Monday, November 29, 2010

Isnin selepas hujung minggu??

Salam.

Isnin yang sangat baik dan indah.. hehe.. Ye ke? Betul, hari rasa tak macam hari isnin yang biasa, kenapa agaknya. Mungkin semangat yang bertiup agak baik dengan karenah anak kecil yang kian hadir ke sisi. tak sabarnye menunggu kamu duhai pahlawanku.

Hari sabtu, kami ke Mid Valley. Hajat utama nak ke Baby, Children and Parents Expo. Sampi di Mid Valley rasanya dah pukul 12, Alhamdulillah, mudah je jumpa parking, dekat pulak dengan pintu, tapi pintu Jusco la. Tak kesah lah janji pintu yang baik kan. Terus ke ke tingkat atas menuju ke tempat ekspo. Berduyun-duyun orang ke keluar masuk. Yang keluar sudah semestinya dengan barang. Yang menariknya ramai orang keluar dengan kotak pampers mami poko. Murah barangkali. Kami tak beli sebab tak pasti sesuai ke tak dengan anak nanti kan.

Pusing cari cloth diapers, jumpa booth Lunatots terus beli. 3 pasang jelah dulu. Beli barang keperluan ibu menyusu sebab nekad dan bercita-cita nak menyusu anak secara ekslusif, semoga dipermudahkan oleh Allah. Bincang-bincang dengan encik suami tersayang dan buat keputusan beli jelah terus stroller nanti dah tak perlu mencari-cari lagi. Habis la RM$$$ tapi kalo campur dengan belanja makan RM$$$$ jugak la. Tak pe, demi kamu duhai anakku sayang, kami akan buat yang terbaik. Puas hati.

Perjalanan balik ke rumah yang agak panjang, berpusing-pusing. Maklumlah kawasan Pantai Dalam bukan kawasan kami, tersilap masuk maka tol lah jawabnya. Mid Valley ke Putrajaya melalui Kerinchi Link, ke Pusat Bandar Damansara - Bangsar - entah mana-mana - silap lagi - Pudu - ikut je lah. Huhu.. Nasib baik sempat keluar dari pusat kesesakan sebelum hujan. Alhamdulillah.

Sempat rembat 4 biji bantal yang dilelong tepi jalan dekat gerai depan UNITEN, RM10 untuk 2 biji.

Hari ini? Kerjakan CD-CD data, masukkan ke dalam rak (Kak Hanim, thanks bcause borrowed me your hand, lengkapkan inventori sedaya mungkin. Semoga tiada yang tercicir menjelang cuti panjangku dan tahun baru.



R2R: Banyak berjalan, senaman yang baik untuk ibu.. ahakss

Friday, November 26, 2010

Jumaat Doh??

Salam Jumaat, Salam Mesra

Penghulu segala hari, hari penutup minggu kerja sektor awam di kebanyakan negeri.. Hari yang mempunyai seribu satu rahsia dan juga hari permulaan sekiranya ada acara yang berlangsung sepanjang hujung minggu.

Mula merancang dan mencongak waktu, berhitung kira untuk mengisi jadual hari minggu.. hari inilah permulaannya.

Tapi hari ini, di sini, pada waktu ini.. barulah empunya diri boleh berehat melayan internet, sepagian meminjamkan telinga dan seluruh anggota menghadiri majlis perkongsian ilmu, antara wajib hadir dan kesudian sendiri untuk menambah ilmu maka pagi Jumaat ini, kita beroleh kelebihan duduk di majlis ilmu.

Bagaimana dengan esok? Sudah tentu berisi. Perancangan sudah dilakukan cuma tunggu perlaksanaannya sahaja. Diharap jadual encik suami juga kosong dari tugasan rasmi. Kami bercadang ke Mom & Baby Fair di Mid Valley esok. Mencukupkan mana-mana barang keperluan yang masih kurang. Harap-harap dapatlah ketemu apa yang dihajati di sana.



Hari juga bermulanya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010)di Serdang. pameran berakhir 5 Disember 2010. Lama lagi tu. Kepada sesiapa yang berkelapangan, silah ke sana, Khabarnya banyak yang menaraik ada di sana.


dR2R: Adakah daku punya kudrat untuk ke sana? Kita cuba aje lah Abang ye..

Tuesday, November 23, 2010

Keheningan Zulhijjah

Salam..Salam Zulhijjah.

Baru sekarang ingin diucapkan diingatkan kepada Zulhijjah? Setelah 16 hari ianya menghiasi alam. Bulan penuh telah lama kelihatan dan mungkin makin menghilang. Apa-apa pun, Zulhijjah tetap bulanku. bulan Islam kelahiranku. 11 Zulhijjah.

Raya Aidil Adha tahun ni, Alhamdulillah masih juga berkesempatan pulang ke kampung. Pagi hari raya sampai ke desa tercinta, ke rumah yang sentiasa dihati mengadap Bunda yang tersayang. Setelah hampir 10 jam perjalanan, menahan lenguh pinggang dan belakang, cuma sekejap menemani bual suami tercinta kerana tuntutan mata yang mahu lelap, paksaan badan yang kepenatan. Maafkanlah isterimu wahai suamiku..

Alhamdulillah, selamat juga di adakan majlis sembahyang hajat, memohon ke hadrat Illahi agar dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kemudahan kepada Ku untuk baki kehamilan ini dan semasa kelahiran nanti. Ribuan jutaan terima kasih kepada Bunda, dan seluruh ahli keluarga yang sama membantu. Alhamdulillah, walaupun tahap sakit belakang, pinggang, pinggul.. hmmm hampir semua anggota lah sungguh memeritkan, tapi itulah yang harus dilalui demi sebuah cinta.

