Tuesday, September 27, 2016

Ujian itu Juga Rezeki

Sebuah kisah kehidupan

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.
Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput.
"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?"
Siput menjawab:
"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"
Katak menjawab :
"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"
Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...
Siput terharu...
Akhirnya baru sedar...
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...

Nota:
*Nikmatilah kehidupanmu*..
*Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.*
*IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta
rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang ...
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal...
"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia

#copypaste

Wednesday, April 20, 2016

Boboi Boy Episode 2: Exam??

Papa: Abg, Abg Ngah.. hari ini periksa lagi tau..tulis elok-elok
Mama: Tulis cepat-cepat, cantik-cantik
Abg: Ya, Abg tulis elok-elok. Abg Ngah, kalau tak pandai tulis minta cikgu tulis tau..
Abg Ngah: Baik lah..

Mama: Boleh pulak macam tu ye..
#matakebawahtanganpelukadik

Wednesday, April 6, 2016

Boboi Boy Episode 1

Alhamdulillah..

Hehe.. Tahun lepas 2015 satu entry je.. itu pun hujung-hujung dah..
Malas betul ya..
Malas tu betul.. tapi bukan betul-betul malas ya..
Sikit-sikit aje malasnya..

Ok.
Tahun 2016 kita mulakan dengan episod pertama Boboi Boy (Versi anak-anak)
Alhamdulillah.. ada pertambahan ahli baru dalam keluarga Wan. Yang pertama tahun ini.. tapi bukan yang pertama dalam keluarga Mok, dan bukan juga yang terakhir.. Insya Allah.. Rezeki Allah tu luas.. Makanya tahun ni Mok dimurahkan rezeki dengan kehadiran cucu-cucu dan bakal cucu-cucu dan cicit-cicit..

Abang , Abang Ngah dan Adik.. Yeeayyyyy..
Boboi Boy..
Cukup team badminton double man termasuk Papa,
Habis mana position Mama??
Mama mana mama..
Mesti lah jadi Judges.. Umpire, Service Judge, Line Judges semua tu Mama yang jadi.. Umpire?? Alah, yang duduk kat kerusi tinggi tu.. Ok, tamat..

Tempoh berpantang kali ni amik 70 hari so ada balance lagi. simpan untuk masa depan. InsyaAllah semoga Allah permudahkan..

Selama tempoh tu lah Boboi berdua ada dengan Mama (Miss 2 malam aje.. Abg, A.Ngah tidur rumah Tokpa Tokma dan 1 malam lagi Abg je tidur rumah pade).. Jadi bayangkan selama cuti hero-hero sangat membantu Mama untuk naik pangkat.. (naik marah, naik hantu, naik geram) semua yang naik-naik aje lah dannnnn naik turun tangga dapur.. .. Mujur ada Mok, makcik-makcik nya yang membantu (masa kat kampung ada Teh, Mok Mah, Mok Kak, Su, Cik Chik, Cik Su), Tokma,Tokpa dan sepupu-sepupu (Kak & Kak Ana, Ahmad Yassir) yang boleh bantu hilangkan stress Ibu yang berpantang ini..huhu..
Baby?? Baby sangat membantu.. Sayang dia selamanya.. Sayang semuanya..
Uwwaaaah.. rindu pulak kita kat anak-anak.. dan bapak anak-anak.. Hari ini dah masuk hari ketiga kerja lepas cuti panjang..

Ok dah.. sambung kerja.. lain kali pulak...
....
....
...
...
...
..
..
.

Kalau rajin..
Hehe..

"Kerja kerana Allah, Bukan kerana penghargaan Manusia"

Friday, January 8, 2016

Sebuah Rindu Mengintai Ceruk Hati

Tahun 2006
Berpelikat senteng, bersemutar di kepala..kadang tiada berbaju
Mengayuh basikal tua ke sekolah menjemput si kecilnya di tadika
Demamnya cuma seketika..
Kali pertama mandikan dia, itulah jua terakhir kalinya..
Perginya tidak kembali tiada berganti..


Tahun 1984
Dia yang ku kenal hanya dalam gambar
Juga terkias indah melalui puitisnya lirik-lirik terakhir
Perginya dia saat aku dipembaringan.. sungguh kecil waktu itu..


