Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Tahniah Harimau Malaya

Tahniah..tahniah..tahniah..

Akhirnya detik ini muncul. Selepas 14 tahun sejak penganjurannya Piala Suzuki AFF yang dahulunya Piala Tiger. Kita menang dengan agregat 4-2 walaupun tewas pada pusingan ke-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Apa yang pasti, kitalah yang terbaik. Teruskan memontum sebegini untuk tahun-tahun seterusnya.

Gambar dari Utusan Malaysia

Berkat sokongan seluruh rakyat Malaysia, hasil kerja keras pemain jurulatih, keberkesanan barisan kepimpinan akhirnya nama Malaysia tercatat juga dalam senarai juara. Tahniah semua. Dan kerana kalian jugalah kita akan BERCUTI esok. yeaayyyy...


R2R: Esok juga boleh la mulakan misi berjalan kaki di pagi hari cuti

Wednesday, December 29, 2010

Oh Mama: Tak Sabar

Salam.

Minggu ke-37, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Tak pe, bunda dan kakak-kakak pun masuk minggu ke-38 baru anak-anaknya mahu keluar. Harapnya sama juga bagiku, lagi awal lagi baik. kan Sayang? hehe..

Pagi tadi attend weekly check up. Ye la, weekly, kan dah masuk 9 bulan. Seminggu sekali dah la. Berat tak naik, malahan turun 300g. Alasan tak ambik breakfast lagi.. Logik lah kan.. Tak pe, janji mama dan anak sihat. Anak pun masih aktif bergerak, walaupun ruang makin menyempit. Menendang, menyiku, menumbuk segala macam ada. Alahai.. papanya sibuk main badminton kat court, dia kat dalam perut pun naik kaki tangan yer. Tak pe, sakit sikit tak pe, mama suka.janji anaka mama sihat dan cergas.

Hari ni beli bengkung, untuk kegunaan berpantang nanti. Ingat nak pinjam kakak punya, tapi tak pe lah beli sendiri. Barang-barang untuk berpantang sebenarnya tak beli pun lagi, kene beli ke? Ada lah survey harga dua tiga produk set bersalin tu.. tapi tak pasti nak beli ke tak. Ke nak guna yang bidan kampung je? Tungku batu pun ada lagi rasanya kat rumah, ke Bunda simpan kat mane?

Hasil bantuan pakcik google



R2R: Beli susu, beli pil kalsium, pergi scan tengok anak..

Thursday, December 23, 2010

Hujan Disember: Mengamit Memori

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Walaupun 2010 menghampiri penghujung, Disember telah melangkaui pertengahannya dan yang paling indah, insan tersayang bakal muncul dalam hidup kami, hujan yang turun di pagi hari, suasana mendung menyelubungi bumi pantas mengembalikan semua kenangan yang bertahun telah berlalu di kala hujan monsun tiba, sewaktu usia masih anak-anak remaja, sewaktu ayahanda tercinta masih ada. Indahnya..

Musim-musim tengkujuh macam ni, belakang umah saya akan banyak air, sebab kawasan rendah, kawasan bekas sawah, seingat saya kami pernah tanam beras merah (beras nasi dagang tu..)Tapi semenjak tak tanam padi sebab traktor tak larat nak naik bila dah turun bekerja makanya tanah tu jadi padang rumput. Arwah cek (panggilan untuk ayahanda) bela kerbau, lembu, biri-biri jadinya memang tak rugi la rumput-rumput tu kat situ kan..

Ok, back to story..
Bersama kakak, adik, anak-anak buah, kami tebang buluh dan buat rakit. Jangan kata anak dara tak pandai nak bertukang. Saya anak kampung, segala macam yang budak lelaki buat, kebanyakannya saya boleh buat. Bawak ke belakang rumah dan kami sama-sama ikat rakit, baiki kail buluh yang mana rosak then berkayuh atau buat baru. Pacakkan batang kail di kawasan berpotensi untuk mendapat hasil dan semestinya letak umpan, umpan cacing la.. cacing kami cari di kawasan rumpun pisang.. kawasan cengitu memang habitat cacing.

Baru nak buat ni


Yang dah siap


Kat belakang rumah jugak kebun getah dan ditepinya kawasan pokok sagu. Pernah tolong cek tebang pokok sagu (yang sebesar sepemeluk tu..), golek bawak balik rumah (takkan nak pikul kan, mana mampu), cek belah then bagi itik makan (dulu itik kami bela itik untuk telur makan sendiri). petang-petang kami kene parut sagu tu untuk makan malam itik. (parut tu diperbuat dari papan yang dipaku banyak-banyak). Ok, kat kawasan pokok sagu tu banyak jugak spesis ikan. Haruan, keli, puyu sepat dan paling best dapat beeluuuut beesaaar.

Setiap kali air banjir musim tengkujuh naik, adalah dalam seminggu baru surut balik (kalau hujan cepat reda la). Kan cuti sekolah, jadi selama itu lah kami akan berkayuh rakit,pacak kail, letakkan pukat jaring ikan, pagi tengahari petang akan turun tengok hasil, letak 'tukey' buluh untuk perangkap belut.menyiang segala ikan, belut yang tersangkut, berkubang ala-ala berenang (tapi sayang, kami adik beradik sampai sekarang pun tak pandai berenang.huhu...)berperang dengan lintah (lintah banyak sebab bela kerbau kan..)we named it lintah kerbau. besar, panjang, liat sungguh nak tarik buang kalo dah melekat kat badan. Tapi kail-kail dan pukat ni kene tengok kerap la sebab takut nanti hasil yang ada jadi habuan kura-kura pulak. Nanti ikan-ikan tu tinggal kepala je. Seronok sangat waktu tu, segala jenis masakn boleh dibuat, masak asam pedas la, ikan bakar la, belut bakar, masak lemak semua ada.

Sedaaapp..


Bukan macam sekarang, parents bawak anak-anak main banjir kat jalan raya dengan alasan kesian anak nak main, biarkan, biarkan anak-anak main sendiri-sendiri. Mana asal parit, mana pergi lopak , mana pintu air pun dah tak tahu sebab semuanya AIR. Banjir dua hari pun dah ada berita kematian lemas. Sayang, anak bangsa yang baru nak membangun sudah pergi sebelum sempat berbakti. Tinggallah keluarga yang mungkin meratap sedih dan kesal. Tapi apa daya, ketentuan sedah tertulis.

Kalo dulu tahun 90-an, sekolah bukak awalkan, pertengahan Disember tu dah bukak sesi baru, tapi masa tu hujan ada lagi kan. Jadi jalan depan rumah lecek la, berselut sebab dulu jalan masih tanah, pasir pun tak lekat sebab duit yang ada guna untuk benda yang lagi penting kan, sekarang dah elok la dari dulu. Jadi nak elak dari kasut kotor berpalut lumpur, kami sorong basikal tak pakai kasut sampai la ke rumah jiran yang dekat jalan utama tu, guna paip air dia, basuh kaki, baru la pakai kasut. Masih pakai kasut lama, tunggu musim hujan dah reda baru guna kasut baru. Sayang la kan, kami mana ada duit nak beli sampai dua pasang setahun kan. Duit bekal pun kadang ada kadang tak de, maklum la musim hujan, camana nak cari duit kan, Mak Ayah kami bukan tokei kedai, tokei umah sewa kan.. Syukur setakat mana yang ada, janji boleh isi perut kat umah dan cari ilmu di sekolah. Ke sekolah pakai la baju hujan kecik, nipis tu, yang macam-macam warna tu. Sedikit pun tak terasa terkilan tengok orang lain pergi sekolah dihantar parents berkereta, bermotosikal sebab kami tahu tahap kami di mana.

