin dicabar
    Sampai bila.
    Sampai bila.

    Wednesday, March 7, 2012

    Biarkan Ia Menjadi

    Biarkan ia Menjadi..

    Jadikan ia seperti mimpinya
    Jadikan ia seperti impiannya,
    jadikan ia seperti harapannya,
    Jadikan ia seperti inginnya.

    Maka MINTA lah kepada PEMBERI
    Maka DOA lah kepada PENCIPTA

    Ya Rabbul Izzati.
    Pemilik Langit dan Bumi dan segala isi di antara keduanya.

    Redhalah kepada apa yang dikirimkanNya kemudian
    Redhalah..kerana itu yang terbaik dariNya


    R2r: Semoga ianya menjadi

    Wednesday, February 29, 2012

    Kampung Boy

    Putrajaya - Kota Bharu - Pagut
    Kota Bharu - Pagut
    Pagut - Kota Bharu
    Pagut - Kota Bharu -Putrajaya

    Main pasir
    Kutip batu
    Cabut rumput
    Panjat tangga
    Gigit nyamuk

    Kenal ayam
    Kenal kambing
    Kenal lembu
    Kenal Biri

    Monday, February 20, 2012

    Oh Anak: 13 bulan dah..

    Tadi acik Eira bagitahu mama kamu jatuh sebab bawak maianan kat tangan banyak sangat. Huhu.. mama senyum sebab terbayang muka kamu mengadu kat mama kalau kamu terjatuh, sambil hulur tangan ke mama.. Saayang sangat sama kamu.. Rindu kamu sentiasa...

    Semoga kamu menjadi anak yang menyenangkan hati semua orang. Amin..

    Friday, February 17, 2012

    Mutiara: Kedamaian Hati

    “Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi.
    Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”

    Suatu Mimpi

    ‎10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

    1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
    2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
    3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
    4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
    5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
    6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
    7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
    8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
    9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
    10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

    Nak mengandung dan bersalin lagi, tapi bile teringat proses nak membesarkan anak menganbil kebanyakan tenaga dan masa, tunggu la sedikit masa lagi. Tapi sekiranya rezeki Allah datang cepat, mana mungkin ditolak.

    Thursday, February 16, 2012

    Mutiara: Sebuah Pengharapan

    Ya ALLAH ya Tuhan Kami

    Jika ada di kalangan kami orang yang sedang sakit, sembuhkan mereka
    Jika ada di kalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
    Jika ada di kalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
    Jika ada di kalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,


    Ya ALLAH ya Tuhan Kami

    Susah kami, bantulah Ya ALLAH
    Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
    Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
    Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH


    Ya ALLAH ya Tuhan


    Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
    Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
    Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
    Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

    Monday, January 30, 2012

    Kepada Yang Tabah Menghadapi

    Kebelakangan ini banyak perkara tak terduga, tak terancang berlaku.

    Tapi itulah lah, bila sudah menjadi ketetuan Allah, tanpa lewat walau sesaat, ianya akan berlaku. Allah menguji kasih sayang hamba-Nya, Allah menduga ingatan cinta hamba-Nya.. selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah merapati kita.. Tetapi langkah Allah bukan sekecil langkah kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

    Pesan Bunda: Kita jangan lupa Allah, ingat Dia sokmo, walau kita sibuk dengan anak dengan keluarga, kerja.. Tapi kita minta rezeki dengan Dia.

    Friday, January 20, 2012

    Oh Anak: Turning 1 yo

    Alhamdulillah

    20.01.2012

    You ‘re turning 1yo my dear WM Ajmal Harith..

    Selamat Ulang Tahun Sayang. Kamu berkongsi bulan kelahiran dengan Papa.

    Kamu nak tahu tak, papa kepingin sangat nak kongsi tarikh yang sama, tapi kamu tak nak, kamu keluar lambat, kamu lagi suka lena lama-lama dalam perut Mama kan. Kalau ikut jangka dah tak silap dah, kamu cuma tinggal lebih masa 1 hari je, jadi secara kesluruhannya mama mengandungkan kamu 40 minggu dan satu (1) hari.

    Setahun yang lalu jam 850 pagi kamu menjengah dunia secara normal dengan berat, 3.46kg. Agak berat jika dibandingkan dengan besarnya perut mama semasa mengandung. Tak sangka. Dan hari ini, agaknya berat kamu kurang 8.0kg. Huhu.. Jika diikutkan carta berat bayi, memang kamu tergolong dalam anak yang kurang berat, tapi mama positif. Hehe.. Janji kamu sihat. Kamu cukup aktif, tidur siang kebelakangan ni cukup kurang seandainya kamu berkawan bermain, kuat berpeluh.

