Friday, December 23, 2011

Cuti-Cuti-Cuti

Pertamanya, Selamat Datang kepada keluarga Mama dan Papa mentua. Walaupun terlewat kerana saya turut bercuti untuk meraikan kehadiran mereka, makanya tiada entry blog pada waktu yang setepatnya. Jadual harian sepanjang tempoh ini sudah semstinya penuh hingga ke malam.

Penat-penat juga, tetapi ianya berbaloi kerana bukan selalu kita berkumpul, berjalan dalam kumpulan seramai ini. Dan bagi anak manja kami, semesti beliau sangat seronok sebelum penat menghantui kerana dilayan oleh ramai dayang-dayang dan panglima yang bertamu.

Semoga ukhuwah dan jalinan kasih sayang yang dibentuk ini kekal berpanjang. Amin.

Tuesday, December 20, 2011

SBPA: Rezekiku Masih Disini

Saban hari orang bercerita dengan SBPA, dan kepada penjawat awam sudah pastinya kalian sedang berkira-kira untuk menanda borang opsyen masing-masing. Tempoh yang diberikan untuk membuat pilihan adalan sehingga 30 Disember ini.

Bagi saya yang baru pertama kali terjebak terlibat dalam pertukaran opsyen dan skim saraan perkhidmatan awam ini, ianya tidak lah begitu rumit ditambah pula dengan rezeki yang Allah dah tetapkan melalui penyelarasan gaji dan skim. Alhamdulillah. Dan semestinya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai soal ini.. Hmmm.. Apa-apa pun, pilihan di tangan masing-masing, kita masih ada masa untuk memikirkannya sehingga hujung bulan ini.


r2R: Besar periuk, besarlah keraknya.. ada kaitan ke? ngehngeh**..

Monday, December 19, 2011

Oh Anak: Tepuk Amai-amai

Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
Ajmal duduk diam
Mama upah susu..

Dan buat pertama kalinya dengan sesungguh hati bukan main-main, Ajmal gigit cik nenen. Sakitnya, MasyaAllah.. dan buat pertama kalinya, mama terjerit..Tapi tak pasti lah kuat ke tak tapi yang pastinya papa Ajmal yang sedang melayan TV di luar itu meluru masuk mententeramkan kedua-dua kesayangannya ini. Maafkan mama sayang sebab mengejutkan kamu dengan jeritan mama. Tapi mama tak menduga yang kamu akan menguji mama sejauh ini. Atau mungkin kamu marahkan hidung kamu yang tersumbat yang menyukarkan kamu untuk menyusu tapi cik nenen yang menjadi mangsa.

Untuk meredakan keadaan, kamu mengambil langkah bijak dengan melayan diri kamu dengan buku kesayangan kamu. Mama? semestinya mama juga begitu, dengan cara mama..


r2R: Syukur dengan nikmat yang Allah beri

Monday, December 12, 2011

Refresh.Renew

Rest when you're weary. Refresh and renew yourself, your body, your mind, your spirit. Then get back to work.

Ralph Marston

Friday, December 9, 2011

Mutiara: Dugaan Juga Suatu Rahmat

“Seorang ahli sufi pernah mengatakan ketika ujian hidup datang, jangan berdoa kepada Allah SWT supaya ujian itu cepat berlalu, tetapi berdoalah “Wahai Yang Maha Pencipta, berilah kekuatan kepadaku untuk melalui dan menghadapi ujian ini dengan tabah”.


Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami sudah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang terbaik.”
(Surah Al-Mukminun : Ayat 109)

Thursday, December 8, 2011

Diam, Berkata, Bertanya atau Menjawab

Diam Salah,
Berkata Salah,
Menjawab Lagi lah Salah kemudian
Bertanya..

Apa Salahnya..

Hipotesis masing-masing yang buat..

Kesimpulan= marah, sakit hati, malas layan.


Dan semestinya ada rasa BERSALAH



r2R: Entry SALAH..huwwaaaaa

Monday, December 5, 2011

Nilai Masa

Hari ni dah 9 Muharam, Esok Hari As-Syura, 10 Muharam.

cepatnya masa berlalu.. sekejap je sehari. Kadang-kadang tak sempat buat apa, kadang-kadang Alhamdulillah.. segalanya berlalu dengan kegembiraan.
Sekejap je masa lalu ditinggalkan dan yang pasti ianya tak akan kembali, tak mungkin berulang kecuali teladannya sahaja.

Sedih pulak bila bercakap tentang masa. Ya lah.. ada benda yang kita rancang, tapi tak mampu kita lakukan. Allah lebih Mengetahui. Semoga kita sentiasa mendahului masa.


r2R: Jangan kita ditinggalkan MASA

Thursday, December 1, 2011

Oh Mama: Jangan Bersedih

Kan bagus sekiranya Ajmal cakap yang kamu akan OK kat umah nenek aka Cik Nab. Tak nak nangis-nangis macam masa mama hantar tadi.

Ermmmm.. sedih mama. mama baru je kol nenek, dia cakap kamu tidur. lepas makan dan minum.. Tapi mama tetap risau, harap-harap kamu baik-baik ya sayang. Jangan nakal-nakal, main yang selamat-selamat aje. jaga diri baik-baik.

Semalam, hari last Ajmal kat rumah Ibu, susah mama nak cakap perasaan mama. Yelah selama Ajmal dengan Ibu, kamu baik-baik aje. Alhamdulillah. Ibu pun makin memahami kamu. Tapi itulah, bukan rezeki kamu untuk lama-lama dengan Ibu.




r2R:Pesanan mama sama aje tiap-tiap malam semasa tidurkan kamu. Hanya untuk Ajmal.

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Persefahaman Asas Perpaduan..

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

Semoga Kebaikan dan Kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Azam tahun baru?


r2R: Memperbaharui azam tahun lepas.. haha..

Tuesday, November 22, 2011

Kuning?

Hari ni Ajmal ada check up.. Ala timbang berat dan tinggi je.. Tapi kedua-dua ukuran tu dah kena kawasan kuning. Alahai anak mama, berat kamu naik 0.2kg je. Ibu cakap kamu makan banyak.. kat rumah pun makan banyak. cuma susu memang kamu kurang siang hari.. sangat-sangat kurang. Kamu sangat aktif, kuat berpeluh..

Kamu juga tak berapa nak meninggi.. ikut papa yer? hehe.. if ikut mama mesti tinggi (kadar tinggi perempuan)..ngehhnegeh.. atau pun ikut ayah Di kamu. panjang.. Tak pe nanti mama bagi kamu makan roti banyak-banyak, tapi yang fiber punye, bukan roti putih. Ok tak?

Tapikan hari ni, MasyaAllah, ramai nye orang. yang baby pun ramai.. dalam dua jam jugak baru sampai giliran. Apa taknya.. sampai-sampi tu kena tunggu, penat tunggu, pergi breakfast dulu, siap.. kena tunggu lagi.. anak-anak kecil pun dah ramai merengek, menangis kebosanan, kelaparan, mengantuk.. termasuk Ajmal kami. Tapi bila mama nak bagi susu, kamu sibuk nak tengok baby lain menyusu, sudahnya.. seteguk dua je yang membasah tekak kamu.

Ok sayang, ready for next injection.. usia kamu setahun.
Semoga kamu terus membesar dengan baik, sihat dan selamat.
Semoga menjadi anak yang soleh.

Monday, November 21, 2011

Cuti?.. Dah Mula?

Sekolah dah mula lengang, anak-anak sekolah dah mula cuti, Cuma tinggal pelajar yang menghadiri peperiksaan SPM dan yang bakal menduduki STPM. Jadi ada yang dah mula menuntut janji dari parents masing-masing. Mahu di bawa berjalan-jalan, dalam atau luar negara, taman tema air atau pulau-pulau yang indah.

Tapi bagaimana dengan mama Ajmal. tahun ni tak pergi holiday lagi. Holiday dalam erti kata yang sebenar. Kundasang? Bukit Tinggi? Cameron Highland? Langkawi? nanti Ajmal boleh jalan..