Banyak kenangan, terlalu banyak untuk diceritakan. Ini baru cerita musim cuti musim hujan, belum lagi cerita hujung minggu, petang lepas sekolah, cerita cuti penggal. Tak pe lah, mungkin lain kali sekiranya berkesempatan.

R2R: Panjang pulak entry kali ni. Kenang semuanya.

Monday, December 20, 2010

Finaly Akhirnya..

Assalamualaikum dan salam ceria. Salam pembuka.

Di pejabat dan akan bekerja hinggan sampai waktunya kita diminta berehat. Ingatkan semalam. Rupanya belum.hehe.. Sabar ye sayang mama.. Mama?? ya Sayang, Papa nak Mama jugak. Jadilah Mama.. Tapi tak salahkan kalo ada dua tiga gelaran mak? hehe.. Kuat betul anak mama bekerja ye? ruang makin sempit ye? Tak lena tidur mama, maklumlah jadual tidur kita tak sama. Kamu tidur masa mama bekerja, berehat. Baguslah tu. Tapi bila waktu mama tidur, kamu pulak yang jaga. Sabar ye sayang, beberapa hari je lagi. Nanti boleh la kita sama-sama lena dan sama-sama jaga.

Apa yang akhirnya pulak? Selepas 14 tahun Malaysia akhirnya layak ke peringkat akhir Piala Suzuki, piala kemasyahuran Asia Tenggara selepas mengalahkan Vietnam dengan agregat 2-0. Permainan yang lebih kepada taktikal pertahanan di tempat lawan, kerja keras semua pemain, sokongan peminat dan sesungguhnya itulah kurniaan Allah kalo kita berusaha dan rezeki milik kita. Alhamdulillah dan tahniah buat semua.

Friday, December 17, 2010

Oh Anak: Tabung ke universiti

Sekadar gambar..



R2R: Cerita kemudian

Saya Sokong

Petikan dari Berita Harian: 17 Disember 2010

Henti guna mainan pikat pembeli
Oleh Mohd Zaky Zainuddin

2010/12/17
FOMCA gesa kerajaan gubal akta kawal promosi restoran makanan segera

KUALA LUMPUR: Negara ini tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengambil tindakan ke atas syarikat makanan segera yang menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan bagi menarik pembeli terutama kanak-kanak.

Laporan agensi berita asing AFP semalam, dua anak di California, Amerika Syarikat menyaman sebuah syarikat makanan segera terkenal yang didakwa menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan kanak-kanak.


R2R: Bermain lebih kenyang daripada makan???

Thursday, December 9, 2010

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.

Waluapun dah masuk hari ke-3, itu tak bermakna kita lewat, asalkan penghayatan tetap ada. Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua. Tema sambutan tahun ni, 1 Malaysia, 1 Ummah dengan harapan agar seluruh umat Malaysia bersatu, berpadu menjadi sebuah ummah yang berjaya.

Semalam pagi ke klinik untuk check up dan petang ada mesyuarat. Agak penat, tapi tak pe, sikit je lagi. Ibu sabar, sayang sabar. Sama-sama bersabar. Semoga kedatangan tahun baru ini, kehidupan kita akan lebih bermakna.

Wednesday, December 1, 2010

1 Disember dan 8 bulan

Wahwahwah... Assalamualaikum.

Disember dah kita. Kejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik duduk bangun dah penghujung tahun. Sedih kah kita? Gembira kah kita sepanjang tahun ni? Apa yang pasti, suka duka saling berganti. Sebuah pengalaman yang tentunya banyak mengajar cara untuk menjalani kehidupan mendatang.

Minggu ni dah masuk minggu ke 33 kandunganku. 8 bulan yang dilalui penuh makna. Sekarang dia makin aktif, kicking and knocking perut ibu dia. Maklumlah, badannya makin membesar, tapi ruang lebih kurang je. Sabar ye sayang. Tak lama dah pun.

Semalam mengemas kain baju ibu dan anak, sediakan selengkapnya untuk kemudahan nanti. Mana tahukan, tetiba rasa kontraksi nak bersalin tak kan la baru nak mengemaskan.. Ikut senarai yang di cari-cari kat web/blog macam sikit, tapi bila dah kumpul, mak aiihh.. kalah baju nak balik kampung. Benarkan itu? huhu..

Apa-apa pun berbanyak terima kasih kepada sesapa yang berkongsi maklumat mengenai kehamilan, kelahiran dan pelbagai persediaan yang berkaitan dalam blog, web atau mana-mana saja ruang yang anda hantarkan. Terima kasih, sesungguhnya ianya cukup bermanfaat kepada seluruh pengguna internet yang memerlukannya.


R2R: Rasanya baju anak ni tak cukup lagi...

Monday, November 29, 2010

Isnin selepas hujung minggu??

Salam.

Isnin yang sangat baik dan indah.. hehe.. Ye ke? Betul, hari rasa tak macam hari isnin yang biasa, kenapa agaknya. Mungkin semangat yang bertiup agak baik dengan karenah anak kecil yang kian hadir ke sisi. tak sabarnye menunggu kamu duhai pahlawanku.

Hari sabtu, kami ke Mid Valley. Hajat utama nak ke Baby, Children and Parents Expo. Sampi di Mid Valley rasanya dah pukul 12, Alhamdulillah, mudah je jumpa parking, dekat pulak dengan pintu, tapi pintu Jusco la. Tak kesah lah janji pintu yang baik kan. Terus ke ke tingkat atas menuju ke tempat ekspo. Berduyun-duyun orang ke keluar masuk. Yang keluar sudah semestinya dengan barang. Yang menariknya ramai orang keluar dengan kotak pampers mami poko. Murah barangkali. Kami tak beli sebab tak pasti sesuai ke tak dengan anak nanti kan.

Pusing cari cloth diapers, jumpa booth Lunatots terus beli. 3 pasang jelah dulu. Beli barang keperluan ibu menyusu sebab nekad dan bercita-cita nak menyusu anak secara ekslusif, semoga dipermudahkan oleh Allah. Bincang-bincang dengan encik suami tersayang dan buat keputusan beli jelah terus stroller nanti dah tak perlu mencari-cari lagi. Habis la RM$$$ tapi kalo campur dengan belanja makan RM$$$$ jugak la. Tak pe, demi kamu duhai anakku sayang, kami akan buat yang terbaik. Puas hati.

Perjalanan balik ke rumah yang agak panjang, berpusing-pusing. Maklumlah kawasan Pantai Dalam bukan kawasan kami, tersilap masuk maka tol lah jawabnya. Mid Valley ke Putrajaya melalui Kerinchi Link, ke Pusat Bandar Damansara - Bangsar - entah mana-mana - silap lagi - Pudu - ikut je lah. Huhu.. Nasib baik sempat keluar dari pusat kesesakan sebelum hujan. Alhamdulillah.

