Tuesday, November 23, 2010

Keheningan Zulhijjah

Salam..Salam Zulhijjah.

Baru sekarang ingin diucapkan diingatkan kepada Zulhijjah? Setelah 16 hari ianya menghiasi alam. Bulan penuh telah lama kelihatan dan mungkin makin menghilang. Apa-apa pun, Zulhijjah tetap bulanku. bulan Islam kelahiranku. 11 Zulhijjah.

Raya Aidil Adha tahun ni, Alhamdulillah masih juga berkesempatan pulang ke kampung. Pagi hari raya sampai ke desa tercinta, ke rumah yang sentiasa dihati mengadap Bunda yang tersayang. Setelah hampir 10 jam perjalanan, menahan lenguh pinggang dan belakang, cuma sekejap menemani bual suami tercinta kerana tuntutan mata yang mahu lelap, paksaan badan yang kepenatan. Maafkanlah isterimu wahai suamiku..

Alhamdulillah, selamat juga di adakan majlis sembahyang hajat, memohon ke hadrat Illahi agar dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kemudahan kepada Ku untuk baki kehamilan ini dan semasa kelahiran nanti. Ribuan jutaan terima kasih kepada Bunda, dan seluruh ahli keluarga yang sama membantu. Alhamdulillah, walaupun tahap sakit belakang, pinggang, pinggul.. hmmm hampir semua anggota lah sungguh memeritkan, tapi itulah yang harus dilalui demi sebuah cinta.

Dan hari ini, pemeriksaan rutin minggu ke-32 atau 8 bulan. Alhamdulillah, Hb kembali normal, tekanan darah normal dan segala-galanya berkeadaan baik. Anak tersayang juga aktif meneroka kehidupan rahimnya. Semoga sayang sentiasa berkeadaan baik. InsyaAllah.

Tetapi dalam keadaan yang hampir kesemuanya baik, masih ada terselit kisah keluarga yang sedikit merisaukan fikiran, kesihatan abang tersayang kerap terganggu, mujurlah adik sedang bercuti semester, boleh menemani merungkaikan kerungsingan Bunda. Papa mentua juga meghadapi kesusahan, gara-gara mainan kuasa oleh bekas ketuanya di pejabat. Kenapa dan entah apa yang merasuknya sehingga sanggup mempersendanya orang lain sesuka hati. Semoga semua yang berlaku ini akan segera pulih dan kembali aman. Amin.



r2R: Sulitnya kehidupan andai kita tiada pedoman.

No comments:

Post a Comment