Tak pe, mama akan setia menanti untuk holiday yang agak jauh. Tapi yang dekat-dekat kita boleh selalu pergi dengan syarat, papa tak kerja dan tunai ada dalam wallet papa..hehe..

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Saya suka tarikh ni.

Hari ni genap usia permata hati kami 10 bulan.

Dalam usia yang sebegini, banyak perkara yang dia mampu lakukan, pelbagai bunyi yang dia hasilkan.

Istimewa buat Ajmal, mama menulis ni untuk tatapan kamu bila kamu besar nanti, bukan apa, mama takut mama terlupa. Jadi mama tulis supaya kamu tahu apa perkembangan kamu, hari ke hari bersama keluarga kita.

Sehingga hari ini, kamu masih menyusu dengan mama, walaupun dalam badan kamu dah ada susu formula agaknya dalam 0.6% je kot, memang sikit sebab kamu tak suka. Mama bagi masa kamu di NICU. Dan sehingga hari ini juga kamu lebih suka direct menyusu dengan mama. Dah macam-macam puting kami belikan, kamu tetap tak nak dengan botol. Agaknya dah beratus RM mama berhabis untuk puting kamu, apa taknya, dari semurah-murah hingga semahal-mahal kami dapatkan untuk kamu. Jawapannya sama. TAK NAK. Akhirnya mama relakan. Jadi kat rumah ibu kamu minum guna sudu atau picagari je. kekadang guna cawan. Hmmm.. cup feeding pun mama belikan untuk Ajmal. Sekarang mama sedang ajar kamu minum guna straw, kekadang kamu berjaya, kekadang tak. Tak pe, take your time baby.

Gigi kamu sekarang dah ada enam, empat atas dua bawah. tajam sangan gigit kamu, apa tak nya, hampir setiap hari kamu asah gigi kamu, ngilu mama dengar. hehe.. Kamu mula tumbuh gigi pada usia empat bulan, dua gigi bawah keluar berturutan selang semingu. Kemudian empat gigi atas juga tumbuh berturutan. Dengan gigi tu la semua orang kamu nak gigit, tapi yang paling banyak kena gigit mesti lah mama. Dulu mama mandikan kamu direct ke shower, jadi bahu mama jadi mangsa gigi kamu kalo kamu tak tahan sejuk. Pipi, dagu lengan mama jari sume kamu try. Papa selalu permainkan kamu supaya kamu gigit jari, haaa.. bila kena gigit tahu pun papa menjerit.

Satu lagi yang kamu buat mama terfikir banyak kali, ialah bila kamu gigit cik nenen. Sakit sangat sayang. Bila kamu geram me..mang kamu buat, tapi kamu pandai.. bila kamu gigit kamu tengok mama, renung mama, seolah-olah kamu nak cakap "Ajmal bergurau je, tak pa kan mama?", mama sakit tapi mama susah nak marah kamu. Kalau lah papa Ajmal boleh rasa?..hehe.. Barang mainan, kain segala yang ada dekat kamu, kamu akan gigit bila mana kamu terasa untuk berbuat demikian. Tapi mama risaukan gigi bawah kamu yang cantik tu bila kamu tarik kain yang kamu gigit.

Sekarang kamu belum cukup berani untuk melepas tangan dan melangkah sendiri, cuma sekadar berdiri beberapa saat then kamu duduk. Tak pe, sekurang-kurangnya kamu telah mencuba. Tapi kamu cukup berani berdiri, melangkah, bertatih sambil berpegang pada rak tv, rak buku dan segala benda yang kamu suka. Tapi mama cukup risau kalo kamu berpegang pada dinding atau pintu. Kamu nampak tak balance. Usshh..risau mama. Tak pe, Mama akan tunggu kamu berjalan sendiri dan seterusnya berlari. Semoga kamu berusaha yang terbaik.

Bab makan pula, kamu memang makan banyak. Tapi mama kena kejar kamu lah. Ikut je mana kamu main. Mama selalu juga minta papa suapkan dan mama sibukkan diri di dapur. Biarkan kamu dengan papa sendirian. Tapi kamu akan merangkak ke dapur mencari mama. Alahai anak mama.. Tapi bila papa kerja seharian, malam tak sempat main sebab kamu tidur awal papa balik lambat, tahu pulak kamu mencari bagaikan ada sesuatu yang tak kena, sekejap cari di bilik, sekejap bergerak ke dapur.

Panjang pulak entry mama kali ini. Mama tak kesah sebab mama suka bila bercerita tentang kamu.

Pada usia 10 bulan ni kamu makin banyak bersuara, tapi mama masih belum faham sebab bahasa kamu lain sikit. hehe... Mama suka kamu gelak, dan buat-buat gelak. Geli bile kena geletek. Papa lah yang suka sangat cium kamu kat perut sebab memang kami tahu kamu geli.

Tapi kamu masih perlukan cik nenen untuk pujuk kamu tidur. Aduuh.. ini yang buat mama risau. Bukan mama tak ajar kamu, tapi mama tak tahan bila dengar kamu menangis, menjerit mahukan gula-gula kamu. Sekali lagi mama kalah dengan kamu.

Sekarang kamu makin minat dengan air, mandi lama-lama dalam besen. Bila mama angkat bila kamu tak puas main, nescaya kamu akan menjerit. Jadi mama dh temukan formula supaya kamu cepat naik iaitu siram kamu dengan air sejuk. Jadi cepat-cepat kamu bangun pegang mama. Hehe.. mudahkan??

Banyak yang mama nak cerita tentang kamu.. lain kali mama sambung lagi.. Semoga kamu membesar dengan sihat dan selamat. Semoga menjadi anak yang soleh, yang meghormati orang lain. Amin.

Friday, November 18, 2011

Sketsa.. Haha..

Sebaik bertemu di dalam kereta.

Cik Adik: MasyaAllah Abang, saya baru teringat yang daging semalam tak letak balik dalam peti. (Dengan perasaan yang sangat kesal)
En Abang: Ye ke?
Cik Adik: Betul-betul lupa, sebab lepas masak tak kemas terus. Tambah pulak tidur awal.
En Abang: Tak pe lah. Nak wat camane. Abang pun silap juga tak cek sebelum masuk tidur. (Dengan nada memujuk)

Oh, indahnya dunia. Semoga terus kekal ke akhir hayat.


“Daripada menyalahkan kegelapan, lebih baik mencari lilin dan nyalakannya”

Thursday, November 17, 2011

Oh Anak: Menjelang Umur 10M

Kelmarin ntah mana datangnya idea dia, boleh dia intai bawah sofa cari foam ball ball yang dah pecah-pecah sebab kena gigit..tak nampak intai sambil duduk, dia meniarap.. then hulurkan tangan nak capai, tapi sayang tak sampai. Pandai sungguh anak mama..

Malam tadi pulak dia buat bunyi lidah... Mama suka. Suka sangat.

Berjalan sendiri belum lagi. Tapi kalau menolak walkernya, bukan main laju. risau kita dibuatnya. Tapi bila letak je dalam tu, bukan main menangis dia, tak nak duduk. Macam-macam benda kita sogokkan, duduklah sekejap. Tapi mata tak boleh lalailah, sebab sekarang dia dah boleh panjat bendaalah tu..

Tuesday, November 15, 2011

Sharing the Ilmu

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak bertambah degil dan nakal dan sukar di kawal

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala sekadar untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Monday, November 14, 2011

Detik Penentu

Assalamualaikum..

Hari ini, 14 November 2011.. bermulanya suatu tempoh masa yang bakal menentukan hala tuju setelah lebih kurang 11 tahun belajar. SPM 2011 telah bermula. Kepada semua pelajar yang memdudukan peperiksaan ini, semoga berjaya. buat yang terbaik yang termampu kamu lakukan. Best dedicated to mu beloved SIL, W.N. Emalina do your best. pray fo success.

Juga hampir dua minggu, masih mencari puan-puan/cik-cik yang sudi menjaga anak kesayangan kami. Harapnya bulan Disember nanti dia akan berada di tempat baru.

Duhai permata hati mama dan papa.. buat sementara ni kamu jaga diri baik-baik di rumah ibu ya.. Jangan nakal-nakal sangat. Jaga diri.