Sempat rembat 4 biji bantal yang dilelong tepi jalan dekat gerai depan UNITEN, RM10 untuk 2 biji.

Hari ini? Kerjakan CD-CD data, masukkan ke dalam rak (Kak Hanim, thanks bcause borrowed me your hand, lengkapkan inventori sedaya mungkin. Semoga tiada yang tercicir menjelang cuti panjangku dan tahun baru.



R2R: Banyak berjalan, senaman yang baik untuk ibu.. ahakss

Friday, November 26, 2010

Jumaat Doh??

Salam Jumaat, Salam Mesra

Penghulu segala hari, hari penutup minggu kerja sektor awam di kebanyakan negeri.. Hari yang mempunyai seribu satu rahsia dan juga hari permulaan sekiranya ada acara yang berlangsung sepanjang hujung minggu.

Mula merancang dan mencongak waktu, berhitung kira untuk mengisi jadual hari minggu.. hari inilah permulaannya.

Tapi hari ini, di sini, pada waktu ini.. barulah empunya diri boleh berehat melayan internet, sepagian meminjamkan telinga dan seluruh anggota menghadiri majlis perkongsian ilmu, antara wajib hadir dan kesudian sendiri untuk menambah ilmu maka pagi Jumaat ini, kita beroleh kelebihan duduk di majlis ilmu.

Bagaimana dengan esok? Sudah tentu berisi. Perancangan sudah dilakukan cuma tunggu perlaksanaannya sahaja. Diharap jadual encik suami juga kosong dari tugasan rasmi. Kami bercadang ke Mom & Baby Fair di Mid Valley esok. Mencukupkan mana-mana barang keperluan yang masih kurang. Harap-harap dapatlah ketemu apa yang dihajati di sana.



Hari juga bermulanya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010)di Serdang. pameran berakhir 5 Disember 2010. Lama lagi tu. Kepada sesiapa yang berkelapangan, silah ke sana, Khabarnya banyak yang menaraik ada di sana.


dR2R: Adakah daku punya kudrat untuk ke sana? Kita cuba aje lah Abang ye..

Tuesday, November 23, 2010

Keheningan Zulhijjah

Salam..Salam Zulhijjah.

Baru sekarang ingin diucapkan diingatkan kepada Zulhijjah? Setelah 16 hari ianya menghiasi alam. Bulan penuh telah lama kelihatan dan mungkin makin menghilang. Apa-apa pun, Zulhijjah tetap bulanku. bulan Islam kelahiranku. 11 Zulhijjah.

Raya Aidil Adha tahun ni, Alhamdulillah masih juga berkesempatan pulang ke kampung. Pagi hari raya sampai ke desa tercinta, ke rumah yang sentiasa dihati mengadap Bunda yang tersayang. Setelah hampir 10 jam perjalanan, menahan lenguh pinggang dan belakang, cuma sekejap menemani bual suami tercinta kerana tuntutan mata yang mahu lelap, paksaan badan yang kepenatan. Maafkanlah isterimu wahai suamiku..

Alhamdulillah, selamat juga di adakan majlis sembahyang hajat, memohon ke hadrat Illahi agar dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kemudahan kepada Ku untuk baki kehamilan ini dan semasa kelahiran nanti. Ribuan jutaan terima kasih kepada Bunda, dan seluruh ahli keluarga yang sama membantu. Alhamdulillah, walaupun tahap sakit belakang, pinggang, pinggul.. hmmm hampir semua anggota lah sungguh memeritkan, tapi itulah yang harus dilalui demi sebuah cinta.

Dan hari ini, pemeriksaan rutin minggu ke-32 atau 8 bulan. Alhamdulillah, Hb kembali normal, tekanan darah normal dan segala-galanya berkeadaan baik. Anak tersayang juga aktif meneroka kehidupan rahimnya. Semoga sayang sentiasa berkeadaan baik. InsyaAllah.

Tetapi dalam keadaan yang hampir kesemuanya baik, masih ada terselit kisah keluarga yang sedikit merisaukan fikiran, kesihatan abang tersayang kerap terganggu, mujurlah adik sedang bercuti semester, boleh menemani merungkaikan kerungsingan Bunda. Papa mentua juga meghadapi kesusahan, gara-gara mainan kuasa oleh bekas ketuanya di pejabat. Kenapa dan entah apa yang merasuknya sehingga sanggup mempersendanya orang lain sesuka hati. Semoga semua yang berlaku ini akan segera pulih dan kembali aman. Amin.



r2R: Sulitnya kehidupan andai kita tiada pedoman.

Wednesday, November 10, 2010

Darah masih merah..

Assalamualaikum..

Bacaan Hb hari ni turun di bawah paras normal. 10.6. Sangat tidak bagus pada perkiraan kesihatan saya. Keletihan dapat dirasai kebelakangan ni, terasa nak pitam sekiranya menundukkan kepala. Owhh.. rupa-rupanya inilah dia penyebabnya. Tetapi rasanya memakan pil vitamin masih lagi menjadi rutin, vit. c, tablet zat besi, acid folic mesti makan punyer..

Mungkinkah kurang sayur hijau? Tapi setiap kali memasak dirumah sayur hijau tidak dilupakan. Kangkong, bayam bergilir-gilir. Kerang? jarang-jarang menjadi santapan, hati ayam? amatlah kurang, hati lembu? memang tinggal terus sejak lepas sekolah termasuk organ dalam yang lain. Kenapa? Rujuk panduan pemakanan Rasulullah (ada yang diikuti, ada yang xdapat untuk dipenuhi). Tetapi agak susah nak tinggalkan hati ayam, cume kekerapan mengambilnya amatlah jarang.




Jangan risau sayang mama, mama akan usahakan yang terbaik untuk kita.


dR2R: Jaga makan minum, InsyaAllah yang lain boleh dijaga.

Tuesday, November 9, 2010

Anakku Sayang..

Assalamualaikum. salam ceria..

Minggu masuk minggu ke-30, masih lagi bermain dan berkira-kira untuk mengetahui jantina sayang ibu. Tapi baju sudah dibeli unutk beberapa pasang. Bermacam warna mengikut citarasa kedua ibu dan papanya. Sekiranya ditakdirkan Allah, untuk mengandungkan kedua insan kecil, lelaki dan perempuan.. alangkah bahagianya. Sekali kandung, terus beroleh sepasang. Ada biru, ada merah jambu.

Keperluan asas untuk menyambut si kecil kebanyakannya telah dipersiapkan, mungkin akan ada penambahan dari masa ke semasa mengikut kudrat ibu. Yang sudah dibeli telah dibasuh, tunggu untuk diasingkan ke dalam beg (dibawa ke hospital) dan disimpan.Tunggu lepas raya haji ada mom and baby fair. InsyaAllah, andai waktu itu diizinkan-Nya, akan sampailah kami ke sana.

Keperluan si kecil hampir lengkap, bagaimana dengan keperluan bersalin si ibu? Memikirkan keperluan sendiri agak pening juga, mahu yang bagaimana, adakah akan digunakan, hmmm.. tetapi ada yang sudah disediakan, cuma tinggal untuk dikemaskan dalam beg sahaja.