Tahun 2012
Saat diperantau, dia yang membawa pulang
Jauh merantau teman di selatan


Tahun 2014
Ketabahannya menduga rasa
Kuatnya dia
Rindu dia selamanya
Maaf kerana tidak dapat pulang waktu itu..
Bah kuning itulah tandanya


Al-Fatihah buat Arwah Chek yang telah dipanggil menghadap penciptaNya September 2006 dan kepada saudara-saudaraku yang juga telah bersemadi di sudut yang sama. Semoga roh kalian di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Wednesday, November 18, 2015

Bangkit Berusaha Berjaya

Alhamdulillah..
Masih mampu berdiri, bergerak sendiri pagi ini. Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat pemberian Allah..

Walau bumi Malaysia masih bersisa jerebu nipis pemberian jiran.. Tapi Allah lebih menyayangi.. Menguji dengan sedikit kerosakan, membangkitkan umatnya yang kian lupa, leka..

Sekian lama.. laman blog ni terbiar..
Masih meminati untuk menulis.. cuma sedikit kemudahan untuk menulis itu sering terganggu..
Terbiar lebih setahun.. mujur teman semesra bertanya.. hrmmm.. kalau tak kita hanya blog walking termasuklah ke blog sendiri..

Tahun ni 2015.. Bermula yang gembira..
Eh.. nk citer rangkuman setahun ke?
Semoga penghujungnya juga mengembirakan..

Apa yang pasti.. ahli keluarga sedang bertambah..Anak saudara baru, hujung bulan ni, InsyaAllah..adik kahwin.


Memetik kata-kata sahabat..
"Seseorang yang bahagia bukan karena ia memiliki banyak hal, tetapi karena ia tidak membandingkan miliknya dengan milik orang lain." 

Alhamdulillah..

Monday, June 2, 2014

Oh Sayang: Jom Bercuti

Owhhh...

Teringin untuk bercuti.. Bukan cuti hujung minggu seperti biasa, bukan juga di tempat biasa..bukan rehat seperti biasa.. bukan disini..bukan disini..
Ingin jauh dari keBIASAan.. Jom Bercuti..
Ke tanah tinggi? ke pantai pasir.. Mungkin..

Semoga Allah kurniakan kesempatan itu.. Cuba merancang dan merencana, Tapi DIA yang menentukan..In Sya Allah..


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari-Hari

ASalam, Salam Jumaat penghulu segala hari

Semoga dengan kasih sayang-Nya, kita semua berada dalam keredhaan Allah.

Bulan Mei 2014.. cepatnya masa berlalu.. beberapa bulan ruangan tulis ini ditinggalkan. Bukan bererti melupakan, cuma tiada cerita untuk dikongsikan. Simpanan peribadi tak perlu up ke internet, simpanan peribadi tak perlu diletak di fan page media sosial, simpanan peribadi adalah hak peribadi, jadi simpan sendiri untuk diri sendiri dan mereka yang layak sahaja. Hmmm.. terlebih lah pulak.hehe..

Ok. bulan ni banyak betul selamatkan hari.. ada yang berkaitan secara langsung dan ada yang tidak. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jururawat, Selamat Hari Guru. Ermm.. mugkin ada juga hari lain.. kepada semua pemilik hari-hari berkenaan, di ucapkan selamat untuk semua. Selamat Maju Jaya. Jasamu tak pernahku lupakan.

Rasanya nak mula menulis balik lah.. secara berkala walaupun bukan hari2..Kita ni mane la ada benda sangat pun. Menulis untuk kenangan2 diri sendiri. Gambar pun jarang dapat letak kat sini.. Ada kekangan sikit. Apa-apa pun seronok sebenarnya menulis blog. tapi lagi seronok blog walking..huhu..

Sekarang duk sibuk buat programming, tu yang kadang2 masa habis ke programming, sebab benda ni kena fokus, kalu main cilok-cilok.. baik tak payah buat.. mood tak datang punya. Ok. jom buat programming. Daaa.

Thursday, February 6, 2014

Januari Yang Ditinggalkan

Ianya telah berlalu.. membawa berjuta kenangan.. Suatu bulan untuk diraikan.

Semoga semuanya selamat.