Friday, November 11, 2011

Mutiara: 11.11.11

Ketika Orang Lain Berhenti, Kita Mula Berjalan.
Ketika Orang Lain Berjalan, Kita Mula Berlari.
Apabila Orang Lain Berlari, Kita Sudah Sampai.
Apabila Orang Lain Sampai, Kita Berehat.
Semasa Orang Berehat, Kita Sudah Mula Berjalan Semula
"

"KITA SENTIASA SELANGKAH DI HADAPAN”





r2R: Tiada kena mengena dengan tajuk.huhu..

Thursday, November 3, 2011

Maduku

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah An-Nahl, ayat 68-69

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain;
Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)
(HR.Bukhari, Muslim)

Madu + Habatus Sauda
Gabungan dua penawar yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan al-Hadis

Sebenarnya dah lama mencari madu habatussauda ni, tapi semalam baru dapat beli. Ntah apa yang menghalang sebelum ni pun tak pasti. Tapi dengan izin Allah semalam dapat beli. Nak bagi Ajmal buat ubat batuk kahak dia tu, kesian Ajmal asyik la duk makan ubat hospital, tapi tak baik-baik juga. Semoga lepas ni, kahak dia berkurang dan batuk pun hilang...

Semoga dengan izin dan kekuasaan Allah, sesiapa yang meminumnya akan baik. Semoga yang terbaik akan kita perolehi.

Tuesday, November 1, 2011

Oh Anak: Bila Dia Tak Sihat

Sehingga hari ni, Ajmal mama masih batuk-batuk. Kahak. Nafas pun kekadang berbunyi. Cian anak mama. masih teruskan dengan ubat cairkan kahak. Harap-harap berkurang lah kahak. Setiap kali batuk memang kahaknya ada, tapi tak sempat mama nak jolok biarkan Ajmal muntah kahak tu, dia dah telan dulu. Jadi sampai sudahnya kahak tu ada. Nak tidur pun tak selesa.Nasib baik lah selsemanya dah kurang sikit.

Monday, October 31, 2011

Bila Anak Pandai Berfikir

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya fah...am kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!


Sumber: Ceciter Ilmu

Thursday, October 27, 2011

Batuk

Batuk.Batuk Batuk.

Alangkah bagusnya kalau ada ubat batuk yang sedap kat tekak ni. Tekak orang lain tak tahu lah.

Batuk mama dah pun menjangkiti Ajmal. Tidurnya sudah tak selesa kelmarin. Maafkan mama sayang. Kelekaan mama telah menyusahkan kamu.

Tuesday, October 25, 2011

Mutiara: Dia Sahabat Itu

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..



r2R: Buat sahabat yang pernah terkecil hati dengan apa jua yang berkaitan dengan diri ini..aku memohon keampunan darimu...maafkanlah diri ini.

Monday, October 24, 2011

Oh Anak: Melasak

Hujung minggu bermain di rumah, memberi dia ruang yang cukup untuk dia bereksperimen dalam usaha untuk 'membesarkan' diri. Semoga kamu terus membesar dengan sihat dan selamat.Amin.

Thursday, October 20, 2011

9 Bulan

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan


Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.


Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.


Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.


Menangani pemisahan
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.


Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.


Pemahaman bahasa
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan “tidak” tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.


Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.


Sumber: http://www.babycenter.com.my/

Wednesday, October 19, 2011

List dan Wish List Before 40s

Yang Pertama


Yang Kedua


Yang Keseterusnya




Kita Hanya Merancang, Allah yang Tentukan

Tuesday, October 18, 2011

Oh Anak: Indunya..

Akhirnya..

Mengalah juga mama. Mama mengaku mama rindu sama kamu.
Masa kamu ada, mama cakap mama kurang fokus kerja sebab jaga kamu.
Tapi bila kamu tiada dengan mama.. mama tetap kurang fokus..
Sebab..
ingatan mama pada kamu
Sebab..
mama asyik browse internet cari mainan untuk kamu
Sebab..
Dalam kepala mama membayangkan segala macam mengenai kamu.

Apa-apa pun mama doakan kamu baik-baik aja di rumah ibu.

Friday, October 14, 2011

Bila Anak Bersama ke Pejabat

Salam.

Hari kedua bawa Ajmal ke pejabat. Alhamdulillah, tak banyak sangat karenah cuma bila letak bawak sibuk nak panjat itu ini, merangkak sana ke mari, cuit itu ini, nak gigit segala benda yang dia jumpa. Bile letak atas meje kerja, apa lagi, PC jadi sasaran, panjatnya monitor tu, ditekannya keyboard tu tangan, lutut kaki segala.. huuhu.. Hehe.. tak banyak karenah ya??? Sendiri fahamlah, anak tengah aktif membesar.

Tapi paling seronok bila dia tidur lah, baru lah betul-betul boleh buat kerja.. juga menaip entry ini.. ampun ya bos, selingan. tak boleh fokus kerja, kepala sakit, perut meragam berombak semacam. Keracunan Makanan, agaknya panaskan makanan dalam peti lah tu. Kecian encik suami, teruk dia kena. Tapi dalam teruk pun pagi tadi dia yang jaga Ajmal. Kredit to Papa Ajmal and really thanks sebab beri peluang mama abiskan kerja yang tertangguh sedari semalam. Thank you Abang.

Ajmal terpaksa dibawa sama untuk bekerja sebab pengasuh dia cuti. Penat jugak fikir mana-mana cara untuk selesaikan hal ini. Nak transit kat Day Care, risau sebab dia susah minum susu, kalo dengan Ibu dia memang suruh paksa je, nak hantar rumah sedara-mara, sah-sah la memang tak ada. Sudahnya di sini lah Ajmal, dengan Mama dan Papa.


r2r; Penat jadi suri rumah atau penat bekerja di pejabat? Rasailah kedua-duanya wahai ibu dan ayah.

Tuesday, October 11, 2011

Mudah dan Senang

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN




Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Sunday, October 9, 2011

Happy Happy



Ya Allah, Ya Rabbi, Engkau perteguhkanlah kasih sayang Redzman dan Rohani, Engkau kurniakan lah kami rezeki yang luas, umur yang berkat, anak-anak yang soleh, kesihatan yang baik, hutang yang berbayar, rumah tangga yang bahagia dan ketenangan dunia dan akhirat. Amin..

Friday, October 7, 2011

Secebis Doa

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”

Wednesday, October 5, 2011

Lagi Pasal Bajet 2011

Petikan rencana Utusan Malaysia

..

Beliau juga berharap barang atau produk yang dikawal atau ditetapkan harganya dipantau rapi, bukan sahaja di peringkat runcit malahan di peringkat gerai.

Amir turut mencadangkan pemantauan atau kawalan terhadap kadar sewaan dilaksanakan agar penjimatan harga barang tidak diserap pula dengan kos sewa terlalu mahal. Belanjawan 2012 boleh dirosakkan jika kadar sewaan tidak dipantau langsung kerana akhirnya kos itu akan ditolak kepada pengguna melalui kenaikan harga barang yang dijual.

"Kerajaan boleh wujudkan kawalan kadar sewaan memandangkan ada pemaju dan pemilik kini bertindak mengenakan caj sewaan melampau sehinggakan peniaga sendiri tidak mampu membayar sewa," dakwanya
..


Nota: Amir dalam petikan di atas adalah pemerhati veteran hal ehwal ekonomi negara, Profesor Dr. Amir Baharuddin

Bajet ke Belanjawan??

Cerita pra-bajet 2012..hehe..

Bukan bajet negara mahupun bajet jabatan..
tapi bajet diri sendiri.
Mana Kredit, mana Debit, mana BAKInya.

Tak sampai setengah bulan, gaji bulanan dah separuh.
Tolak pinjaman PTPTN
Tolak KHAS buat BUNDA
Tolak untuk adik..kadang2
Tolak upah pengasuh.. berbagi dengan en Suami
Tolak insurans
Tolak pinjaman kereta..oooppss.. termasuk yang en Suami plak..

Jadi mana yang simpannya??
Adalah cikit2 masuk ASB

Hal-hal lain?
Makan, minum, pakai, hal sampingan..
ikut keperluan dan kewangan semasa..