    Pada hari ini kamu sudah boleh melangkah laju, cuma sekali sekala kamu terbabas sebab kamu gopoh. Kamu sebetulnya boleh melangkah sejak usia 10 bulan lebih, hanya setapak dua kemudian berhenti, ya, sebab kamu masih belum yakin. Dan apabila cukup usia kamu 11 bulan, kamu dengan yakinnya melangkah 1.2.3.4.5.6.7.8 yeaayyy.. maka dengan semangat tekad tabah dan gigihnya kamu berlatih, melangkah, berjalan, jatuh dan bangun..

    Hari ini kamu boleh berjalan ke segenap pelosok yang mampu kamu pergi (selagi masih dalam pandangan mama la). Kat rumah kamu suka main bawah meja makan, menyelinap tepi rak tv (selagi kepala boleh muat, confirm kamu lepas),menyelongkar kabinet dapur sehinggakan mama terpaksa ikat pintu kabinet supaya kamu tak main pingggan mangkuk kaca mama. Tapi kabinet barang plastik dan periuk belanga mama biarkan kamu main, sekurang-kurangnya kamu leka bermain sementara mama memasak, sekejap pun tak pe.. Tapi kamu sengaja luaskan sempadan kawasan mainan kamu sampai ke tempat tong gas dan ke ampaian. Itu yang buat mama kadang-kadang mengaum.. Huhu.. Sebab itu kawasan larangan. Lagi satu kamu sangat suka main tong beras, tangan kamu cukup kuat untuk bukak tong, kamu main elok-elok je, tapi bila mama cuba ambik kamu, mula la kamu gengam beras tu dan tabur keluar. Huhu.. Jadi salah siapa sebenarnya?? Tapi sekarang mama dh ketatkan tutup tong tu dan kamu dah tak dapat bukak lagi. Maka kamu akan menjerit dan mengamuk geram. Hehe.. Mama suka..

    Kebelakangan ni kamu dah pandai meniarap guling-guling merajuk. Yang ni mama papa tak ajar kamu, dan yang ni mama kurang suka. Kamu buat aksi ni bila kami angkat kamu dari tempat kamu main benda/pergi yang tak sepatutnya. Tapi bila kamu buat kat rumah untuk main-main semata-mata, mama enjoy tengok kamu. Senang hati mama tengok kamu ceria gembira.

    Mama nak cerita tentang kepantangan kamu yang suka mengigit. MasyaAllah, tak tahu dah mama nak baca doa ape kat kamu. Kalau sekadar gigit tak pe, ini penyakit yang dah la gigit, gigit, gigit, lepas tu tarik pulak. Huhu.. sakit. Yang ni memang mama selalu ingatkan acik Eira kamu supaya tengok-tengokkan. Mana la tahu kot tetiba datang angin gigit, kamu gigit anak-anak yang lain. Cukuplah kami sahaja.

    Alamak, banyak lagi nak cerita ni.. Panjanglah entry ni. Tak pun kita entry Part 2.. Sekiranya diizinkan Allah, mama sambung. tapi teringin juga nak baca yang Papa Ajmal tulis.


    r2R: Request from mama. Ayuh..

    Monday, January 16, 2012

    Selamat Ulang Tahun Sayang

    Selamat Hari Lahir Abang
    14 Januari 2012

    Ucapan buat suami..

    Semoga Allah kurniakan abang
    1. Kesihatan yang baik
    2. Umur yang berkat
    3. Rezeki yang halal
    4. Ilmu yang bermanfaat

    Semoga Abang Menjadi
    1. Hamba Allah yang taat
    2. Anak yang soleh
    3. Papa yang penyayang
    4. Suami yang bertanggungjawab
    5. Teman yang disenangi


    Amin..Amin..Amin..

    r2R: Hadiah dah dapat kan?

    Friday, January 13, 2012

    Perancang atau Perancangan

    Salam di hari yang Mulia, Penghulu segala hari.
    Hari yang bakal menutup segala kehidupan di Bumi.
    Itu janji Allah.

    Itu janji Allah, janji kita sebagai seorang manusia ape pulak?

    Tapi hari tak nak tulis pasal janji berjanji ni, sebab adakalanya kita boleh mungkiri tanpa banyak sebab musabab yang patut.

    Sebenarnya banyak perancangan yang telah di atur untuk meraikan beberapa perkara sempena bulan Januari ni, tapi itu lah, kita hanya merancang, tapi sekiranya telah ditakdirkan oleh Allah, kita tak mampu laksakannya, tidaklah harus kita sesali dan apa yang penting kita telah cuba sehabisnya untuk langsaikan apa yang kita rancang itu.

    Friday, January 6, 2012

    Doa

    Ya Allah, Engkau Permudahkanlah Segala Urusan Kami
    Engkau Kurniakan kami segala yang terbaik untuk kami.

    Tuesday, January 3, 2012

    2012

    Salam Tahun Baru kepada semua.

    Mulakan yang baru.
    Habiskan yang tertangguh
    Perbaharui yang lama.

    Jadi yang baik dan lebih baik.
    Buat yang elok dan lagi elok.

    Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kita.