Minggu depan balik kampung sempena Raya AidilAdha. Sambil tu nak adakan solat hajat minta selamat ibu dan anak, semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kami nanti.


dR2R: Rasa-rasa macam baju anak belum cukup la abg sayang..

Monday, November 1, 2010

Kitalah Juara

Assalamualaikum dan salam ceria..

Huhu.. isnin yang menjelmakan seribu hakikat. Setelah dua hari bermalas-malasan pada hujung minggu, peluang untuk merehatkan segala lenguh-lenguh badan tercapai sebaiknya.

Alhamdulillah juga kerana kurniaan Allah kerana setelah berhempas pulas akhirnya kita Juara.. Kita? Kitalah juara.. Pasukan bola sepak Kelantan akhirnya menemui kejayaan setelah tahun lepas kita terlepas peluang yang sama kepada pasukan yang sama di tempat yang sama. Akhirnya tahun ini, sejarah telah mencatatkan Kelantan sebagai pasukan ke-14 dalam senarai juara Piala Malaysia atau sebelum ini Piala HMS Malaya. Tahniah tahniah tahniah kepada kepada keseluruhan pihak yang membangunkan pasukan dan semua yang terlibat dengan kejuaraan ini. Pemain, jurulatih, pihak pengurusan dan penyokong The Red Warroirs. Tahniah.




walaupun lambat masuk ke entry, tetapi suara-suara dan semangat kejuaraan masih lagi kuat. Apa-apa pun teruskan dengan apa yang terbaik untuk kejuaraan masa depan.



desireR: Tetapi semalam aku gagal..

Wednesday, October 27, 2010

Ku mencari..

Salam..

Mungkin agak lama seminggu itu bagi sesetengah orang, dan bagi sestengah yang lain, bertahun itu terlalu cepat. Walau apa pun pandangan dan penilaian, ianya terpulang kepada individu, soal lama atau cepatnya masa berlalu ia bergantung kepada pengisian yang anda lakukan setiap detik yang berlalu itu. Aihhh... bercakap soal masa plak ye??

Sama jugak dengan diri saya, kekadang masa itu cepat berlalu, kekadangnya terlalu lama untuk menghabiskan tempoh 12jam. Kenapa lama? dan kenapa pula cepat? Jawapannya ada..

Ok. Sekarang sudah 7 bulan, dan dalam perhitungan, sudah tiba masanya untuk mencari barang-barang keperluan bayi dan juga ibu. Bukan mencari sebenarnya tetapi membeli sebab kalo mencari, memang sebelum ni pun ada mencari dan mencari tetapi tidak membeli. Mungkin hujung minggu ini. Itu baru keperluan bayi dan ibu, encik suami sedang berhitung kira untuk melihat jantina bayinya, ada juga membaca forum dan buat carian, tetapi masih belum ketemu tempat yang sesuai, dan yang paling mudah mungkin akan ke Hospital Az-Zahra, dekat tapi terlalu lama mengunggu giliran. itu yang membuatkan keputusan sukar dicapai. Mungkin orang akan cakap cerewet sangat. Tapi saya tidak suka 'bermain' dengan masa. Penat.

Satu lagi, mencari bank yang sesuai untuk membuat pinjaman juga agak sulit. Mana mahu dibandingkan islamik/konvensional, BLR, MRTT/MRTA, kos/duti yang dikenakan, tempoh pinjaman.. sign S&P dulu ke cari banker dulu..pening kejap, tak sempat nak berfikir.. nak beli ke tak nak sebenarnya? Jawapannya sudah tertulis dalam booking agreement. Ya, beli je. Aset. makin lama makin mahal. Soal masa depan? siapa tahu, kita merancang apa yang terbaik dan doakan juga yang bakal berlaku itu adalah yang terbaik. Amin.

Tuesday, October 19, 2010

A Year: a beautiful world i've shared with you

Salam.

Sebulan yang berlalu tanpa sebarang entry baru. Ntah kenapa sebabnya, tak dapat untuk dipastikan. Walau apa pun, segalanya baik-baik saja.

Sekarang Oktober 2010, bulan ulang tahun, juga penghujung trimester ke-2 dan bakal malalui trimester ketiga pregnancy kali ini. Masih belum menyediakan apa-apa barang keperluan untuk kelahiran cuma sekadar perkuatkan diri sahaja. Semoga menjadi yang terindah dalam memoir hidup.

Baru balik bercuti, baru juga mendapat suntikan ATT.. penat sebab bercuti/berjalan, lenguh sebab suntikan alhamdulillah beransur hilang. Alhamdulillah.

Bajet 2011 juga sudah dibentang. Alhamdulillah, ibu-ibu kakitangan kerajaan ada fleksibiliti untuk memilih cuti bersalin sehingga tidak lebih 90hari untuk 300 hari cuti yang dibekalkan. Juga sumbangan belanja untuk persediaan persekolahan anak, walaupun tidak mendapat sebulan gaji apatah dua bulan gaji, sekurang-kurangnya rezeki tetap ada kan. Jadi terimalah yang sedikit itu daripada langsung tiada apa-apa.

Friday, September 17, 2010

Kembalinya Kita..

Assalamualiakum dan Salam Aidilfitri..

Harap semua baik-baik aja ye.. raya, raya jugak, makan,makan jugak tapi kesihatan kena jaga sebab segalanya bermula dari apa yang kita ambil, rasa, makan.

kembali bekerja, kembali bersekolah setelah lebih seminggu berhari raya. Kumpul duit raya, kumpul 'lemak'..huhu.. dan kembalinya juga seorang ahli perniagaan kosmetik, Datuk Sosilawati, pergi mengadap Penciptanya pada suasana syahdu Ramadhan dengan cara yang penuh tragik. Masya Allah, dicipta-Nya manusia yang baik-baik dan diselitkan juga manusia yang berhati kejam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan tiga yang lain. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah.

Semoga kita semua mengambil iktibar dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

Kepada pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki ujian penilaian minggu depan, semoga berjaya diucapkan. Buat yang terbaik untuk diri anda.

r2R: nak buat rumah terbuka, menu belum ada..

Wednesday, September 1, 2010

Sebarang perubahan??

Salam.

Hari ni hari pertama bulan kesembilan tahun 2010.. tak banyak yang berubah (mungkin) walaupun sudah masuk penggal ke-3 tahun ini.

Isu-isu semasa lebih kurang sama, berkurang, bertambah dan berulang-ulang. Saban hari, saban malam berita yang sama. cuma motif dan modus operandinye sahaja yang mugkin berbeza. Buang bayi, buang anak, buang ibu bapa, nikah cerai, maksiat,

Hari ni biskut-biskut raya yang ditempah, diterima. masih ada lagi yang belum diterima.huhu.. Hari terakhir sebelum bercuti raya Jumaat ni. harap depa bawa lah paling lewat Jumaat, hmm kalo tidak.. memang tak lah.

dR2R: bukak puasa kat umah akak hari ni.

Monday, August 30, 2010

Selamat hari Merdeka Malaysia

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia.


Walaupun negara kita mengalami pelbagai cabaran dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai halangan pembangunan dan kemajuan ke arah perpaduan, kita masih bersyukur kerana keadaan masih lagi dalam kawalan keamanan.