Tak sabarnya nak dengar bajet 2012.. Harap ada la untuk kami. tak sikit, dapat banyak-banyak.
Naik Gaji, Naik Elaun, Dapat Bonus, Kurang Interest Pinjaman, Kurang Caj Perkhidmatan, Kurang Cukai..
Kurangkan mana-mana yang NEGATIF
Naikkan mana-mana yang POSITIF

Syukur Alhamdulillah.

Monday, October 3, 2011

Oktober Kembali Lagi

Alhamdulillah.

Kali ini Oktober kembali ketika kami sudah bertiga. Jika dua tahun yang lalu, pada hari ini, mungkin kami sedang sibuk dengan hal-hal penting untuk peristiwa maha penting. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha.. semuanya telah selamat. Jika tahun lalu, pada saat-saat begini, mungkin kami sedang berkira-kira untuk buat itu dan ini. Namun sedikit terbatas kerana sang puan sedang berbadan dua, manakala sang tuan sedang berfikir tentang masa depan. Alhamdulillah, semuanya juga berlalu dengan baik.

Bagaimana dengan tahun ini?Sekarang kami sudah bertiga, Papa, Mama dan Ajmal. Harap segalanya tetap baik dan berterusan baik.

Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kesalahan kami, kebodohankami segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui dari kami. Ya Allah! Ampunilah kami dan ibu bapa kami, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil. Ya Tuhan kami! Berilah kami suami isteri, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa. Ya Allah! Kami minta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat.

Friday, September 30, 2011

Kerana Dia

Salam Jumaat. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati.

Alhamdulillah, semua kembali baik-baik saja. Syukur atas segala pemberian Ilahi.

Alhamudulillah. Kembali aktif sepadan usianya lapan (8) bulan lebih. tapi beratnya baru 7.1 kg. Tapi tak apa. janji anak mama sihat dan cergas.

Gambar oleh Auntie Nora semasa Hari Terbuka PTM 10+ 28092011

Friday, September 23, 2011

Work for Baby because of Allah

Salam muhibah, Salam Syawal dan Salam Jumaat penghulu segala hari..

Hari ni kembali mengadap kerja.. ermmm mungkin juga tidak.. setelah 3 hari bercuti. Jaga Ajmal. Dia demam. Panas. Panas sangat. Badan dia mula panas sejak lewat petang Isnin. Malam tu mama Ajmal mula berjaga. setiap sejam bangun tengok suhu. Masya Allah, kekuasaan-Mu memang tidak boleh disangkal. Sepanjang tiga hari Ajmal demam banyak yang saya sepatutnya tidak boleh menolak hakikat. Apa yg Allah beri itula yang patut kita syukuri. Sesunguhnya Dia mengetehui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan Dia juga mengetahui sejauh mana dugaan itu mampu dipikul oleh hamba-Nya. Rindunya pada keletah Ajmal,rindu pada segala-gala yang Ajmal lakukan semasa dia sihat. Sedih, luluh hati bila hanya tengok baring, merengek kecil. Sedih sangat. Tapi Ahamdulillah, dia baik.

Dan perkara pertama yang dapat saya kutip: Syukurilah dengan apa yang anak kita mampu lakukan, jangan halang, jangan paksa kerana pada suatu masa kita akan merindui semua itu. Kedua:Kita kerja ni sebenarnya untuk anak. Ni ayat yang kami dengar semasa bawa Ajmal ke klinik untuk pemeriksaan bulanan dia. Ambillah cuti, jaga dia. Ya, memang. Semenjak ada Ajmal ni, kebanyakan yang terfikir adalah untuk dia. Makan minum pakai, cuti-cuti untuk dia

Monday, September 12, 2011

Nak Mama Jugak

Tak kira, nak Mama jugak, nak jugak, nak jugak...

Agaknya iutlah perkataan yang akan keluar dari mulut Ajmal sekiranya dia sudah boleh berkata-kata..

Main nak Mama, pakai baju nak mama, tidur nak Mama, makan nak mama..susu.. semestinya nak Mama.. Nak Papa cikit-cikit je?? bila Mama melarikan diri.. jauh dari mata dia, bila nampak je Mama, padahal elok je main, makan dengan Papa, terus .. Mama..

Haaa... sekarang kat rumah ibu pun nak mama.. Alahai Ajmal anak mama.. kamu kan pandai, Mama kena kerja sayang.. kamu tinggal dulu dengan ibu, petang habis kerja Mama semestinya akan jemput kamu.. Janganlah nangis. Sedih Mama nak tinggalkan kamu.

Adakah ini kerana dia sudah terbiasa bersama Mamanya sepanjang 2 minggu cuti raya?
Adakah ini kerana dia sudah sangat mengenali orang di seklilingnya? atau
dia semamangnya anak Mama..

Friday, September 9, 2011

Dedikasi buat Pengantin

Raya ini juga keluarga Mama dan Papa mentua makin berkembang. Seorang lagi ahli baru disambut meriah pada 6 Syawal. Adik Ipar kawen, Ahlamdulillah jarak perjalanan masih dalam daerah yang sama..

Selamat Pengatin Baru buat Redzaimie dan Ruzaini, semoga jodoh kamu berkekalan ke akhir hayat dan sentiasa di rahmati Allah.

Buat Ayah Di Ajmal, tanggungjawab kamu makin bertambah.. Kekalkan menjadi anak yang soleh buat Mama dan Papa, Abang yang prihatin buat adik-adik, Suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan Ayah yang penyayang buat anak-anak yang bakal dikurniakan Allah. Amin..

Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan. Amin.

Salam Aidil Fitri 2011

Salam Aidil Fitri

Aidil Fitri 2011 yang baru berlalu dan masih berjalan (bagi sesetengah orang la) agak berlainan. Dulu beraya berdua bersama suami tercinta, sekarang bertiga bersama anak yang meningkat usia.. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana dapat merasai nikmat ini. Cuma jadual raya tahun ini agak ... padat mungkin.. Juga suasana di rumah bunda yang juga berlainan, dengan abang tersayang terlantar di pembaringan, dengan kesihatan bunda yang kurang memuaskan juga kesihatan anak yang sedikit demam selsema.. segalanya perlukan penjagaan. Buat Adik, Kak dan Utih, jasamu menjaga abang Nor dan segala isi rumah amat aku hargai dan akan senantiasa di hargai.. Buat Bunda, Keprihatinan dan kesabaranmu akan menjadi azimatku..

Thursday, August 11, 2011

Cerita Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan darianak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Al-Fatihah buat Almarhum ayah tercinta. Mat Ali bin Mat Taib yang telah kembali ke Rahmatullah 2 hari sebelum Ramadhan 5 tahun yang lalu. Semoga ruhnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Amin.
Sesungguhnya pemergianmu adalah kehilangan bagiku. Engkau yang tiada ganti.

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 2011

Salam dan salam Ramadhan.

Dah sembilan hari kita berpuasa, tapi belum sempat bagi ucapan. Banyak benda yang berlaku, niat tak nak cuti sambut puasa tapi Allah yang menentu segala, balik juga ke kampung, melawat abang di ICU HUSM, dapat la bersahur sehari dan berbuka dalam perjalanan. Isnin dalam perjalanan dan Selasa kami cuti.

Minggu ni, Ajmal demam malam. badan, kepala panas. Siang hari Alhamdulillah baik. cuma batuk jelah yang mengganggu. kecian anak kecil mama. Kuatkan semangat mu sayang. Cuma satu yang mama kesalkan sangat, kerana kecuaian mama, kelekaan mama, kamu sakit. Maafkan Mama sayang. Semoga kamu tak apa-apa. Membesarlah dengan sihat dan selamat.

Hari ni hari kedua di MAMPU Cyberjaya. Errmmm... sungguh tak suka. sakit kepala. balik malam-malam penat sangat. bukan kerja guna tenaga pun, tapi tu lah, buat benda yang tak brape suka ni penat...huhu.. mujur dua hari je. well, next week pun ada lagi kerja cengini. Lepas ni NGIS plak... haha..huhu..

