Tuesday, November 9, 2010

Anakku Sayang..

Assalamualaikum. salam ceria..

Minggu masuk minggu ke-30, masih lagi bermain dan berkira-kira untuk mengetahui jantina sayang ibu. Tapi baju sudah dibeli unutk beberapa pasang. Bermacam warna mengikut citarasa kedua ibu dan papanya. Sekiranya ditakdirkan Allah, untuk mengandungkan kedua insan kecil, lelaki dan perempuan.. alangkah bahagianya. Sekali kandung, terus beroleh sepasang. Ada biru, ada merah jambu.

Keperluan asas untuk menyambut si kecil kebanyakannya telah dipersiapkan, mungkin akan ada penambahan dari masa ke semasa mengikut kudrat ibu. Yang sudah dibeli telah dibasuh, tunggu untuk diasingkan ke dalam beg (dibawa ke hospital) dan disimpan.Tunggu lepas raya haji ada mom and baby fair. InsyaAllah, andai waktu itu diizinkan-Nya, akan sampailah kami ke sana.

Keperluan si kecil hampir lengkap, bagaimana dengan keperluan bersalin si ibu? Memikirkan keperluan sendiri agak pening juga, mahu yang bagaimana, adakah akan digunakan, hmmm.. tetapi ada yang sudah disediakan, cuma tinggal untuk dikemaskan dalam beg sahaja.

Minggu depan balik kampung sempena Raya AidilAdha. Sambil tu nak adakan solat hajat minta selamat ibu dan anak, semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kami nanti.


dR2R: Rasa-rasa macam baju anak belum cukup la abg sayang..

No comments:

Post a Comment