Dalam usaha kita untuk memaju dan memantapkan perpaduan antara kaum dan penduduk Malaysia,setelah lebih setengah abad kita hidup bersama, dalam pada itulah wujudnya unsur hasutan dan golongan pemusnah yang mengambil peluang pada isu-isu yang tidak sepatutnya berkembang biak menjadi nanah dalam pembangunan negara.

Kemerdekaan yang disambut dalam bulan mulia ini, diharap semua pihak bersyukur dan berfikir untuk kelansungan hidup yang aman harmoni.

dR2R: Jangan digadai maruah bangsa hanya kerana kesumat dijiwa.

Ramadhan yang Datang bakal menghilang

Salam Marhaban ya Ramadhan

Dah lama tak menulis, ooppss actually ada tulis entry baru hari tu, panjang jugak la. tapi bila nak post tu, network intrupt.. hussshhh. hilang mood, dah la kita penat mengayat, xdapat post plak.. tak ada rezeki.

ok, sekarang untuk entry ni, kita mulakan dengan ucapan selamat beribadah sempena Ramadhan ni, dah masuk hari ke 20 Ramadhan dh pun, mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, malam yang lebih baik nikmat dan rahmatnya dari 1000 bulan. Maha suci Allah Yang mengatur siang dan malam, Yang menciptakan Langit dan Bumi. Mood kerja sedikit menyusut mungkin, bukan kerana diganti dengan mood raya, tetapi kepala dipenuhi dengan pelbagai perancangan, congakan dan perhitungan. Penat jugak nak melayan.

Ramadhan kali ini, kali pertama sebagai seorang isteri, juga kali pertama sebagai bakal ibu. Kandungan masuk bulan ke-5, Alhamdulillah puasa masih dinikmati sebaiknya. berpuasa, berbuka, bersahur seperti kebanyakan orang lain mungkin. Memasak sendiri dan ada hari terpaksa membeli di bazar. Tetapi makanan terbaik adalah dari dapur sendiri dan semestinya perut suami perlu diisi dengan hasil dari air tangan sendiri walaupun dengan juadah yang ringkas.

Masih menunggu untuk menerima biskut raya yang ditempah, ada 7 balang lagi (haha.. kita biskut tunjuk je, belum berkeinginan untuk belajar membikinnya sendiri), tunggu kaunter bank untuk tukar duit kecil dan kumpul sampul raya. huhu..dan paling penting, tunggu sumbangan khas rayaaa..

Kepada yang memilih untuk menempah bufet Ramadhan, carilah yang halal kerana mencari yang halal adalah fardu kepada umat Islam.

dR2R: Selamat berpuasa dan semoga di rahmati.

Tuesday, August 3, 2010

Baru sekarang..

Salam.

Terasa nak menulis pasal isu semasa pulak hari ni. Bukan apa, ada benda yang menarik perhatian sebab perkara ni dah lama menganggu perasaan. Bukan soal pasir, bukan hal cukai taksiran, bukan krisis air tapi megenai VOA..

VOA, Visa on Arrival yang Malaysia perkenalkan sejak tahun 2006 dalam langkah untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 semasa ulang tahun kemerdekaan ke 50. Secara rasminya sekarang ianya telah ditamatkan, satu langkah yang amat dialu-alukan, mungkin bukan hanya diriku, tapi juga orang lain. Tetapi kepada yang kecewa dengan penamatan VOA ini, tiada kata-kata yang ingin aku sampaikan.

Tidak dinafikan, sepanjang tempoh VOA diperkenalkan, industri pelancongan negara meningkat, ekonomi kita agak berkembang, tetapi ada perkara disebalik itu.. salah guna VOA untuk tinggal lebih masa, menetap dan bekerja disini tanpa permit. Kiri kanan depan belakang, warga asing wujud, menakutkan, kadangkala, merimaskan juga. Kalau dihitung kira, pemegang VOA, pekerja asing, pelarian UNHCR, pelajar asing, PATI berapa ramai yang berjalan di bumi Malaysia, dimana-mana sahaja mereka berada.

Ada baik dan buruknya. Jadi dengan penamatan pengeluaran VOA ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi .


dR2r: macam-macam peranga warga asing ada, dah jd makhluk asing dah.

Monday, August 2, 2010

Mencari momentum diri

Salam selamat sejahtera salam 1 Malaysia.

Sekembali dari berkursus, 2 minggu meninggalkan tanah pemastatutin. Penat? Tak nafikan, cuma kekadang boleh ditahan, kekadang tidak. Pusat, Felda Residence Trolak, Sungkai, penentuan lulus atau gagalnya induksi umumku.. Harap segalanya baik-baik aja. Tak sanggup untuk menduduki ujian itu lagi. Tidak untuk kali kedua.

Bercerita pasal ujian, keputusan Peperiksaan Perkhidmatan yang diduduki April lepas juga telah keluar, Alhamdulillah, kami lulus. Hubby juga. Syukur sesangat.

Hari ni dh mula kerja, momentum harus dicari kembali, maklumlah 2 minggu asik mendengar ceramah dan beraktiviti aja, waluapun xsemuanya dapatku ikuti.. seronok tengok orang berakit, main bola.. xpe, yang penting kita tumpang seronok. ye tak? Lepas ni hanya kerja saja lah.

Sabtu lepas, 31 Julai majlis perkahwinan Mala, tapi xdapat pergi. Kepada Puan Normala dan pasangan, Nazrin, selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia bersama rahmat Ilahi hingga ke akhirnya.


dR2R: apa persediaan menyambut Ramadhan?

Monday, July 12, 2010

Cerita ini

Salam dan bertemu kembali dalam keredhaan Allah.

Menuju ke pertengahan Julai 2010, menjengah ke penghujung Rejab 1431H yang mana kita telah melalui separuh perjalanan kita untuk tahun ini. Bagaimana dengan azam masing-masing, kalau ianya sudah separuh berjaya dilaksanakan, maka itulah yang yang sepatutnya. tahniah dan selamat maju jaya.

Kepada pelajar-pelajar universiti tempatan yang baru mendaftar untuk semester pertama tahun pertama, tahniah di ucapkan atau kepada yang mendaftar sesi baru, teruskan kejaayan kalian terutama kepada adindaku tersayang. belajar rajin-rajin, usaha lebih, dapatkan yang terbaik.

Ucapan kepada diri sendiri, terus bertahan, sikit sahaja lagi. jaga diri, jaga kesihatan. Lepas ini akan menghadiri kurusus Induksi selama dua minggu, mana mahu memikirkan soal kesihatan diri,mana tempat untuk manjakan diri, mengada-ngadakan itu dan ini. Encik suami juga akan menghadiri kursus, tetapi beliau akan meniggalkan isterinya kerana beliau akan berangkat esok, manakala si isteri akan berangkat Jumaat ini 16 Julai, tetapi kami sama-sama pulang ke rumah pada 29 Julai.

Aduyai, jadual penuh sehingga Ramadhan menjelang. Penghujung Julai jika kesihatan mengizinkan kami akan ke Kota Tinggi, meraikan perkahwinan sahabat tersayang. Minggu pertama Ogos juga telah dijadualkan dengan Team Buliding Camp, semuanya bergantung kepada ketahanan badan ibu. huhu.. harap-harap segalanya yang terbaik. Berusaha.