Tapi yang mengumbirakan hari ini. bonus raya untuk kakitangan kerajaan. Walaupun tak banyak, ianya tetap ada. Boleh beli baju Ajmal lagi.. tunggu Mama bawak balik baju baru yer..






Friday, July 29, 2011

Inilah Ceritanya

Salam Jumaat, semoga hari ini menutup minggu yang penuh cerita. Semoga Allah mengurniakan segala yang terbaik buat kita semua. Amin.

Bagaimanakan kumula, tiadakah kata-kata..hmmm..

Minggu ni bermula dengan kursus High Impact Presentation Skill, dua hari kat Empress Hotel Sepang. sepanjang 2 hari ni kami kene buat 4 presentation..hehe.. yang 1st cume intoduction je.. nama, position, jabatan, experience.. tapi bile kat depan tu... nak sebut nama sendiri pun dh menggigil, ape lagi nak present benda lain..huhu.. Sebab itu lah kita g kursus, untuk belajar macamane nak handle segala yang serupa itu, ketakutan, kebimbangan.. macam-macam lagi lah.. Seronok juga belajar benda baru ni.. harap2nya selepas ini saya akan lebih bersedia..

Tapi disebalik cerita ini, terselit juga berita duka. kesihatan Abang kesayangan kami sekeluarga makin merosot sehingga bantuan pernafasan diberikan. Ya Allah, Engkau lebih tahu apa yang baik bagi nya..



Tabahlah wahai Bunda, anakmu kini diuji kerana Allah menyayanginya, Redha lah kita di atas ketentuannya.

Thursday, July 21, 2011

Turning 6M

Alhamdulillah

Ajmal kini 6 bulan. Banyak yang telah beliau lalui dan pelajari dan masih belajar.
Duduk, Memanjat, Merangkak, Mengengsot, Mengigit dan segala yang anak-anak seusianya lalui. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat. Syukur pada Illahi juga kerana memberi keizinan kepada kami ibu bapanya melalui detik-detik indah ini bersama.

Friday, July 15, 2011

Tak Cukup atau Kurang Cukup

Salam Jumaat. Semoga kita semua dirahmati Ilahi..

Badan Letih, Otak Penat..Hmmm..
Nak kata kurang makan tak boleh,
Nak Kata tak cukup minum tak boleh,
Kurang cukup vitamin kah?
Tak cukup zat kah?
Yang pastinya kebelakangan ni, kepala kerap sakit, pening, nak pitam..
Kes tekanan darah rendah kah ini?..
Kurang zat kah badan ini..
Tertekan kah jiwa ini..
atau apa??

Duhai hati
Tabahlah..
Fokuskan fikiran..
Jangan lalai..
Kerana kamu sentiasa diperlukan..

Monday, July 11, 2011

Hujung Minggu yang mendebarkan

Alhamdulillah...

Kerisauan di hati sedikit terubat. Setelah hampir seminggu tidur waktu paginya terganggu, Ajmal boleh tidur lena pagi tadi. Semalam ke Wangsa Maju semta-mata untuk Ajmal. Sedut kahak. Ya Allah Kami bermohon Engkau berikan segala yang terbaik buat kami sekeluarga, kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat.

Tahniah buat hubby and his team kerana menjadi naib johan pertandingan Futsal Heitech. Dapat jugak habuan setelah sekian lama sekadar bermain main-main, bertanding.... (hehe... jangan marah, nanti kene makan bola jer...)

Home Loan pun dah kena mula bayar, sebab amik pinjaman islamik.. since bank dah disbursed, installment pun jalan la.. jadi lepas ni, harap berjimat lah sikit ya. Camana nak jimat ni... nak raya pulak ni.. hehe... (En Suami, sila sponsor ya...)

Tuesday, July 5, 2011

Sila beri laporan

Errmmm.. Kembali kepada rutin masa memula kerja dulu. Tiap-tiap hari buat dan hantar senarai tugas harian. Kalo dulu kami panggil DAR aka Daily Activities Report sekarang kita panggil Log Tugasan Harian hmmmm nak mudah ada yang panggil workload. Tak kesahlah apa kamu nak panggil pun, pada dasarnya sama. Apa yang kamu buat, kamu lapor.
Dan sepatutnya ada satu task dalam log itu yang menyatakan tugas mengemaskini log berkenaan. Makan masa tau nk mengisi benda ni, mau dikira lagi berapa minit, berapa jam... Hmmm... tapi itu lah arahannya. Kita buat lah selagi daya.

Yeeeaahhhh... La la kerja la.



r2R: Perlukah teruskan log tugas harian di rumah juga.. Ajmal tolong audit tugas mama dengan papa ya..

Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Lahir

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana


r2R: Selamat hari lahir buat Mama Wan Rohana Wan Ismail

Thursday, June 30, 2011

Isteri Dunia dan Akhirat

Isteri-isteri di Syurga

1. Jika seorang wanita meninggal sebelum sempat berkahwin dengan mana-mana lelaki maka Allah swt akan menikahkannya kelak di syurga dengan seorang lelaki dunia. Rasulullah saw telah bersabda " Tidaklah ada di syurga seorang bujang."(HR. Muslim).

2. Seorang wanita yang suaminya tidak masuk ke syurga, jika wanita itu adalah ahli syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum kahwin maka salah seorang dari merekalah yang akan menikahi wanita tersebut.

3. Seorang wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin dan dia termasuk sebagai ahli syurga, dia akan bersama suami yang menikahinya saat ditinggalkan.

4. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak lagi berkahwin lain, setelah dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.

5. Seorang wanita yang ditinggalkan suaminya terlebih dahulu kemudian dia berkahwin lagi, maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah berkahwin dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw,"Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir." dan perkataan Hudzaifah kepada isterinya,"Jika engkau mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah sepeninggalanku. Sesungguhnya seorang isteri di syurga adalah untuk suaminya yang terakhir di dunia. Kerana itu Allah swt mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk berkahwin lagi sepeninggalan beliau, kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga."

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj: 27 Rejab

Antara perbualan Allah swt dan Rasulullah saw.

Allah SWT : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Tuesday, June 28, 2011

Oh Papa: Ok tak?

Hehe..

Percubaan pertama buat Papa Ajmal.. Semalam Mama Ajmal balik lewat, hampir jam 9 malam baru sampai. Ini gara-gara bertugas di Parlimen. untuk kedua kali nya pada penggal ini.. Hmmm.. amik kau, skali dapat terus dapat dua. Haha..Sangat membosankan.. Kesian Ajmal, lambat jumpa mama. Kesian papa sebab kene handle Ajmal. Ngeege.. baru kejap je tu..Kesian mama jugak sebab hati tak keruan memikirkan anak mama yang mungkin menangis inginkan mama.. Haha, kan betul.. memang dia menangis..

Tapi alhamdulillah bila mama sampai rumah Ajmal ok je, pandai papa pujuk (kisses for papa), ajak tengak laptop.. elok je dia meniarap mengadap lappy tu.. Mama panggil pun tak hirau, senyum pun tidak, cuma mata je redup tenung mama. Marahkan mama lah tu, merajuk ya. Maafkan mama, bukan sengaja pulang lewat.. tugasan mama yang menentukan.. Tapi hari ni mama nak pujuk Ajmal. mama belikan puting susu baru.. harap lepas ni hisap susu elok2.. mama beli berus gigi.. kan Ajmal dah ada dua gigi.. so kena jaga mulai sekarang.

Upah papa Ajmal, semalam dh tolong orderkan piza, belanja separuh je..hehe.. kita kongsi-kongsi la. bayar sama-sama. makan sama-sama..hehe.. Papa Ajmal kene banyakkan lagi latihan, lepas ni tidurkan Ajmal pulak..


r2R: Harap-harap jangan la ada outstation dalam masa terdekat ni..

Friday, June 24, 2011

Mutiara Jumaat

Doa Memohon Ilmu Yang Bermanfaat, Rezeki Yang Baik dan Amalan Yang Diterima


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Maksud :“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”

(Dibaca setelah salam solat Subuh).( Sahih Ibn Majah)

Thursday, June 23, 2011

Oh Papa: Seni Memuji

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

4. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.

Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

5. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

6. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


Sumber: Mingguan Wanita

Monday, June 20, 2011

Turning 5ive

Pertama-tamanya Selamat Hari Bapa teristimewa buat Papa Ajmal yang menyambutnya buat pertama kali. mohon maaf juga kerana tidak sempat ntuk menyediakan apa-apa yang istimewa bagi pihak Ajmal. entah apa yang sibuk sangat tak tahu lah..Ok, itu untuk semalam..
Umur tiga bulan


Hari ni, Mama teman Ajmal kat rumah.. He not feeling well. Dan hari ni juga umurnya bertambah lagi. Ajmal is turning five dengan sebatang gigi yang makin panjang memutih. Berat? masih belum tahu.. esok baru ada appoinment untuk monthly check up. Semoga segala yang terbaik dikurniakan untuk Ajmal..Amin..

Friday, June 17, 2011

Mampukah Aku..

Hujung minggu yang bakal menjelang... mampukah aku hadapinya sekali lagi..

Senyum paksa, atau tawa ria.. harap dapatlah aku menguasainya..


"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Seseorang itu ialah kamu........"



~~~ PRIDE & JOY ~~~

Wednesday, June 15, 2011

Parlimen: Bekerja. Bersidang. Berbahas

Dalam penat-penat, kerja tetap kerja. Antara keinginan dengan kehendak, rela dan redha, kesemuanya haruslah tunaikan kewajipan. Itulah aturannya bila dah jadi pekerja. Makanya semalam, bertebaran anggota badan ini di Parlimen sebagai pegawai bertugas.
Seronok? Hmmm.. biasa-biasa je? Bosan? Errmmm.. agak bosan jugak, sebab boleh pulak terlelap..huhu..harap-harap cctv tu tak capture la gambar masa tidur tu.. At least bila org tanya pernah pergi Parlimen tak, tak de la kita rasa kosong sangat nak jawab kan..hehe.. Apa-apa pun.. yang penting pengalaman. Mendengar ahli dewan bertanya dan menjawab, membentang dan membahas sama macam kita-kita je. Yelah, selagi bergelar manusia.. macam ni lah jugak. cukup ciri-ciri sebagai manusia..baik buruknya semua ada.

Walau apa pun bekerjalah untuk rakyat, janganlah keterlaluan memikirkan fahaman politik sehingga meminggirkan kepentingan awam. Apa salahnya kita bersatu demi sebuah kemajuan. Siapalah kamu di mata masyarakat tanpa tangan-tangan yang memangkah itu, maka berbagilah rezeki kepada tangan-tangan itu.


r2R: Bertanya biar bernas, menjawab biar tepat.

Monday, June 13, 2011

Letihnya Badan.. Penatnya..


Bukan sebab Isnin, bukan juga sebab hujung minggu..


Agaknya badan dah tak kuat menerima tekanan.



Ya Allah, Engkau bantu lah hamba-Mu ini bangkit dari kelemahan. Kembalikanlah kekuatan yang pernah aku miliki sebelum ini. Bantulah hamba-Mu ini.


r2R: Sesungguhnya kamulah yang membuatkan mama terus bertahan.

Tuesday, June 7, 2011

Kita pun peminat bola jugak

Kelantan hampiri gelaran liga
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.

---------------------------------------------
Kelantan gah
Oleh Hamid Salleh, Rizar Mohd Nor dan Mohd Amin Jalil
2011/06/07

Atasi Terengganu kekal persada liga, Selangor kembali ceria baham Perlis

KELANTAN membuat satu langkahan besar ke arah memburu mahkota kejuaraan Liga Super dengan merakamkan kemenangan penting 3-0 ke atas pencabar terdekat, Terengganu di Stadium Sultan Ismail pada hari yang menyaksikan Selangor bangkit garang untuk berpesta gol membaham Perlis 7-1 di halaman sendiri, malam tadi



r2r: Kenapa ingin dirosakkan imej bola sepak pada ketika ia sedang meningkat naik. Apakah jenis manusia ini?? Timbang-timbangkan sebelum membuat keputusan...

Gatal Gusi Tumbuh Gigi

Alhamdulillah.. Masih lagi diizinkan Allah untuk menghirup udaraNya hari ini, masih diberi akal untuk menilai dan masih dikurniakan tenaga untuk berusaha. Syukur padamu Tuhan kerana masih menizinkan hamba-Mu ini bertapak di bumi-Mu, melihat, mendengar, merasa menggunakan anggota yang Engkau pinjamkan. Terima kasih.

Hasil kasih sayang mu juga Ya Allah, anak kecil kesayangan kami telah dikurniakan gigi dan telah memulakan operasi menyembur air liurnya dan semakin gemar untuk menggigit sesuatu. Agaknya sebab nak tumbuh gigi, gusinya gatal jadi air liurnya asyik menumpah je, suka sangat kemam/hisap bibirnya. Suka tengok kamu buat begitu. Dan saat yang paling mendamaikan juga bila tengak Ajmal tidur lena. Tenang, mengasyikkan. Nikmatnya menjadi ibu. Melihat dan merasai setiap proses tumbesaran anak. Seronoknya.





r2R: Syukur kepada Allah kerana kehidupan ini.

Thursday, June 2, 2011

Dari Adam Hawa Dicipta

Bismillahirahmanirahim..memulakan dengan lafaz suci.. moga sgala yang dibaca diberkati Allah.. Assalamualaikum wbt ..

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan ...cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

r2R: Betapa indahnya kejadian Allah.

Tuesday, May 31, 2011

Naik Lagi?

Hmmm.. Tarif elektrik naik. Walaupun sekadar 7%, mungkin ianya akan membebenkan pengguna sekiranya terdapat kenaikan susulan pada barangan lain ekoran kenaikan tarif berkenaan.. Siapalah kita untuk menidakkannya. Berharap, segala macam pengusaha tidak mengambil kesempatan itu.

Bil elektrik kami pun meningkat sekarang. Untuk kemudahan berjaga anak kecil, lampu tidur dinyalakan. Kalau dulu bukan tiap-tiap hari, tapi sekarang hari-hari.

Ok. cerita lain plak. Semalam kami ke Bangi (tidak termasuk Ajmal) untuk beli barang keperluan Ajmal. Huhu.. sekali masuk kedai keluar wang ratusan ringgit.. Padahal ada promosi, tapi untuk tag putih je, tag kuning dikecualikan. Tapi dalam kedai tu kebanyakannya tag kuning. Motif promosinya??? Sempat la grab mainan untuk Ajmal. Dengan harapan biar dia seronok dengan mainannya, dapat la kita biarkan dia sementara untuk buat kerja rumah. Kamu main baik-baik ya Ajmal sayang.


r2R: bila gaji kita nak naik ni??

Wednesday, May 25, 2011

Hari Ini

Ada imej je.

Ini..

dan ini..

Tuesday, May 24, 2011

Bintang Bintang



Empat bulan

20.05.2011 Alhamdulillah umur Ajmal telah menginjak ke angka empat. Empat bulan, merupakan suatu tempoh yang cukup indah. Mengisi hari-hari yang telah berlalu dengan pelbagai ilmu baru. suatu pembelajaran yang mengasyikkan. Meniarap, mendada, berpusing, mengekek.. semua yang setiap ibu nanti-nantikan. Itulah hadiah terindah dari Allah untuk Mama Ajmal. Dikurniakan anak yang sihat dan cerdas. Semoga Ajmal membesar menjadi anak yang soleh yang membahagiakan ibubapa yang berbakti kepada masyarakat.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat Bunda tersayang, tanpa kasih dan sayangmu, tiada lah aku seperti sekarang. Buat Mama tercinta, tanpa izinmu, tiada aku menjadi ibu seperti sekarang. Kepada kakak-kakak yang juga ibu-ibu kepada anak-anak saudaraku, jadilah kita sebagaimana bunda mengasuh kita. Kepada kawan-kawan yang bakal mejadi ibu, tabahkan lah hati dalam meniti perjalanan untuk memulakan status ibu. Sesungguhnya saat itu lah yang mengajar kita ert seorang ibu. Kepada semua warga ibu.. Selamat Hari Ibu.