Abang Ajmal telah selamat menginjakkan umur ke angka 3
Adik juga dah cukup setahun
Papa juga sama bertambah lagi satu.
Semoga kesayangan Mama selamat sentiasa.

Juga buat kakak tersayang..Utih telah selamat bergelar isteri. Semoga kamu bahagia bersama suami tercinta, semoga dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata dan hidup aman bahagia. Amin.

Adik juga telah berjaya menjumpai laluan kerjaya yang lebih cerah dan semoga dia kekal bersemangat untuk mengapai impiannya.Semoga kamu beroleh yang lebih baik di masa akan datang.

Buat ibu tersayang, bebanmu kini berkurangan. Tugasmu mendidik anak-anak telah berjaya dan kini telah diambil alih oleh orang lain. Jasamu kepada kami tidak terbalas. Tiada nilai lain yang layak diganti. Hanya doa yang mampu kami titipkan untuk kesejahteraanmu. Semoga Allah sentiasa menjagamu.

Cepatnya masa berlalu.. Sekejap sahaja hari-hari dilalui..Menghabiskan penghujung Januari di kampung halaman, bagai tak mahu meninggalkannya.. Tapi cukuplah untuk kali ini, akan datang kita cuti panjang lagi..

Monday, January 20, 2014

3 Years

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Abang Ajmal..
Allah selamatkan kamu..

Hari ni genap 3 tahun Ajmal menjalani menikmati anugerah Allah dan menghirup udara Allah.
Dia membesar dengan sihat dan ceria.

Untuk Ajmal, Mama nak kamu tahu.. yang kami semua sayang kamu.
semoga menjadi anak yang soleh, yang menyenangkan hati mama papa dan semua orang yang menyayangi kamu. Semoga kamu terus membesar dan menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Amin.

Wednesday, January 8, 2014

Oh Anak: Adik dan Abang

Tahun baru.. nak mulakan dengan kisah anak-anak..
Sebab ucap selamat dah wish tahun lepas..Hehe.. Kira aci lah tu.

Abang Ajmal dah mula masuk taska.. sebut padanya as sekolah. Sangat bagus dari rumah walaupun nak usaha nak mandi pagi tu ambik masa lama.huhu.. diulang kata tak nangis.. hehe.. Akhirnya air mata gugur jua.. Hari pertama hingga ke-3. Alhamdulillah, mula hari ke-4.. semalam dan hari ini.. Abang Ajmal dah kuat.. tak nangis dah..Walaupun tengok ada anak2 lain yang menangis..Bagus Abang, U can Do IT. Hari ni Papa hantar.

Adik, macam biasa.. dari hari pertama hantar umah pengasuh tahun baru ni.. nangis.. Mungkin sebab abang takde bersama.. bukan nangis sikit-sikit.. Tapi betul-betul. Asal sampai depan pintu je.. letak kepala tongkat dagu kat bahu mama.. toleh ke belakang.. Alahai adik Abang Ajmal.. sunyi yer takde abang nak buat ketawa.. Adik cume buleh ketawa bila abang dia je buat.. orang lain.. tak berapa nak geletek hati dia.huhu..
Adik dah gigih berjalan banyak step dah .. cume pengasuh mama ica cakap bile dia jalan je n ada anak2 lain duk main2, lari.. mesti dia merangkak lari.. takut,cemas gitu. Harapnya lepas ni adik pun makin kuat emosinya.. No more TEAR.

Kat rumah bukan main lasak dua beradik. main guling-guling dengan abang tak nak kalah.. risau kita. Tulang lembut lagi. Abang balik-balikkan adik, adik suka mengekek dia..Bulan ni, Anak-anak kecil kami akan berubah tahun.. Abang turn 3, adik turn 1. juga Papa..Boys of January. Lepas ni usahakan Girls of September..haha..Eh.. ke situ plak..

Ok back to story..

Harapannya, Doa ikhlas dari seorang ibu buat anak-anak.. semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi khalifah yang mampu membawa ibu bapanya ke Jannah. Amin. LeaRn for LiFe. Love Till JannaH.

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal dan Jumpa Lagi

Assalamualaikum..

Begitu lama ruangan ini ditinggal. Hati teringin untuk menulis, tetapi ada sahaja halangan yang membantutkan niat. Mungkin juga kerana bukan sepenuh hati, maka ianya terbiar..