Kandunganku sudah masuk minggu ke-13. Alahan? hmmm.. adakalanya ia dirasakan lagi hebat dari trimester pertama. Betullah, lain orang, lain pengalamannya. Alhamdulillah, Allah memberikan nikmat ini untuk dirasai walaupun ianya agak sukar diterima (sekali-sekala.. MasyaAllah..)
Ya Allah, kurnikan kami zuriat yang sihat, sempurna dan isikan jiwa dan rohnya dengan agamaMu.Amin.


dR2R: buah delima ada musim ke?

Monday, June 21, 2010

Selamat hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam bahagia.

Selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa walau di mana berada. Semoga terus cekal dan tabah mendidik anak-anak agar terus menjadi anak bangsa yang berjaya dunia dan akhirat. Tahun ini,setelah 3 tahun tidak berbapa, Allah telah menciptakan kembali untukku seorang bapa walaupun sekadar mentua. Kepada Encik Wan Razali, selamat menyambut hari bapa semoga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan mendapat apa yang dihajati.

Mengembalikan ingatan ke tahun 2006, yang mana itulah kali pertama dan terakhir badannya ku mandikan sepanjang hayatnya. Kehilangan yang tiada gantinya. Kepergiannya pada waktu aku baru mahu memulakan perjalanan hidupku sendiri, untuk mencurah bakti kepadanya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Rindu padanya tidak pernah padam. Dialah yang teristimewa.

Jadi kepada sesiapa yang masih punya ibu bapa, jangan segan untuk mengatakan cinta, sayang



R: Teringat basikal tua yang selalu dibonceng masa ke sekolah menengah dulu sebelum dapat basikal sendiri.

Tuesday, June 15, 2010

Fikir Dulu Sebelum Berbicara, Fikir Juga Semasa Berbicara

Salam..

Bertemu semula pada Jun 2010.

Bulan Jun dimulakan dengan Kursus Induksi Khusus di Institut Biodiversiti, Lanchang untill 4 Jun. Berkurusus berdua, sama jugak macam last time, kursus berdua juga. Tapi dia cuma mendiamkan diri je lah.

Badan kekadang sangat penat, sifat malas adakalanya merajai jiwa, sakit kepala makin kerap. xpe.. harap ianya sekejap cuma. Milestone untuk kerja-kerja rumah, kerja-kerja pejabat menjadi makin memanjang, melebar. Tetapi harus disempurnakan, kalau tidak, siapa yang ingin membantu.

Tajuk diatas???
Fikir-fikirkan sendiri.


Wassalam.


p/s: terasa nak makan cappuchino kek..

Thursday, May 27, 2010

Jangkaan yang tidak dijangka

Salam..

Dalam banyak benda yang dah berlaku sepanjang minggu, mungkin juga dh berlarutan hampir sebulan.. dan inilah yang sepatutnya dihayati..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-

Sukar menerimanya, tetapi itulah yang harus dihadapi.. semoga Allah terus membantu hampa-Nya yang sangat lemah ini. Amin..

Monday, May 10, 2010

Nature Walk

Salam kebahagian buat semua.

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia.

Teristimewa buat bunda tersayang, Puan Fatimah bt Musa, Mama mentua tercinta Puan Wan Rohana, selamat hari ibu..semoga kamu berdua sihat sejahtera sentiasa, dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa. Call bunda Saturday night, talking about segala bagai.. indunya kat dia..mujurlah adik bercuti seminggu before she back to Dungun, buat short sem. Call Mama Sunday noon, she at work. kat Klate Ahad kan keje.

Hari Sabtu 8 Mei tu, kami join Program Nature Walk Sempena Mesyuarat Ke-24 Malaysia - Singapore Joint Committee On The Environment (MSJCE) di Hutan Lipur Bukit Nanas, dekat Menara KL tu.. tak ramai pun yang ikut. Bertolak dari Putrajaya jam 7lebih, ngan Kak Mai, Cik Afzan..Kak Mai drive. Sampai kt Galeri tempat berkumpul pukul 8. Jalan-jalan, pukul 11 selesai, tamat di animal zone Menara KL.

Ok lah jugak program ni walaupun tak ramai yang terlibat. Sekurang-kurangnya, dapat lah masuk hutan yang ada kat tengak-tengak bandar ni kan.. if not, entah bila la nak merasa.. ye tak?

Thursday, May 6, 2010

Cahaya

Salam, semoga segalanya dalam keadaan baik.

Rutin harian kelihatan agak sama walaupun perasaan seringkali berubah. Adakala agak goyah hingga hampir menyembah bumi, ada waktunya ia memuncak menuju cahaya, ada ketikanya bagaikan berlegar diruang angkasaraya.

Sekembali dari bercuti untuk menghirup udara desa, menatap wajah bunda kesayangan, mengeratkan hubungan yang dijalin, menyulam bibit mesra antara kita, kini segalanya ku tinggalkan, ku tanam dalam hati agar sentiasa segar di minda. Selepas hampir 8 jam perjalanan ke kota, ku pikul kembali apa yang ku tinggalkan. Bekerja dan akan terus berkerja selagi kudrat dikurniakan Illahi.

Monday, April 19, 2010

Bicara ini

Semoga entry kali ini menemui kita semua dalam keredhaan Allah..

setiap hari kita dihadapkan dengan berita, peristiwa yang menyayat hati.. menghiris hati dan perasaan seorang manusia yang masih punya rasa perikemanusiaan.. bayi-bayi kecil, yang sempurna kehidupannya dalam rahim ibu, tapi sayang.. bila ditakdirkan dia muncul mengirup bau dunia, dia tidak lama. dinafikan haknya oleh ibu sendiri, tanpa secalit kasih dia dihumban. sampah jadi teman, sungai jadi laman, tiada berbaju, tiada berselimut. tubuh kakunya disangka bangkai, jasad birunya disangka patung buangan.

Ada ibunya kisah? tidak, sedikit pun dia tidak terkilan dengan kehilanganmu, sakit tidak lagi terasa, janji kau bukan bebanannya. dosa hitam makin ditambah. dengan ada nya kau bersama, akan menyusahkan pergerakan ibu. ada baiknya kau dibuang sekarang dari didera bila cuba bertatih nanti.. tapi kenapa kau diperlakukan sedemikian.. kerana ibumu tidak rela kau wujud, dia tidak bersedia menjagamu, dia tidak mahu memiliki mu sendirian tanpa bapamu..

Sayang, jika kau dihulurkan kepada mereka yang sentiasa terbuka tangannya untuk menyambutmu.. aku yakin kau tidak akan melupakan jasa ibu baru mu..

Wednesday, April 7, 2010

Semuanya untuk kerja

Kembali berblogging setelah agak lama mendiamkan diri. Hari ni baru je selesai temuduga tapisan keselamatn (tapisan halus). ni adalah salah satu syarat untuk disahkan jawatan.. bebanyak terima kasih kepada temanku semenjak dari sekolah kerana sudi menjadi pangadil.. thank you so much ya cik Lah. kamu telah mengurangkan kekusutanku mencari pengadil. C' Lah dh ada experience before, makanya boleh lah kita sama2 bertukar cerita. Thank to Abg kerana sanggup menghantar dan mengambil kami.