Dan hari ini, pemeriksaan rutin minggu ke-32 atau 8 bulan. Alhamdulillah, Hb kembali normal, tekanan darah normal dan segala-galanya berkeadaan baik. Anak tersayang juga aktif meneroka kehidupan rahimnya. Semoga sayang sentiasa berkeadaan baik. InsyaAllah.

Tetapi dalam keadaan yang hampir kesemuanya baik, masih ada terselit kisah keluarga yang sedikit merisaukan fikiran, kesihatan abang tersayang kerap terganggu, mujurlah adik sedang bercuti semester, boleh menemani merungkaikan kerungsingan Bunda. Papa mentua juga meghadapi kesusahan, gara-gara mainan kuasa oleh bekas ketuanya di pejabat. Kenapa dan entah apa yang merasuknya sehingga sanggup mempersendanya orang lain sesuka hati. Semoga semua yang berlaku ini akan segera pulih dan kembali aman. Amin.



r2R: Sulitnya kehidupan andai kita tiada pedoman.

Wednesday, November 10, 2010

Darah masih merah..

Assalamualaikum..

Bacaan Hb hari ni turun di bawah paras normal. 10.6. Sangat tidak bagus pada perkiraan kesihatan saya. Keletihan dapat dirasai kebelakangan ni, terasa nak pitam sekiranya menundukkan kepala. Owhh.. rupa-rupanya inilah dia penyebabnya. Tetapi rasanya memakan pil vitamin masih lagi menjadi rutin, vit. c, tablet zat besi, acid folic mesti makan punyer..

Mungkinkah kurang sayur hijau? Tapi setiap kali memasak dirumah sayur hijau tidak dilupakan. Kangkong, bayam bergilir-gilir. Kerang? jarang-jarang menjadi santapan, hati ayam? amatlah kurang, hati lembu? memang tinggal terus sejak lepas sekolah termasuk organ dalam yang lain. Kenapa? Rujuk panduan pemakanan Rasulullah (ada yang diikuti, ada yang xdapat untuk dipenuhi). Tetapi agak susah nak tinggalkan hati ayam, cume kekerapan mengambilnya amatlah jarang.




Jangan risau sayang mama, mama akan usahakan yang terbaik untuk kita.


dR2R: Jaga makan minum, InsyaAllah yang lain boleh dijaga.

Tuesday, November 9, 2010

Anakku Sayang..

Assalamualaikum. salam ceria..

Minggu masuk minggu ke-30, masih lagi bermain dan berkira-kira untuk mengetahui jantina sayang ibu. Tapi baju sudah dibeli unutk beberapa pasang. Bermacam warna mengikut citarasa kedua ibu dan papanya. Sekiranya ditakdirkan Allah, untuk mengandungkan kedua insan kecil, lelaki dan perempuan.. alangkah bahagianya. Sekali kandung, terus beroleh sepasang. Ada biru, ada merah jambu.

Keperluan asas untuk menyambut si kecil kebanyakannya telah dipersiapkan, mungkin akan ada penambahan dari masa ke semasa mengikut kudrat ibu. Yang sudah dibeli telah dibasuh, tunggu untuk diasingkan ke dalam beg (dibawa ke hospital) dan disimpan.Tunggu lepas raya haji ada mom and baby fair. InsyaAllah, andai waktu itu diizinkan-Nya, akan sampailah kami ke sana.

Keperluan si kecil hampir lengkap, bagaimana dengan keperluan bersalin si ibu? Memikirkan keperluan sendiri agak pening juga, mahu yang bagaimana, adakah akan digunakan, hmmm.. tetapi ada yang sudah disediakan, cuma tinggal untuk dikemaskan dalam beg sahaja.

Minggu depan balik kampung sempena Raya AidilAdha. Sambil tu nak adakan solat hajat minta selamat ibu dan anak, semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kami nanti.


dR2R: Rasa-rasa macam baju anak belum cukup la abg sayang..

Monday, November 1, 2010

Kitalah Juara

Assalamualaikum dan salam ceria..

Huhu.. isnin yang menjelmakan seribu hakikat. Setelah dua hari bermalas-malasan pada hujung minggu, peluang untuk merehatkan segala lenguh-lenguh badan tercapai sebaiknya.

Alhamdulillah juga kerana kurniaan Allah kerana setelah berhempas pulas akhirnya kita Juara.. Kita? Kitalah juara.. Pasukan bola sepak Kelantan akhirnya menemui kejayaan setelah tahun lepas kita terlepas peluang yang sama kepada pasukan yang sama di tempat yang sama. Akhirnya tahun ini, sejarah telah mencatatkan Kelantan sebagai pasukan ke-14 dalam senarai juara Piala Malaysia atau sebelum ini Piala HMS Malaya. Tahniah tahniah tahniah kepada kepada keseluruhan pihak yang membangunkan pasukan dan semua yang terlibat dengan kejuaraan ini. Pemain, jurulatih, pihak pengurusan dan penyokong The Red Warroirs. Tahniah.




walaupun lambat masuk ke entry, tetapi suara-suara dan semangat kejuaraan masih lagi kuat. Apa-apa pun teruskan dengan apa yang terbaik untuk kejuaraan masa depan.



desireR: Tetapi semalam aku gagal..