Proses yang berlaku terlalu banyak untuk dilalui, dinikmat dan dikenang sepanjang hayat.

Keluarga makin berkembang melalui proses perkahwinan dan kelahiran. Yang kahwin, semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat, yang melahirkan tahniah kerana telah menyambung amanah untuk menambah khalifah di bumi Allah, dan si 'kain putih' semoga kamu menjadi manusia yang berguna berilmu dan bertaqwa. Anak2 kecil kami juga kian membesar. Bijak meneladani hari2 yang berlalu. Setiap hari, setiap saat ada yang baru dipelajari. Yang Adik makin kuat, yang Abang makin bijak. Alhamdulillah.. itu semua anugerah Allah.

Hari ini hari terakhir tahun 2013, sepanjang tahun yang dilalui penuh liku, cabaran membesarkan anak-anak berdua, tekanan hidup berkerjaya, masalah di perjalanan antara pagi menuju ke petang dan petang membawa ke malam. Semuanya telah dilalui. Antara redha dan rela.. kita semua berjaya sampai ke hari ini. Alhamdullillah, sekurang2nya kita masih punya jiwa untuk merasa daripada terperuk dipenjuru batu tanpa perlu berfikir apa dan kenapa. Syukurlah.. Walau hati merungut, tapi siapalah kita..

Dan esok, siapa tahu apa yang bakal berlaku.. diramalnya esok pelbagai krisis di muka bumi akan berlaku, masalah kenaikan itu dan ini, masalah pengurangan itu dan ini, perebutan sana dan situ..kuasa dan tahta merata-rata dicanang dijaja. Menolak atau menerima..atau kedua-duanya.. HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakil..

Alhamdulillah.. Selamat Tinggal 2013 dan Selamat Datang 2014.. Jumpa Lagi..

Monday, August 19, 2013

Friday, August 2, 2013

Kembali Bersua

Sekian lama memendam cerita
bukan kerana tiada masa
bukan juga masalah tenaga
tapi kerana page error saja..

berpantun pulak kita..

Sementara masih di bulan puasa ni, empunya diri ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Salam Aidilfitri. Segala kekhilafan diri ini mohon dimaafkan.

Entry kali pertama selepas lama terdiam ni sekadar untuk ini je. Cerita mengenai anak-anak akab bersua di entry akan datang.

Friday, January 25, 2013

Salam Maulid Nabi

Salam Maulid Nabi 1434H

Tuesday, January 22, 2013

Oh Anak: Kini 2 Tahun

Alhamdulillah.

Usianya kini 2 Tahun.

Ya Allah,
kurniakan Ajmal kesihatan yang baik,
akal yang cerdas,
pendengaran percakapan penglihatan yang jelas.
Lembutkan hatinya supaya dia mudah menerima ilmu dan perkara-perkara yang baik.
Lindungilah dia dalam RahmahMu Ya Allah
Amin.

Selamat Ulang Tahun Sayang
Mama dan Papa sayang kamu seluas alam ciptaan Allah. Semoga kamu baik-baik sentiasa.

Wednesday, January 16, 2013

Dugaan-Nya

Batuk, Selsema dan sekarang telinga pulak berdengung.. Dugaan betul di akhir-akhir pregnancy ni..Batuk dah tiga minggu tak baik2.. tapi doktor ada berkata mungkin lepas bersalin ni, baik terus lah batuk ni. Alhamdulillah, seandainya itu aturannya.. cuma tak sanggup untuk batuk-batuk dalam keadaan perut yang memberat.. Semoga anak mama dalam perut ni sihat dan selamat.

Semalam tabahkan diri ke klinik untuk berjumpa doktor. Tak tahan sebab selsema dh membuatkan telinga sakit. nak tidur malam semalam pun sakit, kekadang tu ada macam bunyi buih-buih pecah dalam telinga.. Ya Allah, ni kali pertama rasa macam ni. Rasa macam ada 'benda' duk 'menjajah' dalam telinga ni. Doktor bagi ubat selsema dan batuk.. semua pil.. mudah lah masuk tekak.. Selsema dah boleh amik doktor kata since baby dah besar, x effect kandungan dah. Semalam pun dapat cuti rehat. Alhamdulillah..