Monday next week plak ada ujian undang-undang, wajib lulus jugak baru lah boleh disahkan jawatan.. masih belum sempat untuk ulangkaji, walaupun open book exam, soalannya fakta belaka. 3 jam 10 soalan. tulis lah sampai kebas tangan tu. Harap segalanya berjalan dengan baik. Amin..

Kerja kian bertambah, kesemuanya harus selesai segera..


p/s: lalala kerja la

Monday, March 22, 2010

Hari Air Sedunia 2010

Kalendar minggu ini dimulakan dengan sambutan Hari Air Sedunia 22 Mac 2010 pada waktu dan ketika seluruh dunia melalui kepanasan cuaca dan peningkatan susu semasa. Di Malaysia pada sesetengah kawasan yang masih dibasahi hujan, ada ketikanya ditempat lain air telah dicatu, empangan kian menyusut kandungan.


Suhu panas, air kurang

  1. Gunalah air dengan bijak
  2. Jangan membazir penggunaan air
  3. Minum air yang dimasak
  4. Banyakkan meminum air
  5. Kurangkan aktiviti luar
  6. Gunakan payung atau memakai topi sekiranya masih ingin beraktiviti

Friday, March 19, 2010

Kehangatan Wilayah

Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-2 2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2010





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Book Fair 2010


Kepada sesiapa yang tidak alergik dengan kepanasan sekarang, boleh la ke Putrajaya, belon akan dinaikkan sekitar 9-11 pagi dan antara 5-7 petang. Juga terdapat gerai-gerai pameran (sehingga saya entry post ini, pesta berkenaan saya tengok dari jauh..tahun lepas saya pergi). Sekiranya anda memilih untuk tidak berpanas, adalah lebih baik ke Kuala Lumpur sebab buku-buku itu semua berada di kawasan beraircond. Sama-samalah memeriahkan acara ini.





p/s: tak cukup kuat lagi untuk berdiri lama dan berjalan terlalu banyak.

Thursday, March 18, 2010

Ada dan Tiada

Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah sesuatu yang cukup berharga pada saat ini iaitu KESIHATAN. setelah apa yang berlaku, berkat sokongan dan doa kerabat keluarga, terutama suami tercinta dan teman-teman, kini diriku disini.. meneruskan kerja yang tertangguh lebih dua minggu dan mengirimkan berita itu disini..

7 Mac : awal pagi aku keguguran. keguguran kandungan pertamaku. Terkilan, memilukan, walaupun kewujudannya dalam keadaan tidak bersedia, tapi mana mungkin aku menolak anugerah Allah. 3 bulan; 12 weeks ia menjadi sebahagian dariku,kecewa, sedih saat ianya terbukti bukan lagi milikku, tapi Allah Maha Mengetahui. everything happens for a reasons. macam doktor cakap, kejadian ni bukan salah sesiapa, bukan salah diriku, bukan salah suamiku..mungkin perkembangan janinku tidak cukup sempurna, mungkin juga genetik yang terhasil itu tidak berapa baik, mungkin percantuman benih dalam rahimku tidak berlaku sebaiknya.. ya, siapa tahu.. Allah telah mengatur setiap kejadian di atas Bumi miliknya. tp nak recover emosi lagi payah daripada nak recover sakit tu kan?

Khamis 25 Feb : ke klinik kesihatan presint 9, buat checkup tp tak pulak doctor scan kandungan.. kita risau sebab lain macam je..
Sabtu 27 Feb : pindah rumah
Ahad, 28 Feb : pendarahan. ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Scan; Cuma Nampak kantung baby dengan jantung tanpa dengupan.. ya Tuhan. Masih berdoa dan berharap agar ada kesempatan untuk melihat degupan jantungnya.
Isnin 1 Mac : pendarahan yang makin bertambah. Ke klinik. scan kandungan; kantung baby dh x regular, tidak lagi secantik semalam. Doctor memberi surat rujukan terus ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Di E&A Unit, doctor scan lagi sekali, SAME. Doktor arrangekan appointment dengan O&G Unit 02/03/2010.
Selasa 2 Mac : Lepas kerja, hubby bawak ke O&G, menunggu hampir 2 jam. Scan lagi, no heartbeat, kantung xregular, baby look like 8weeks je. Chances 50-50. Appointment 11 mac for report scan.
Rabu 3 Mac : ke INTAN Bkt Kiara, must be there.. exam GIS course
Khamis 4 Mac : Awal pagi, perut sesakit lbh dr biasa. Ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Scan kandungan, makin xbaik. Doctor decide ikut previous appointment.
Sabtu 6 Mac : Lewat malam, perut sakit.. rasa mcm ada something nak keluar. Ke Unit Kecemasan. refer to O&G, admit ward O&G terus. sign surat kebenaran D&C. Bermulalah kehidupan sebagai patient kt ward. Start puasa sebab esok nak buat D&C (Dilatation and Curettage).
Ahad 7 Mac : Awal pagi, complete miscarriage on ward bed. Separuh jiwaku pergi. Menangis. Dpt pulak hadiah, 1 injection kt paha. Huhu.. Doktor cek2 semua, doctor lelaki.. xpelah darurat.. selesai semua nurse bagi kebenaran mintak hubby datang tolong ape yang patut. Muntah sampai lembik, mabuk darah agaknya..
12noon hubby datang, ein & kakak zan dating. Jam 1lbh doktor masukkan ubat, untuk membukak serviks untuk mudahkan proses D&C.
3.30pm nurse datang mintak tukar baju nak bawak g OT, masa depa sorong g OT tu, tak rasa pape, jiwa kosong, nothing.. sign surat kebenaran bius. Doktor Ong buat operation..Masuk OT, Ya Tuhan, dah 4,5 orang staf kat dalam tu..selawat ckit2 tenangkan hati.. nurse2, MA2 buat kejanya, pasang itu ini then ready for bius.. ada masuk melalui salur air kt tangan, gas kt hidung pun ada.. lepas tu tak dapat nak cerita lah sebab tak tahu kan..
Then terdengar panggilan Pn Rohani..Pn Rohani.. Rupanya nurse kejutkan untuk sedarkan aku... Mata terbukak rasanya, tapi kelabu jelah pandangan... rupanya aku dah selamat menjalani proses D&C itu... dan aku dibawa satu ruang untuk rehat sebelum di bawa ke wad semula...

sampai di wad, abang dah ada, dalam 5.15pm.. cian abg, ntah kul brape lagi dia tunggu.. tp proses ni kejap je dan Alhamdulillah, tak rasa sakit. Mala and her Nazrin datang.

Apa pun syukur sangat semuanya sudah selamat..haiiih, kalo sebelum ni, mcm2 kesah masuk kt telinga ni. Orang tu cakap sakit, doctor korek2, seluk2.. Mungkin betul mereka buat begitu tapi, aku dibius dan tidak merasai sakitan itu. Alhamdulillah sepanjang dan selepas buat D&C aku tak rasa sakit cuma ada la rasa sengal2 ckit je.

Isnin 8 Mac, doktor datang check macam biasa and I’ll be discharge... Jadi, doktor minta supaya aku tidak boleh mengandung dalam 3-6 bulan ini.. Planning la dengan apa cara pun, janji selesa. 1.00noon suami datang jemput kt hospital.