Wednesday, May 4, 2011

Semua itu Ujian

Kenapa Allah jadikan kita kaya?
Kenapa Allah jadikan kita sihat?
Kenapa Allah jadikan kita senang?
Kenapa Allah berikan kita yang baik-baik?
Sebab Allah sayang pada kita.
Allah nak uji kita sama ada kita syukur pada dia atau pun tak

Kenapa Allah jadikan kita miskin?
Kenapa Allah jadikan kita sakit?
Kenapa Allah jadikan kita susah?
Sebab Allah sayang pada kita
Allah nak uji kita sama ada kita ingat pada dia atau pun tak

Sebab Dia mengetahui apa yang tersembunyi.
Dia yang memberi
Dia jugalah yang menariknya kembali.

Ya Allah, Kami bermohon kepada Mu, Engkau peliharalah kami di bawah payung rahmatMu Ya Allah. Engkau berilah perlindungan kepada kami dari tipu daya syaitan dan kejahatan manusia. Engkau berikan ketabahan kepada kami, Engkau tetapkanlah hati-hati kami kepada agamaMu. Engkau pereratkan hubungan kasih kami sekeluarga. Engkau berikan kesembuhan kepada Ismail bin Mat Ali.KepadaMu lah tempat kami meminta.

Wednesday, April 27, 2011

Catatan Semalam

Alhamdulillah..

Ajmal dah berumur tiga (3)bulan. 20.04.2011. Apa yang dia sudah pandai lakukan dan ingin diperlakukan?
1. Hisap kesemua jarinya sampai hampir muntah..huhu.
2. Memekik..
3. Dukung tegak, tidur di bahu/dada.. lenguh pinggang mama sayang oii
4. Meniarap..


Arkib peristiwa

20.04.2011, Rabu:
- Umur Ajmal tiga (3) bulan

21.04.2011, Khamis:
- Repeat ujian darah Ajmal di Hospital Putrajaya

22.04.2011, Jumaat:
- Ajmal bersama Mama
- Mama Ajmal cuti

23.04.2011, Sabtu:
- petang ke PD (Teluk Kemang)

24.04.2011, Ahad:
- Berehat di rumah

25.04.2011, Isnin:
- Canceled appoinment check up Ajmal 3 bulan, Papa Ajmal meting

26.04.2011, Selasa:
- Ajmal kene inject 3 bulan

Semoga Ajmal membesar dengan baik dan selamat. Semoga menjadi anak yang soleh.

Tuesday, April 12, 2011

Titipan buat semua


Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, sembuhkan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya.

Ya ALLAH ya Tuhan Kami
Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Amin. Amin.Amin.

Monday, April 11, 2011

Ajmal Harith


~Fresh from Mama [20.01.2011]~

~Umur saya 70hari~


~ Umur saya 81 hari barulah tak perlu pakai sarung tangan~

~ @ Alamanda dengan Papa dan Mama~

Wednesday, April 6, 2011

Hadiah terbaik buat Anak dan Mama

Apakah hadiah yang terbaik itu?
Jawapannya adalah SUSU IBU. Tiada susu yang lebih baik dari itu. Anugerah istimewa juga buat ibu.

Kebaikan kepada bayi
•Susu ibu akan menguatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yg disusukan jarang mendapat penyakit-penyakit jangkitan kuman contohnya pneumonia, cirit-birit dan sakit telinga.
•Mengurangkan risiko bayi terkena asma, kencing manis, kanser dan obesiti.
•Membantu pertumbuhan otak bayi dan membentuk perkembangan gigi, penglihatan, pertuturan dan kecerdikan bayi.
•Memberikan nutrisi yang terbaik untuk bayi.


Kebaikan kepada ibu
•Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.
•Mengecutkan rahim dengan cepat.
•Menurunkan berat badan.
•Menguatkan struktur tulang dan mengelakkan osteoporosis.
•Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
•Melambatkan proses menstruasi dan kesuburan. Ini akan menjarakkan kelahiran yang seterusnya.
•Mengeratkan hubungan ibu dan anak.
•Menjimatkan.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)


r2R: Anakku, kita berusahalah yang terbaik untuk kita kerana Mama perlukan kamu dan Kamu sudah tentunya inginkan Mama.

Thursday, March 31, 2011

Hari Pertama

Hari ini muncul juga akhirnya. Antara terima rela redha dan mesti. Maka jawapannya adalah Tekad Redha Tabah. huhu.. ape kena mengena ya. Hari ini, hari pertama meninggalkan Ajmal pada siang hari. Hari ni, hari pertama kembali bekerja selepas bersalin, selepas bergelar ibu.

Perasaan?
Sayu meninggalkan bayi kecilku dipangkuan pengasuhnya. Sayu melihat matanya merenung menghantarku dipintu rumah.

Mama kerja sayang, Ajmal tinggal baik-baik ngan Ibu. Semoga Ajmal dijaga dengan baik sebagaimana Mama menjaganya.

Ya Allah, Engkau mudahkanlah Ajmal untuk menyusu dan Engkau mudahkanlah penjagaannya, tidurnya dan bangunnya. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.

Thursday, March 24, 2011

Oh Mama: Tak Keruan Jiwa Sedih

Ya Allah, berikan kekuatan kepada Mama Ajmal supaya dapat meneruskan niat dan usahanya untuk menyusuan Ajmal dengan susunya dan berikannya kekuatan untuk memujuk Ajmal supaya menyusu menggunakan botol. Amin.

Ya Allah, sedihnya dah masuk hari ke-4 usaha keras untuk memujuk Ajmal kembali menyusu botol tidak berhasil. Sehingga saat ini, hari ini dia hanya menyusu 1oz sahaja itu pun setelah berlapar dan menangis teresak-esak. Tengahari terpaksa direct BF. Tak sanggup tengok dan dengar tangisan dia. Hubby balik lunch dan dia pun tak sanggup mendengar anak kecilnya menangis. Apalagi ibunya ini. Maafkan Mama sayang kerana terpaksa berkeras dan mematikan hati dan perasaan untuk beberapa ketika sebelum Paa pulang tadi.Mungkin kesilapanku kerana berhenti beberapa hari dari memberikan dia botol. Sebelum ini dia elok dan mudah menyusu EBM.

Ya Tuhan, bantulah hambaMu ini.

Tuesday, March 22, 2011

Oh Anak: Dua Bulan

Alhamdulillah.

Minggu dah cukup umur Ajmal 2 bulan. 20-3-2011 Ahad. Cukup dua bulan. Semalam pergi klinik untuk suntikan 2 bulan, suntikan heptitis B ke apa namanya. Tak menangis dia cume menjerit terkejut masa misi tarik jarum je. Bawak Mak aka nenek Ajmal dan Mak Kak aka makcik Ajmal skali ke klinik semalam. Pagi ni depa dah balik dah. Semuanya nak segera sebab Kak perlu balik untuk packing barang untuk kembali ke Mesir sambung belajar dia yang tergendala kejap.

Tak sempat berbloging dan blog walking. Tak pe, bak kata Kak Hanim, ini lah bunga-bunga kehidupan, anak kecik berjaga malam dan menangis mahu membesar. syukur kepada Allah kerana memberi daku peluang untuk merasai segalanya.

Friday, March 11, 2011

Makin Hampir

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu.

Pejam celik pejam celik dah 51 hari umur Ajmal. Tak sabar tunggu dia terus membesar. Minggu depan InsyaAllah minggu terakhir di kampung. Kami akan kembali ke Putrajaya dan InsyaAllah, Mama Ajmal akan mula kerja April selepas 70 hari cuti bersalin. Kenapa tak 60 hari? Sebab sikit sangat, kebetulan cuti sekolah agak lewat jadi kena lewatkan sikit la masuk kerja. nak ke rumah Mama mentua dulu, bagi adik-adik main ngan anak sedaranya ni. Nak main umah mak segan. Kalau macam tu kenapa tak je amik 90 hari terus? Haissh.. lama sangat la pulak 90 hari tu, karang lemau pulak nak keja.