Bangun pagi hari ni, buih-buih jahat dalam telinga tu dah tak de, tapi yang pastinya telinga ni berdengung je.. kurang jelas pendengaran. Hidung sumbat, Telinga sumbat..Makanya tekak tidak mampu untuk bekerja sendiri untuk menikmati makanan. Sesungguhnya inilah dugaannya bila nikmat itu ditarik balik. Tidak senang hidup. Bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat yang lain dan semoga Allah, memberi kembali segala apa yang diuji-Nya ini.

Monday, January 14, 2013

Ulang Tahun Bintang Hati

Engkaulah bintang wahai sayang sinar hati..

Selamat Ulang Tahun buat suami terchenta, Encik W.M. Redzman bin Razali aka Papa Ajmal.

Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki..

Semoga Abang sentiasa menjadi anak yang soleh untuk mama dan mama,
menjadi suami yang prihatin dengan isteri;
ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak;
saudara yang baik untuk adik-adik; dan
menjadi Hamba Allah yang patuh dan amanah.
Amin.

Semoga apa yang Abang impikan akan tercapai. Amin.


r2R: Abang, Sila tuntut hadiah bila sampai masanya ya..

Friday, January 4, 2013

Baru

Masih belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2013. Semoga 2012 yang telah kita tinggalkan memberi seribu makna yang membahagiakan kita semua dan seterusnya melangkah ke tahun 2013 dengan azam dan tekad untuk terus maju dan berjaya. Tanamkan niat untuk buat yang terbaik.

Tahun 2013 ni kami mulakan dengan keadaan yang agak tidak seronok, tapi itu semua dugaan. Anak kesayangan kami demam, viral fever.. enam hari, dari Sabtu 28 Disember hingga semalam, hari ni badannya masih hangat tetepi selera makan dan bermain telah pulih seperti biasa. Syukur Ya Rabbi. Engakulah Yang Maha Berkuasa Pemilik Segala di Bumi, di Langiit dan segala isi di antara keduanya.

2012 yang kami tinggalkan amat berharga, setiap detik yang dilalui akan diingati sentiasa, InSya Allah. Melihat anak membesar depan mata sendiri, menikmati indahnya hidup berkeluarga. Syukur semuanya. Alhamdulillah..

Semoga 2013 yang bakal kitajalani, akan menambahkan lagi ukhuwah dan kasih sayang yang telah terjalin.

Thursday, December 20, 2012

Oh Anak: Kicking, Outside & Inside

Hari ini genap umur Ajmal 1 tahun 11 bulan dan umur Adik dalam perut 34 minggu. Lagi sebulan, semuanya akan berubah. Ada Abang akan jaga Adik..

Sekarang kedua-duanya, sangat aktif. Bagi tangan, bagi kaki kat perut mama.. senak. Tapi itu yang baiknya.. meyakinkan yang anak-anak Alhamdulillah sihat.

Ajmal makin bijak. Nak sekolah. Hari-hari sebut sekolah, then mama bagitahu kene cuti dulu teman mama jaga adik baru boleh sekolah. Tahun depan. Tapi mama macam tak rela lagi untuk dia ke taska, masih kecil pada pandangan mata ini. mungkin lebih baik di rumah pengasuh, dekat dengan belaian walaupun tak serupa mama.. Tapi kita tunggu dan lihat ajalah. apa yang terbaik, kita terima.

Duhai anak-anak permata mama papa, sesungguhnya kamulah yang semangat mama..

Thursday, December 13, 2012

Semalam 12.12.12

12.12.12 tiada apa yang istimewanya bagiku..

Cuma hajat untuk makan ais krim sundea yang tertangguh telah tercapai di kala orang lain memboikot McDonald.. Bukan tidak sensitif.. tetapi nafsu yang berkehendak kan yang itu juga cukup kuat memaksa.

12.12.12 digit berulang sebegini tidak akan kita lihat selepas ini sebab bulan bagi setiap tahun cuma ada 12dan mustahil akan bertambah menjadi 13 bagi membentuk 13.13.13.

Orang nikah, orang kawin, orang bertunang, orang bercouple.. macam-macam ada.. Senang nak ingat tarikh atau ada tujuan atau maksud tertentu itu terpulang. Janji hati senang.



desirer2r: Cume mahu tarikh 20-01 berulang dengan mudah dan selamat