Jadi lepas ini kena merancang lah ckit sebelum mengandung lagi. takpe la..dah itu perjalananku. Segalanya ku terima walaupun kehilangan tu amat dirasai. Thanx to all yang supportive. Peringatannya, after this am should be carefully, lain orang lain kekuatannya.. Just got MC for 1week. Ingat nak balik kampung, tapi xpelah kita stay je sini, tengok berapa lama dia boleh jaga kita. Because him said before yang dia bleh jaga kalo kita deliver baby kt cni dulu lagipun MC seminggu je.

Orang kata berpantang selepas keguguran pun sama dengan berpantang lepas bersalin.. Malah kena lebih berhati2 sebab kita luka didalam rahim.... dan sekarang waktu kerja..huhu.. Semoga, rahim aku cepat pulih.. Amin..


p/s: Peringatan di sebalik peristiwa. Tekad Redha Tabah.

Tuesday, February 23, 2010

Kembalikan..

Salam..

Sekian lama selepas entry terakhir hampir sebulan yang lalu. Tiada tulisan yang dapat merungkaikan cerita. seminggu lepas, bercuti di kampung. 10 jam perjalanan balik ke kampung memang berbaloi dengan tempoh cuti yang panjang dan penuh pengisian indah. Seronok memang seronok, tapi keletihan tetap mengganggu.

Sekarang, kerja yang berlambak sedang menanti hari-hariku. nasib baik kursus-kursus, seminar-seminar tiada untuk dihadiri.. Mmm.. bercerita pasal seminar, Exam Remote Sensing course tu dah selesai.. Alhamdulillah.. lulus walaupun cukup-cukup markah je.. tak pe lah, daripada manusia yang tak tahu apa2 pasal remote sensing, tahu la jugak cikit2 sekarang ni kalo dulu dengar nama je..

Last 2 weeks, just got a new nephew.. yang ke berapa dari keseluruhan ya?? Aisshh.. malaslah nak kira.. then last Friday buat la majlis akikah kat kampung, sume ada kat kampung kecuali Utih je, Kak memang la. Jadinya Bonda kt kampung sekarang ada teman.. Alhamdulillah.

Friday, January 29, 2010

End of January

Salam..
Bagaimana dengan perubahan harian kalian.. harap2 semuanya baik2 saja..

Rangkuman cerita sepanjang minggu..

1.Ekosistem badan sedikit berubah dengan adanya 'penghuni' baru. Kena kuatkan semangat untuk kebaikan bersama. Kita jumpa Aidilfitri nanti ya sayang..

2. Berkursus di INSTUN, Behrang Ulu Perak selama 3 hari (26-28 Jan), 25hb petang kami dah bertolak ke sana, struktur muka bumi nya yang berbukit, membuatkan banyak tangga dibina, makanya setiap kali kelas haruslah naik dan turun tangga, membuatkan badan sedikit penat, ditambah pula dengan kesihatan yang tidak menentu,nyaris2 mewarnai kad kehadiran dengan warna merah ataupun mungkin lompang terus sepanjang hari ni (thank you Abang for your 'words')

3.Kesihatan Bunda di kampung sedikit merosot, Ya Allah, Engkau kembalikan kesihatan Ibuku, Engkau kuatkan semangatnya juga semangatku.. Jumpa nanti Chinese New Year.. lambatnye..

4. Leads for small commite (Sistem) dalam Jawatankuasa Jemputan dan Pendaftaran (hmm, camana la boleh jadi insan terpilih, dah la meeting last time pun kita tak attend)


Cerita akan datang..

1. Will be sit for Remote Sensing Course Exam on 3 Feb 2010, selepas 2 kali berseminar (video lecture and web conference), 1 kali diganti colleauge (sebab berkursus di INSTUN)

2. Majlis perkahwinan Faiz di Muar on 7 Feb 2010. Wish you congratulation and hiduplah baik2 bersama Abg ye.. (tak pasti dapat ke sana ke tidak, semuanya bergantung kepada kesihatan semasa)

3. Will be move to new house (baru dapat kauters) maybe after CNY. Sedang mengintai lori abang ipar nak pinjam..huhu..

Friday, January 22, 2010

Letih penat...



kepenatan merajai diri, letih minda dan fizikal...


very-very tired...







Ya Allah.. berikan aku kesihatan yang baik dan berterusan..Amin

Thursday, January 7, 2010

Yang tertinggi di dunia

Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter, dirasmikan Isnin lalu, 3 Januari 2010 yang dibina dengan kos RM2.7 bilion. Menara yang mempunyai ketinggian melebihi 2,700 kaki (824 meter) atau setengah batu itu mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.

Menara itu adalah 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara berkembar Petronas dan mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.







p/s: Yang tertinggi dalam diri manusia: akal

#Note: Credit to Berita Harian

Monday, January 4, 2010

new year holiday 2010


Salam dan Selamat Menyambut Tahun Baru..
Pembuka hari pada tahun 2010 ialah Jumaat, penghulu segala hari dan diharap semoga keberkataan Jumaat akan terus dibawa sepangjang 2010. InsyaAllah..

Sepanjang 3 hari bercuti, pembukaan 2010 kami bawa ke Penang, tujuan utama adalah untuk memenuhi jemputan kawen kawan pada 2 Januari.
1Januari2010
9.45am: Gerak dari rumah
10.00am: Gerak dari Shell Presint 8 (bagi minuman kereta dulu)
11.45am: Benti makan kt r&r Tapah
2.45pm: Check in kat Pearl View Hotel, Seberang Perai
3.10pm: Masuk bilik (lama ckit nak jumpa, sebab kena naik kereta.. standard room kat hujung nun.. agak jauh dari main hotel.)
5.15pm: Mula gerak, berkereta ke pulau, tol rm7. cari Padang Kota (dapat la makan pasembor & kerang bakar setelah berapa ketika berpusing2 mencari arah..huhu..)
Penang Bridge

@ Padang Kota

Makan berdua je..

7.10pm: Gerak balik ke Tanah Besar
7.45pm: Singgah Pacific Mall (beratur jugak la nak masuk parking tu..)
8.45pm: Jumpa Utih then terus ke Sg. Dua (pekena char kuew teow. nikmat!!, pe lagi rasa yang org belanja, ye x?)
10.00pm: Singgah Sunway Mall (kedai dh banyak tutup)
11.30pm: Utih send back to Pacific Mall, amik kereta kat parking
12.00am: Sampai hotel. Zzzzzz...
2Januari2010
11.45am: Check out.
12.30am: Makan kat hentian Juru
1.30pm: Sampai tempat kenduri, Taman Mutiara, Batu Kawan
2.45pm: Beredar dari Batu Kawan menuju ke Bandar Tasek Mutiara, Simpang 4.
3.20pm: Sampai umah C'Pah.
4.15pm: Mula meneruskan perjalanan, balik ke Putrajaya.. (hujan mula menimpa Bumi)
9.00pm: Sudah berada di kawasan Putrajaya. Selamat kembali..



breakfast coupon(agak-agak kami pegi x?)

Before checkout


p/s: Nak survey hotel kat Cameron Highland la plak..