Malam ni Papa Ajmal balik, esok pergi umah Mama mentua, sepanjang cuti skolah ni, Ajmal akan berada di sana.

Terima kasih tak terhingga buat Bunda tersayang kerana budimu siang dan malam menjaga kebajikan kami, sama-sama bersengkan mata melayan tdo dan jaga Ajmal, memujuk tangis Ajmal, menjaga, memasak makanan untuk Mama Ajmal. Terima kasih Mek.

Kalau sebelum ini hanya kutahu, betapa kini dapat kurasa, bukan mudah menjaga dan membesarkan anak, betapa banyk masa yang dilimpahkan untuk membentuk peribadi seseorang itu.


r2R: Anak-anak tu kain putih, kita lah yang mencorakkannya. Hidup berkasi sayang, sepanjang hayat akn dikenang.

Sunday, February 27, 2011

Oh Mama: Tiada Lagi Gusar

Alhamdulillah..

Hari ini kegembiraan berganda bermula sedari pagi lagi. Ajmal Harith sudah mahu menyusu botol. Walaupun hanya 1Oz setiap sesi, ianya adalah suatu yang memberangsangkan. Semalam langsung dia tidak menghisapnya. Mungkinkah sebab puting botol itu. Semalam guna puting lain, hari ini cuba yang lain. Susu tetap susu mama. Perah susu untuk bekal pagi 4Oz. Habis 2Oz untuk tempoh 4 jam pada permulaan pembelajaran sudah agak baik. Terima kasih anakku Ini untuk Ajmal juga, nanti Mama terpaksa tinggal kan Ajmal dengan pengasuh, jadi kena la belajar walaupun ini mungkin agak lewat. Telefon Papa Ajmal untuk berkongsi cerita. Thanks Sayang.

Lagi gembira hari ni sebab pam susu mama dah ‘pulih’. Hasil pembaikan Mak Kak Ajmal. Pam gagal berfungsi selepas kali permata Mama guna untuk pam susu dan hari ini ianya telah dibaikpulih selepas hamper sebulan Mama perah susu untuk stok menggunakan tangan. Sekarang tiada lagi kegusaran memikirkan cara untuk memerah susu bila kembali bekerja. Terima kasih Kak. Usahamu sangat kuhargai.

Hari ni juga minta tolong Utih (Utih balik semalam kejap nak jumpa Kak) dan Bunda asingkan pokok bunga ke dalam pasu kecil untuk dibawa balik ke Putrajaya. Nak bela bunga jugak lah, kat umah tu sekarang belum ada benda hidup kecuali semut lipas, cicak mungkin atau serangga kecil lain. Bunga yang dalam pasu air hari tu pun dah mati sebab kekeringan. Tuan balik bercuti, lupa nak tinggal bekal air. Bila Abang balik rumah, bunga dah mati kering.

Alhamdulillah. Esok hari ke-40. Mungkinkah ada yang akan berubah..


R2r: Semoga yang baik itu berterusan.

Wednesday, February 23, 2011

Masa yang menghimpit

Alhamdululillah..

Sebulan telah berlalu, usia permata hati tercinta juga bermakna telah lebih sebulan. Pembesaran yang berlalu di depan mata sangat cepat. Semoga Ajmal terus membesar dengan sihat dan selamat dan seterusnya menjadi anak yang soleh. Amin.

Juga bermakna lebih sebulan juga percutian, berpantangan di kampung. Huhu.. Orang kata bosan berpantang, bagiku ianya tidaklah membosankan sebab memang kesukaanku bila pulang bercuti pun (semasa anak Bunda masih bujang la) hanya berada di rumah (sekiranya tiada kepentingan untuk keluar). Nak kata berpantang erti kata orang lama tu tak de lah. Sekadar mana yang mampu je, berurut bertungku buat juga ckit, makan minum jaga juga la kecian anak sebab breast feedingkan..

Suami tercinta pun baru je kembali bekerja, balik jenguk anak selepas 2 minggu masuk kerja. Mungkin lagi 3 minggu Abang balik.

Pasal pindah rumah (entry lepas). Rasanya dah dapat keputusan. Kami tak nak pindah lah. Stay je kat rumah sekarang, tak pe la apartment pun. janji kami selesa rumah sekarang. Harap inilah keputusan yang terbaik untuk kami. Semoga Allah terus memberikan yang terbaik untuk kami.


d2D: Terlupa ada kerje yang telah terbengkalai. Mohon maaf kepada yang terlibat.

Wednesday, February 9, 2011

Perlukah?

Alhamdulillah..

Hari ni umur Ajmal Harith dh 21 hari. Cepat benar membesarnya, legannya dah berketul-ketul dan manjanya makin menjadi. Menangis, mengamuk kalau terlambat bagi susu. Bunda kata, anak kecil kuat menangis cepat membesarnya. Betullah tu, dada pun dh terbuka membidang sebab nangis. Haii anak mama. Semoga kamu cepat membesar dengan selamat dan dirahmati Allah.

Sekarang berpantang kat kampung, Papa Ajmal dah balik kerja. mungkin lagi dua minggu akan balik. Indunya, rasa sunyi je bila dia berjauhan. padahal masa kat kampung bukannye lekat kat rumah pun, tapi sekurang-kurangnya dia ada dekatkan.. (Aiihh.. pedih la plak mata ni.. masuk habuk.hukhukk.

Sebenarnya rasa hati ni masih berbelah bagi, pasal tawaran menduduki kuaters teres tu.. sayang sangt dh kat apartment Presint 5 tu, dah selesa duk situ, segala nya memuaskan, terutamanya ruang dapur. Selesa, menarik minat untuk memasak. Dah hampir sebulan tawaran ni, tapi sebab balik berpantang kat kampung, minta BPH extendkan tarikh surat tawaran tu, nanti minta encik suami ambilkan surat tu bile dah bersedia. Tapi itu lah, teres ni susah nak dapat,rumah kat bawah, parkir je kereta terus masuk rumah. Tapi yang ralatnya teres yang kami dapat di Presint 8 tu rumah lama, sempit betul parkirnya, 3 bilik hanya di tingkat atas, ruang dapur tak pasti la seluas mana sebab masa pergi survey hari tu rumah berkunci. Bunda, Mama dan Papa minta kami terima tawaran tu, begitu juga kebanyakan kawan-kawan. Buat suami tercinta, keputusan abang keputusan Sayang juga. Kerja kemas mengemas diserah kepada Abang lah.

Ya Allah, Engkau bantulah hambaMu ini membuat keputusan. Sesungguhnya segala yang terbaik hanya dari Mu.

Sunday, January 30, 2011

Pewaris perjuangan

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Syukur kepada Ilahi semuanya sudah selamat. Anak dan Mama sihat. Anak kian membesar, hari ke-11 kemunculannya di dunia, di harap terus membesar dengan sihat, selamat sentiasa di rahmati Allah.



Wednesday, January 19, 2011

Oh Mama: OK Tak OK

MasyaAllah, Maha Suci Allah..

Masih boleh lagi membuat entry untuk sekian kalinya. Syukur Ya Allah kerana masih diberi kesihatan.

Catatan hari ini:
Hari: Rabu
Aktiviti: Attend maternity check up + on duty + try to be complete LNPT
Status Jiwa: Bad Mood + letih + penat
Lain-lain: my EDD (40 weeks)
Nota: Kepada suami tercinta, maafkan isteri mu ini sekiranya kelemahanku ini mengacau fikiranmu. Buat Sayang Mama, sila berikan tanda-tanda kehadiran kamu di sisi Mama dan teruskan kecergasan kamu.

Catatan semalam:
Hari: Selasa
Aktiviti: Kerja + mesyuarat
Status Jiwa: Ok saja
Lain-lain: Panggilan makluman dari BPH mengenai tawaran menduduki kuaters jenis teres
Nota: Kepada mereka yang berada di sekelilingku, maaf dipohon atas ketidakpekaanku dalam apa jua yang membabitkan kalian. Kelupaan seringkali mengganggu.

Thursday, January 13, 2011

Oh Mama: Amalkan Selalu


Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.

------------------------------
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

-------------